Komen/Testimonial

Di bawah ini adalah komen-komen atau testimonial dari client kami. Ianya diberikan tanpa diedit - bermakna setiap komen yang diberikan adalah yang sebenarnya dari client-client kami. Sepertimana mereka menghargai kami kerana servis yang diberikan memuaskan hati mereka - kami juga sangat menghargai mereka semua, kerana tanpa mereka kami tiada apa-apa...terima kasih sekali lagi untuk anda semua!

Pakej lawatan ke Surabaya

Puan Salwana & Keluarga, Ipoh - Lawatan ke Surabaya

" Alhamdulillah dah selamat sampai, So far so good... Alhamdulillah untuk short trip"


Hilda John, Sarawak - Lawatan ke Ho Chi Minh

"Slmt pagi en.Zailir, trip ke HCM ok.. tourist guide ok, food ok, transport ok,  tpt melawat pun ok
..overall mmg ok. Tourist guide , mr. Nam & khairi pun ok..sporting"


 

Puan Laili, Pulau Pinang - Lawatan ke Pulau Redang (Redang Mutiara Beach Resort)

Pakej lawatan ke Pulau Redang"Very good service daripada staff Pantai Mutiara Beach. Harga package memang murah. Terima kasih banyak-banyak"

"Murah dan sangat, sangat, sangat berbaloi" 

"Very good service dr Kembara Murni juga. Alhamdulillah"

"Alhamdulillah. Bagus sangat. Ikhlas dari saya"


Mohammad Adeeb, Shah Alam - Lawatan ke Bali

"Salam en zailir, Supir nya pak putu best"
"Alhamdulillah semua ok"


Atiqah - Lawatan ke Pulau Tioman

"Alhamdulillah. Trip kami berjln dgn lncar. Terima kasih atas segala bantuan mmpermudhkn  urusn kami. T.k "


Nur A'in, kajang - Lawatan ke Padang+Bukittinggi

Lawatan ke Padang+Bukittinggi

"As salam en zailir..sy nk bg review ni psl trip ke padang tempoh hari..overall sy puashati dgn service trip ni..van pn selesa..supir pn best..peramah..klakar..inshaa Allah next trip kalo harga best sy leh amik pakej dr encik lg..tqsm"


Hj.Mohamad Yusuf b. Aman - Lawatan ke Aceh + Pulau Sabang

"Lawatan selama 4h 3m ke Acheh bersama kembaramurni travel amat mengesankan bagi sy dan keluarga. Keindahan alam di Acheh dan Sabang, makanan yg enak2 serta keramahan pemandu pelancong yg berpengelaman dan ramah serta hotel yg selesa menyebabkan kami teruja untuk ke sini lagi. Kami menyarankan jika ingin wisata dtg lah ke Acheh dan Sabang tentu anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan  yg diberikan oleh Travel ini."


Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Machang, Kelantan - Lawatan ke Aceh + Pulau Sabang

Lawatan ke Aceh

"Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus selama hampir 4 bulan akhirnya rombongan MTAQ berjaya dilaksanakan pada 25 hingga 28 Feb 2017 . Terimakasih kepada semua pelajar seramai 32 orang dan 8 orang guru pengiring  yang telah memberi komitmen yang begitu tinggi.  Sebagai ketua rombongan saya amat berpuas hati dengan pengurusan Kembara Murni Travel & Tours yang memberi kebebasan untuk merencanakan setiap aktiviti terutama Pengarah Urusannya En. Zailir yang ikut serta dalam  kembara ini.  Tak lupa juga kepada Pak Mahlizar, Pak Fajri,Pak Ismail dan Andy yang setia bersama dari mula hingga akhir program. Pak Mahlizar sangat disenangi oleh pelajar-pelajar dengan karekternya yang kelakar dan senang dibawa berbincang. Paling tidak dapat dilupakan semasa jamuan meraikan anak-anak yatim Dayah Nurul Huda pada malam terakhir berada di bumi Aceh. Jazakallahu Khairan Kathiran  buat semua yang telah memberi sumbangan sehingga berjaya menyembelih seekor lembu dan seekor kambing untuk dijadikan hidangan pada malam itu. Semoga amalan ini diterima dan diredhai Allah hendaknya. Untuk pengetahuan keputusan untuk memilih  Kembara Murni Travel & Tours adalah tepat kerana pakej yang ditawarkan memang berbaloi dan terbaik. In Sha Allah, selepas ini kiranya ada lagi program Kembara Ilmu MTAQ kami  yakin dan pasti akan berurusan lagi dengan  Kembara Murni Travel & Tours. Semoga terus sukses dan sentiasa membuat penambahbaikan."


