11H9M TEROKAI BALKAN 8 NEGARA 2022

Croatia-Bosnia-Montenegro-Albania-Macedonia-Kosovo-Greece-Turkey

HARI 1 : KUALA LUMPUR –  ZAGREB (MM)
Berkumpul di KLIA untuk penerbangan malam ke Zagreb melalui Istanbul.  Tiba di Zagreb Airport, disambut oleh pemandu pelancong dan meneruskan lawatan sekitar bandar Zagreb: Dolac Bazaar (farmers market), St. Mark Church, Lostrscak Tower, Ban Josip Jelacic Square dan Upper Town. Seterusnya, peserta akan melawat Zagreb Mosque dan Islamic Center. Makan malam dan bermalam di Zagreb. 
Accommodation di Zagreb : 4* Hotel 

HARI 2: ZAGREB – PLIVA WATERFALL - SARAJEVO (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel, peserta akan teruskan perjalanan ke Sarajevo. Dalam perjalanan, peserta akan berhenti untuk melawat Pliva Waterfall. Pliva Waterfall terletak bersebelahan dengan bandar Jajce, ditengah-tengah Bosnia dan Hercegovina, dimana River Pliva bertemu River Vrbas. Makan malam dan bermalam di Sarajevo.
Accommodation di Sarajevo: 4* Hotel

HARI 3: SARAJEVO – MOSTAR – DUBROVNIK – TREBINJE (SP/MT/MM)
Sarapan pagi, daftar keluar hotel dan teruskan lawatan ke Mostar. Selepas melawat Mostar, peserta akan diberikan masa untuk solat dan membeli-belah di Old Mostar Bazaars. Selepas makan tengah hari, teruskan perjalanan ke Dubrovnik. Semasa perjalanan, peserta akan melawat Kravica Waterfall. Tiba di Dubrovnik, peserta akan melawat Dubrovnik’s old town (tapak warisan dunia UNESCO). Ketika lawatan, peserta akan melihat tembok bandar purba Dubrovnik. Seterusnya, peserta akan mempunyai masa lapang di main street. Bertolak ke Trebinje, makan malam dan bermalam.
Accommodation di Trebinje: 4* Hotel

HARI 4: TREBINJE – KOTOR – BUDVA – BAR - SHKODER (SP/MT/MM)
Sarapan pagi dan daftar keluar dan menuju ke Montenegro. Melawat Kotor dan bandar lama. Makan tengah hari di restoran tempatan dan meluangkan masa lapang untuk membeli-belah di leather center. Teruskan lawatan ke Budva. Dalam perjalanan, peserta akan berhenti untuk bergambar di Saint Stefan Island. Teruskan perjalanan ke Bar (bandar pesisiran pantai dan pelabuhan di selatan Montenegro). Peserta akan melawat Bar Islamic center untuk solat. Selepas itu bertolak ke Shkoder. Makan malam dan bermalam.
Accommodation di Shkoder: 4* Hotel

HARI 5: SHKODER – TIRANA – OHRID (SP/MT/MM)
Sarapan pagi, daftar keluar hotel dan menuju ke Tirana. Tirana ialah ibu kota dan bandar terbesar Albania. Seterusnya melawat Skanderbeg Square. Makan tengah hari di restoran tempatan dan teruskan ke Ohrid yang terkenal dengan Lake Ohrid dan ia adalah sebuah bandar di bawah Warisan Dunia UNESCO. Apabila tiba, peserta akan bersiar-siar dan membeli-belah di Pearl Shop pada waktu lapang. Bertolak ke hotel untuk makan malam dan bermalam. 

Lawatan pilihan: Ohrid Boat tour (30 euro seorang). Ia akan mengambil masa 2 jam dan peserta akan menikmati pemandangan di Ohrid. 
Accommodation di Ohrid: 4* Hotel 

HARI 6: OHRID - SKOPJE (SP/MT/MM)
Sarapan pagi, daftar keluar hotel dan teruskan lawatan ke Skopje. Sebelum tiba di Skopje, peserta akan mempunyai lawatan pilihan ke Sveti Naum. Selepas Sveti Naum, teruskan perjalanan ke Skopje. Makan tengah hari di restoran tempatan. Selepas tiba di ibu kota dan bandar terbesar di N.Macedonia, peserta akan melawat Turkish Bazaar dan Skopje Fortress. Seterusnya, makan malam dan bermalam. 
Lawatan pilihan: Sveti Naum Pletna boat tour (20 euro seorang)  
Accommodation di Skopje: 4* Hotel 

HARI 7: SKOPJE – PRIZREN – PRISHTINA - SKOPJE (SP/MT/MM)
Sarapan pagi dan melawat Kosovo. Sebelum tiba di Kosovo, peserta akan melawat Matka Canyon. Matka Canyon terletak di barat Skopje. Selepas melawat Matka, teruskan perjalanan ke Kosova, perhentian pertama akan berada di Prizren. Prizren ialah bandar kedua besar di Kosova. Peserta akan berjalan di Cliton Street dan melihat Sina Pasha Mosque, Prizren Watch Tower, Stone Bridge, Turkish Btah, Arasta Mosque, Etnografic Museum building. Selepas makan tengah hari, bertolak ke Prishtina (ibu kota Kosova). Peserta akan melawat Fatih Mosque. Kembali ke Skopje untuk makan malam dan bermalam. 
Accommodation di Skopje: 4* Hotel

