Anda Ingin Melancong?

Dapatkan pakej-pakej Dalam Negara, Luar Negara, Bulan Madu, Lawatan Syarikat, Lawatan Pelajar, Lawatan Kebajikan / Derma

Private Trip

Private trip memberikan anda lebih kebebasan, berbanding dengan joint group dengan kumpulan lain. Ini kerana, pakej joint group dengan kumpulan lain kadang-kadang tidak selesa kerana masing-masing mempunyai minat dan karekter tersendiri. Dengan private trip, anda lebih selesa dan bebas dengan aktiviti dan keluarga atau kawan-kawan anda tanpa karenah kumpulan yang lain. Anda melancong untuk rehat, hiburan dan keseronokan, oleh itu pakej private trip adalah yang paling sesuai.

Tiada Kos Tersembunyi

Tiada guna pakej yang nampak murah tetapi mempunyai kos yang tersembunyi. Anda sudah tentu tidak suka tentang kos-kos tersembunyi. Misalnya kos tiket lawatan, kos tipping pemandu & pemandu pelancong tidak dimasukan, tetapi anda tetap akan membayarnya apabila sampai di destinasi lawatan. Pakej kami telah memasukan kesemua kos lawatan dan anda tidak perlu mengeluarkan wang lagi, kecuali untuk perbelanjaan peribadi anda sahaja.

Harga Berpatutan

Pakej-pakej kami memberikan harga yang berpatutan dengan nilai perkhidmatan yang anda perolehi. Harga pakej yang murah bukan bererti bagus & harga pakej lawatan yang mahal juga tidak bermakna tidak bagus, kerana ianya bergantung kepada apa yang anda dapat daripada pakej tersebut. Anda jangan mudah terpedaya dengan tawaran harga yang nampak terlalu murah. Walaubagaimanapun, kami menawarkan pakej lawatan dengan harga yang berpatutan dan servis yang memuaskan.