Puan Nora - Lawatan ke Aceh

"Alhamdulillah terima kasih En Zailir. Insya Allah secara keseluruhan kami sangat teruja sekembali daemri Aceh. Pengurusan ground sangat efektif dan efisyen. Kami dibantu dengan begitu prihatin sekali. Perjalanan dirancang dengan efisyen dan banyak tempat2 menarik dibawa walaupun ada yg tidak ada dalam itenary. Thumbs up kepada En Zailir dan Kembara Murni dan juga ground team. Saya tidak ragu2 lagi insya Allah untuk berurusan dgn En Zailir di masa akan datang insya Allah."


En Mohd Hafizal - Lawatan ke Bandung

Testimonial pakej bandung


En Shahri - Lawatan ke Phnom Penh

Pakej Lawatan ke Phnom Penh
 
Puan Zaleha, Damansara  - Lawatan ke Bali
Lawatan ke bali - testimonial
 
En Zul, Lawatan ke Aceh
"Terima Kasih kpd Kembara Murni yg menyediakan pakej percutian ke Acheh dimana memberikan pengalaman dan 1001 kenangan yg sangat mengharukan. Kami telah diberikan penerangan dan berkongsi pengalaman daripada pemandu pelancong yg merupakan salah seorang mangsa tsunami. Kami sekeluarga berasa sungguh kagum dan terharu dgn kesabaran penduduk Acheh di dalam menghadapi dan bangkit semula daripada bencana besar."
testimonial lawatan ke Aceh
kembara travel, Aceh

En Zolkiflie Rasip, KL
lawatan ke aceh
Roziah, Johor Bharu
Bandung
Noreen, Ampang
 
Roshaniza, Ampang
Mohd Zaki, Johor
Lawatan ke Padang+Bukit Tinggi
 
Puan Fatimah, Ampang
Testimonial lawatan ke Medan
 
Puan Maifuza, Bangi
lawatan_ke_Kawah_puteh
Puan Rafiqah, Kuala Lumpur
"assalamualaikum, 
En.Zailir nk inform yg trip ke Banda Aceh baru nih sgt memuaskan, terima kasih sbb da uruskan yg trbaek utk kami sekeluarga, tour guide (Rizal / Pak Bani) sgt sporting n mnyenangkan, Aceh mmg tmpt yg most recommended to visit. Again thanks for this opportunity. Syukur alhamdulillah semua selamatt .."
En Zabidi, Shah Alam
saya dan isteri secara pribadi sangat2 berpuas hati dgn hasil lawatan kita tempuh hari... ia nya bermula dr tempat kita mula menunggu bus. di sambut samasa ketibaan dan seterus nya dengan pengisian agenda lawatan ziarah cukup memuaskan. begitu juga dgn tenaga kerja pembatu egensi di aceh ramah dan sentiasa bekerjasama dgn peserta rombongan membuatkan kita rasa di hargai... wallahualam dan salam kemaafan dr kami suami isteri
 
En Baharom, Johor
Raja Umirah, Johor
Nurmiza Ismail, Pulau Pinang

En Rosli, Terangganu

Nabila Huda, Johor

Hilda John, Sarawak - Lawatan ke Bandung

Puan Asean, Trip ke Langkawi
 
Puan Norhayati, Alor Setar
Testimonial Kembara Murni Travel
 
En. Muhammad Zaidi, Sabah
testinonial pakej bali
pakej lawatan ke bali

Pauziah, Sabah

Lawatan ke Bandung

Nur Najmi

"wsalam.. maaf lambat, baru naik kerja hari ni. yeah trip ok. supir pun dtg on time dan kami boleh pergi ke tempat yang dituju dgn selamat. terima kasih"

Tangkuban Perahu

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Mustafar Meon, Klang
Laatan ke Aceh
Hafizati, dari Klang, Selangor
Lawatan ke Aceh
Puan Norliza Abas, Ipoh
testimonial lawatan ke bandung

