Bagaimana kami memproses perhohonan quotation anda

Apabila kami menerima email quotation / minta sebutharga daripada anda, berikut adalah proses:

  1. Kami menerima quotation / permintaan sebutharga dari anda
  2. Kami merekodkan di dalam sistem & membuat quotation kepada anda secepat mungkin
  3. Anda akan menerima email quotation daripada kami
  4. Sekiranya anda setuju, kami akan emailkan invoice, yang menerangkan jumlah bayaran, bagaimana membuat bayaran dan semua info secara detail
  5. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk tempahan bilik & penempahan tiket penerbangan (jika pakej all-in)
  6. Anda membuat bayaran deposit & kami akan emailkan resit bayaran untuk rujukan anda
  7. Sekiranya anda mengambil pakej all-in, iaitu termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan secepat mugnkin setelah menerima bayaran daripada anda
  8. Selepas itu, kami akan emailkan maklumat tempahan tiket penerbangan kepada anda
  9. Kami juga akan membuat tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya
  10. Setelah semua tempahan telah selesai, kami akan memberikan maklumat trip lawatan anda seperti nama hotel, nama pemandu / pemandu pelancong, orang yang akan dihubungi dan sebagainya
  11. Pada hari perlepasan, wakil kami akan berjumpa anda di lapangan terbang
  12. Anda sampai di destinasi lawatan dan dijemput oleh pemandu / pemandu pelancong kami
  13. Anda menjalani program lawatan sehingga selesai - jika ada apa-apa pertanyaan / persoalan semasa lawatan, anda boleh pada bila-bila masa menghubungi pihak kami
  14. Setelah anda pulang dari lawatan, kami akan bertanyakan kepada anda tentang maklumbalas untuk memastikan anda berpuas hati dengan lawatan tersebut. Maklumbalas tersebut adalah penting kerana kami mahu memastikan semua pelangan kami berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Sebarang cadangan atau komen adalah sangat dialu-alukan.

Sebarang pertanyaan lanjut (jika ada), anda boleh menghubungi staff kami atau boleh juga mengubungi saya terus

"Kepuasan Pelangan Adalah Keutamaan Kami"

Add new comment