HARI 8: SKOPJE - THESSALONIKI (SP/MT/MM)
Sarapan pagi, daftar keluar dan menuju ke Thessaloniki. Selepas tiba di Thessaloniki, peserta akan memulakan lawatan ke bandar. Peserta akan melihat white tower, Aristoteles square, The Greek Agora dan Roma Forum, Rotinda dan Arch of Galerius. Pada masa lapang, peserta akan pergi ke pantai Thessaloniki untuk bergambar, solat dan mebeli cenderehati. Selepas itu, daftar masuk hotel, makan malam dan bermalam. 
Accommodation di Thessaloniki: 4* Hotel 

HARI 9: THESSALONIKI – KAVALA – ISTANBUL (SP/MT/MM)
Sarapan pagi, daftar keluar dan meneruskan lawatan sekitar Kavala. Lawatan ke Kavala bermula dengan melawat bandar lama Kavala (Panagia). Seterusnya, peserta akan melawat Kavala Castle diamana ianya dibina pada sekitar abad ke-15. Selepas itu, peserta akan melawat Imaret, dan monumen seni bina Mehmet Ali Pasha dari Ottomans. Seterusnya peserta akan mempunyai masa untuk melawat ke persisiran pantai Kavala untuk bergambar, solat dan membeli cenderahati. Makan tengah hari di restoran tempatan dan teruskan perjalanan ke Istanbul. 
Accommodation di Istanbul: 4* Hotel 

HARI 10: BERLEPAS DARI ISTANBUL (SP/MT)
Sarapan pagi, dan akan memulakan lawatan ke bandar. Istanbul ialah bandar terbesar di Turki. Ia menjadi ibu kota Roman, Byzantine dan Ottoman Empires. Peserta akan berjalan dari bandar lama. Di Sultanahamet Square, peserta akan melihat Hipodrome, German Fountain, Blue Mosque, Hagia Sophia, Topkapi Palace dan Basilica Cistern. Selepas makan tengah hari, peserta akan mempunyai masa lapang untuk melawat Turkish Lokm dan Grand Bazaar. Bertolak menuju ke airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 11 : KETIBAAN DI MALAYSIA (MDK)
Selamat tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). 

SP: Sarapan Pagi    MT: Makan Tengah Hari     MM: Makan Malam     MDK: Makanan Dalam Kapal
Aturcara boleh dipinda kerana keadaan yang tidak dijangka tetapi tempat untuk dikunjungi tetap sama.

PAKEJ TERMASUK:

  • Tiket penerbangan pergi dan balik Qatar Airlines + 25 KG
  • Hotel lokal 4* atau setaraf beserta sarapan pagi antarabangsa
  • Makanan halal atau makanan mesra muslim seperti yang dinyatakan dalam aturcara
  • Bayaran masuk tempat kunjungan seperti dalam aturcara
  • Pengangkutan peribadi (Bas berhawa dingin yang selesa).
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas pelancong
  • Ketua rombongan tempatan yang terlatih dan professional


PAKEJ TIDAK TERMASUK:

  • Insuran Perjalanan atau hal-hal berkaitan COVID-19 
  • Surcaj tambahan untuk waktu perayaan, waktu puncak dan cuti sekolah (jika berkenaan)
  • Perkhidmatan tambahan di hotel seperti dobi, makanan ringan, bar mini dan perkhidmatan porter jika tidak disediakan.
  • Perbelanjaan peribadi
  • Bayaran tambahan untuk kapasiti bagasi yang berlebihan
  •  Lain-lain daripada yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.

PENGINAPAN

  • Hotel di Zagreb 4* atau setaraf
  • Hotel di Sarajevo 4* atau setaraf 
  • Hotel di Trebinje 4* atau setaraf
  • Hotel di Shkoder 4* atau setaraf
  • Hotel di Ohrid 4* atau setaraf
  • Hotel di Skopje 4* atau setaraf
  • Hotel di Thessaloniki 4* atau setaraf
  • Hotel di Istanbul 4* atau setaraf

HARGA PAKEJ:
**Semua harga yang dinyatakan di bawah adalah untuk seorang (RM)

Butiran Dewasa Kanak-kanak Bayi
Twin/Double Single Barkatil
(6-9 Tahun)
Tidak Berkatil
(2-5 tahun)
Harga 7190 7989 6590 6240 1000

CADANGAN BUTIRAN PENERBANGAN HARGA PAKEJ:

  • QR 853     KULDOH  0245   0530 
  • QR 217     DOHZAG  0805   1155 
  • QR 246     ISTDOH   1945   2345 
  • QR 848     DOHKUL  0145   1405

Tarikh Perlepasan 2022 

TARIKH

MUSIM

SEAT

17-27 Sept 2022

Musim Luruh

21

24 Sept-4 Oct 2022

Musim Luruh

21

7-17 Oct 2022

Musim Luruh

21

14-24 Oct 2022

Musim Luruh

21

21-31 Oct 2022

Musim Luruh

21

Quotation
Jika 'pakej pilihan' di atas bukan pakej pilihan anda, sila click di sini
Umur 12th ke-atas
Berumur 2th-11th
Nyatakan umur setiap kanak-kanak
Berumur bawah 2 tahun
Contoh: Cheras, Kuala Lumpur
Jika anda mempunyai sebarang maklumat tambahan, sila nyatakan..
Disclaimer: Semua maklumat yang diminta adalah semata-mata untuk ketepatan quotation yang akan kami berikan kepada anda dan untuk tujuan komunikasi