Cikgu Zurianis Zainudin, SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terangganu
Pakej melancong ke Aceh-3hari 2 malamPakej lawatan ke Aceh"Dengan kewangan yg terhad, sya berjaya membawa seramai 24 org pelajar & 4 guru pengiring ke Banda Aceh, Indonesia dalam Lawatan Pengantarabangsaan SMK Sultan Sulaiman Kuala Terengganu, Malaysia- Indonesia (14-17 April 2014). Sya sbg guru penasihat Kelab Pelancongan SMKSS & ketua rombongan sgt berpuas hati dengan Kembara Murni Travel & Tours kerana bnyk membantu sya merealisasikan projek ini. Dari mula kami sampai hingga berangkat pulang ke Kuala Lumpur, agen di Indonesia, Pak Mahlizar bersama 2 rakannya bnyak membantu dan setia bersama rombongan kami. Pak Mahlizar sgt disenangi oleh pelajar-pelajar sya kerana karekternya yg kelakar. Untuk pengetahuan, sya telah meminta sebut harga dri sekurang-kurangnya 7-8 agen pelancongan sebelum membuat keputusan utk memilih Kembara Murni Travel & Tours.Ini adalah kerana sya meneliti itinerary yg ditawarkan dan hampir ke semua agen menawarkan pakej yg hampir sama tetapi harga yg berbeza. Insha Allah, sya yakin dgn Kembara Murni sekiranya sya ingin membuat lawatan pengantarabangsaan lagi utk pelajar2 sya."

Puan Nazirah Abdul Rahman, Perak
Tangkuban Perahu, bandung
"Saya dan keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kerana menawarkan pakej berpatutan dan menarik buat kami sekeluarga.
Setibanya di lapangan terbang, pak agus telah menunggu kami terlebih dahulu.
Makanan yang disediakan dan tempat lawatan yang menarik amat memuaskan. Terdapat pengalaman manis dan pahit yang tdak dapat dilupakan. Saat genting dimana adik mengalami keguguran dan kami sangat-sangat panic… Disebabkan ada pemandu pelancong dan pihak Kembara Murni yang menghubungi dan banyak membantu ketika keadaan itu berlaku sedikit sebanyak membantu melegakan kami sehingga ada ketika kami terputus a.k.a tersesat dari pemandu pelancong, tapi dapat disatukan kembali…
Pak agus banyak membantu terutama dalam upacara pengebumian dan urusan yang tidak disangka-sangka ketika kami sekeluarga di bandung.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Kembara Murni kerana menawarkan pakej dan perkhidmatan yang amat bagus. Ini amat menggambarkan MOTO yang digunakan"

Encik Zulkifli Musa, Masjid Tanah, Melaka
"Assallammualaikum,
Percutian saya serta keluarga ke Bandung telah selesai dengan jayanya.
Berbanyak terima kasih diatas segala pertolongan dan usaha yang pihak tuan berikan.
Saya tak nak komen apa2, tapi disini saya lampirkan email kawan saya.(atas persetujuan mereka)
***************(alamat email tidak kami paparkan kerana privasi client)
***************(alamat email tidak kami paparkan kerana privasi client)
Next trip still plan........
Your service as your company motto.
Many thanks for all parties that involved.
Zulkifly bin Musa"

Nur Anis bte Ramle, Putrajaya
kawah_puteh
"Alhamdulillah, percutian saya ke Bandung menggunakan khidmat Kembara Murni sangat memuaskan hati. Penginapan yang selesa, sesuai dengan moto hotel itu sendiri "A good place for a good night sleep". Sememangnya saya dan rakan setuju dengan moto hotel itu (Hotel Serena). Tidur malam kami sangat selesa dan kami sempat menggunakan khidmat spa yang disediakan di hotel itu. Kakitangan yang ramah dan mesra.
Percutian kami ke Bandung lebih mengutamakan kepuasan membeli belah. Supir yang membawa kami, Zul, sangat bijak mengatur jadual harian dan kami telah pergi ke semua tempat yang ingin kami tuju. Pujian saya berikan kepada Zul kerana keramahannya dan juga sikap toleransi yang tinggi. Tambahan pula saya hanya pergi berdua bersama seorang lagi rakan perempuan. Sepanjang disana, keselamatan kami terpelihara dan kebajikan kami di jaga.
 
Malah kami sempat berbincang bersama Zul untuk kembali lagi ke Bandung. Tapi kali ini kami akan lebih tertumpu kepada 'holiday mood'. Insya Allah, jika tiada aral melintang kami akan kembali lagi ke Bandung bersama Kembara Murni. Malah saya telah mengesyorkan kepada rakan-rakan saya mengenai perkhidmatan Kembara Murni.
 
Disini saya kongsikan beberapa keping gambar kami disana. Satu-satunya tempat pelancongan yang kami pergi adalah Kawah Putih. Seperti yang saya nyatakan tadi, percutian kami lebih terarah kepada kepuasan membeli belah.
 
Terima kasih."

Puan Salmeah, MK Taman Sejahtera, Pulau Pinang
"Syukur Alhamdulillah, kami selamat tiba di Medan dan dijaga dengan baik oleh Agen Perlancungan, khususnya Encik Zailir dan  Pak Rahmat.  Aturcara yang disediakan fleksible dan mengikut kehendak kumpulan.  Saya dan para guru dari SMK Taman Sejahtera ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjaga kami dengan baik di Medan.  Semua urusan dipermudahkan dengan adanya agen yang sangat bertanggung jawab.  Pemandu pelancung pulak sangat berpengalaman dan menghiburkan.  Horas!"
Pn Salmeah A. Rahman

SITI JULIZAH, Sabah
"Assalamualaikum dan salam sejahtera,^_^
terima kasih kepada kembara murni kerana memberi kenangan percutian yang sangat bermakna dan sangat memudahkan segala perancangan buat kami ketika berada di bandung..bersesuaian dan menepati dengan taglinenya We are not the best, but we do the best to our client" tenaga kerja yang sangat baik dan ramah. penginapan yang cantik dan selesa serta pemilihan tempat makan yang sangat sedap. for as the kembaramurni the best and i will give to 10 star..terbaik!!^__^"

Taman Safari, Puncak Bogor Indonesia
Puan Zurina Mahmud
Soalan: Apakah komen secara umum mengenai trip tersebut?
Jawapan: "Secara umum, trip yang diberikan memuaskan pihak kami.."
 
Soalan: Adakah layanan yang diberikan oleh pihak kami disana memuaskan hati?
Jawapan: "Layanan diberikan memuaskan."
 
Soalan: Adakah makanan yang disediakan memuaskan hati?
Jawapan: "Makanan disediakan juga memuaskan kerana kami diberi peluang untuk memilih makanan."
 
Soalan: Adakah pengangkutan yang disediakan memuaskan?
Jawapan: "Ya, pengangkutan yang disediakan amat memuaskan hati kami sekeluarga"
 
Soalan: Adakah berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh Kembara Murni?  Jika YA adakah sudi untuk mengesyorkan kepada kenalan atau saudara mara yang lain?
Jawapan: "Khidmat yang diberikan adalah memuaskan dan saya akan mengesyorkan kepada kenalan kami."
 
Soalan: Adakah bercadang atau berminat untuk berurusan lagi dengan pihak kami di lain masa yang akan datang?
Jawapan: "InsyaAllah jika diberi kesempatan lagi untuk ke sana."

Cik Nadia Husna, UiTM Shah Alam
Pengangkutan di bandung
Soalan: Apakah komen secara umum mengenai trip tersebut?
Jawapan: "Sangat berpuas hati dengan semua perkhidmatan yang sesuai dengan bajet pelajar.."
 
Soalan: Adakah layanan yang diberikan oleh pihak kami disana memuaskan hati?
Jawapan: "Ya,sangat puas hati..2 orang pemandu yang sangat mesra dan sentiasa melayan pertanyaan kami"
 
Soalan: Adakah makanan yang disediakan memuaskan hati?
Jawapan: "Ya,makanan sangat sedap dan restoran yang di pilih bersih!"
 
Soalan: Adakah pengangkutan yang disediakan memuaskan?
Jawapan: "Ya, kenderaan yang selesa"
 
Soalan: Adakah berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh Kembara Murni?  Jika YA adakah sudi untuk mengesyorkan kepada kenalan atau saudara mara yang lain?
Jawapan: "Ya, berpuas hati…akan berusaha untuk mengesyorkan kepada orang lain"
 
Soalan: Adakah bercadang atau berminat untuk berurusan lagi dengan pihak kami di lain masa yang akan datang?
Jawapan: "Ya, sudah tentu!"
 
Soalan: Adakah ada sebarang komen yang membina atau sebarang kekurangan yang perlu kami perbaiki untuk untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami di masa yang akan datang?  Jika ada, sila berikan komen atau teguran tersebut dan kami sangat menghargainya?
Jawapan: "Tiada komen…Kembara Murni the best!"

Puan Sabrina, Pulau Pinang
"..ok firstly penginapan- kawasan yg sgt bagus...byk kemudahan dan tidak boring...dekat dgn tmpt mkn,blh jln kaki shaja ke pasar baru. layanan dr tuan apertment pun sgt bagus blh masak...makanan - kami bebas untuk memilih apa dan di mana untuk makan. sgt bagus...pengangkutan. terbaik!! sgt selesa, kami juga bebas nak pilih kemana dan bila kami hendak pergi wpun berlainan dgn intenery yg sblmnya.
secara keseluruhanya sy berpuas hati dgn kembara murni..."
 

enjoy dengan perkhidmatan kembara murni
Cik Shahida,Subang Jaya
"Terima kasih kepada Kembara Murni terutamanya en. Zailir dengan beri servis dan mutu perkhidmatan yang terbaik bagi percutian kami di Jakarta dan Bandung. Hapy dan betul2 enjoy dengan servis yang diberikan..keselamatan kami, makan minum dan supir semuanya terbaik.."
 
 
 

bandung_tangkubang_parahu
En. Mohd Azman,Cheras, Kuala Lumpur
"Terima kasih kpd Kembara Murni untuk percutian kami sekeluarga ke Bandung, Indonesia. Sangat menyeronokkan dan perkhidmatan yg diberi sgt memuaskan!"
 
 
 
 

Nur fadhilah dan keluarga di Tangkubang Parahu, Bandung
Puan Nur Fadhilah dan keluarga dari Negeri Sembilan
Secara keseluruhan kami sekeluarga berpuas hati dgn khidmat kembara murni dan lawatan ke bandung tersebut memang memberi kenangan indah kami sekeluarga. tak tahu la bg org lain, bagi saya dan suami tempat x boleh lupa ialah mkn2 di kg daun. pada asalnya tiada dlm jadual lawatan tetapi akhirnya kami ajak pak supir makan ke sana 2 kali kerana terpersona dengan persekitarannya yg tenang, bunyian air terjun, kicauan burung dan unggas, selain tempatnya yg unik iaitu ada gazebo/pondok utk mkn yg tentu sekali memberi privacy kepada kami. bayi kami juga enjoy disana..diharap kami dpt berkerjasama lg dengan kembara murni pd masa kan dtg.."
 

beli-belah di rumah modePuan Bazlin dari Shah Alam
"Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Kembara Murni di atas segala urusan semasa di Bandung berjalan dengan lancar dan saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan disediakan oleh Kembara Murni . ( Encik Zailir, Pak Ade dan Pak Ujang)..."
 
 
 

En. Hanizam dari Ampang, Kuala Lumpur bersama keluarga
Lapangan Terbang Husein Sastranegara, Bandung
Soalan: Apakah komen secara umum mengenai trip tersebut?
Jawapan: "Sangat memuaskan"
 
Soalan: Adakah layanan yang diberikan oleh pihak kami disana memuaskan hati?
Jawapan: "Layanan yang sangat memuaskan"
 
Soalan: Adakah makanan yang disediakan memuaskan hati?
Jawapan: "Makan sungguh sedap"
 
Soalan: Adakah pengangkutan yang disediakan memuaskan?
Jawapan: "Pengangkutan yang selesa"
 
Soalan: Adakah keadaan hotel atau penginapan disana selesa?
Jawapan: "Penginapan juga sunguh selesa"
 
Soalan: Adakah berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh Kembara Murni?  Jika YA adakah sudi untuk mengesyorkan kepada kenalan atau saudara mara yang lain?
Jawapan: "Perkidmatan yang disediakan sungguh memuaskan dan saya telah mengesyorkan kepada kawan-kawan saya"
 
Soalan: Adakah bercadang atau berminat untuk berurusan lagi dengan pihak kami di lain masa yang akan datang?
Jawapan: "Jika berkesempatan kami akan menggunakan perkhidmatan tuan untuk lawatan yang akan datang"

Pemandangan waktu malam di BandungPuan Zainab bersama rombongan seramai 13 orang dari S.K sungai 
..."Setibanya kami di Jakarta, egen (Pak Dodi) di sana telah menunggu ketibaan kami, lalu terus menaiki kenderaan menuju ke Bandung. Pengangkutan yg disediakan memuaskan hati peserta"... "Penginapan yg disediakan memuaskan...", "Semasa dalam perjalanan dan membeli belah, makanan yg disediakan amat menyelerakan kami sesuai dgn citarasa kami.."...."tempat-tempat yg dilawati memang menarik dan menyeronokkan..." 

Share