Bandung: Tempat Menarik Untuk Dilawati

Bandung mempunyai banyak tempat menarik; selain dengan factory outlet nya yang terkenal dengan pusat membeli-belahnya, suasana atau keadaan muka bumi di sana juga mempunyai tarikannya yang tersendiri. Keadaan iklimnya yang agak dingin iaitu sekitar 22 darjah celcius memberikan suasana nyaman yang disertai pula dengan keadaan tanah tinggi dan beberapa gunung berapi yang terkenal.

Oleh itu maka tidak hairanlah ianya setiasa dikunjungi oleh masarakat tempatan atau luar negara. Pada hujung minggu kita akan dapati ramai penduduk dari Jakarta turun ke Bandung untuk melepaskan diri daripada kesesakan kota. Begitu juga dengan pelancong luar negara, hampir 90 peratus adalah orang-orang Malaysia dan keduanya diikuti oleh rakyat Singapura.  

Di antara tempat-tempat menarik yang menarik untuk dilawati ialah:-

Alam Semula Jadi

Gunung Tangkuban Perahu

tangkuban+perahu+kawah

ciater+hot+spring+bandung+pemandangan

Tangkuban Perahu merupakan kawasan gunung berapai yang paling popular dan ramai dikunjungi. Ianya boleh dikatakan tempat yang mesti dikunjungi terutamanya kepada mereka yang pertama kali ke Bandung. Ianya terletak di kira-kira 20 km dari utara kota Bandung.  Gunung ini berketinggian sekitar 2,084 metar dari aras laut, oleh itu suhu pada waktu siangnya sekitar 17 darjah celsiusSecara purata, terdapat lebih kurang 300-400 orang akan melawat Gunung Tangkuban Parahu setiap hari. Jumlahnya mungkin bertambah terutama pada cuti sekolah dan cuti umum. Pemandangan dari atas puncak gunung ini agak cantik, dimana kita akan dapat melihat pemandangan gunung-ganang di bawahnya. Rakyat tempatan mempunyai cerita lagenda yang hebat mengenai Gunung Tangkuban Parahu ini, iaitu kisah percintaan di antara Sangkurinag dengan Dayang Sumbi. Ikuti kisahnya di sini.

Sari Ater Hot Spring

ciater+hot+spring+bandung+mandi+kolam+air+panas

ciater+hot+spring+bandung

Dari Gunung Tangkubang Parahu ianya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Jadi ianya boleh disinggah apabila pulang dari Tangkuban Parahu. Ciater Hot Spring merupakan kolam air panas yang berasal dari gunung berapi di sekitarnya, ianya sangat sesuai untuk merehatkan dan menyegarkan badan sama ada mandi atau merendam kaki. Ada yang berpendapat, dengan mandi air panas yang bercampur belerang itu boleh merawat beberapa jenis penyakit kulit. Di sini juga ada restoran dan gerai-gerai jika anda mahu makan atau minum. Selain itu, di sini juga ada aktiviti menungang kuda untuk hiburan anak-anak atau sekadar mengambil gambar untuk kenangan. Di sini juga terdapat tempat untuk camping, gelangang tenis dan sebagainya.

Ciwidey 

adalah sebuah daerah di Kabupaten Bandung. Nama Ciwidey berasal dari bahasa Portugis Kuno; Ciwi yang bermaksud buah kiwi dan Dey bermaksud hari. Manakala dalam bahasa Yunani Kuno nama Ciwidey berasal dari kata Ciwos yang berarti sapi dan Dos yang berarti lima.

Daerah ini bersempadan dengan Kabupaten Cianjur dan daerah ini terkenal dengan penghasilan produk pertanian dan perkebunan. Ramai orang datang ke sini untuk tujuan lawatan kerana ianya mempunyai pemandangan yang menarik. Kawasan tanah tinggi Ciwidey terdapat banyak ladang-ladang teh yang seolah-olah carpet yang menutupi gunung-gunung.

Kawah Putih

Kalau hendak dibandingkan dengan Tangkuban Parahu, Kawah Putih agak kurang popular tetapi sebenarnya bagi kebanyakan orang berpendapat Kawah Putih adalah lebih cantik. Ianya digelar kawah putih kerana kawah gunung berapai tersebut mempunyai batuan dan pasir yang memutih di sekitarnya. Air hujan yang jatuh ke dalam kawah tersebut yang kelamaannya menjadi sebuah tasik. Pada kebisaannya, air tasik kawah putih kelihatan kehijauan dan pemandangannya memang cantik. Walaubagaimanapun, anda tidak boleh duduk lama-lama di sana kerana bau belerangnya agak kuat.

Waktu yang terbaik untuk melawat Kawah Putih ialah pada waktu pagi. Kendaraan boleh diparking di kawasan letak kereta dan anda boleh mengambil bas mini untuk kesana atau boleh berjalan kaki sahaja. Kawah Putih terletak lebih kurang 2 km ke atas puncak.

Memetik buah strawberry 

Satu lagi aktiviti yang menarik di sini ialah aktiviti memetik buah strawberry. Keadaan cuaca yang agak dingin menjadikan tempat ini sesuai untuk tanaman strawberry. Ada banyak kebun strawberry di sini walaubagaimanapun, pada hujung minggu ramai orang akan datang ke sini, leh itu anda digalakan datang awal untuk lebih selesa. Pemilik kebun akan memberikan anda raga dan anda boleh memetik sendiri - harga buah strawberry yang dipetik sendiri lebih mahal dari buah strawberry yang telah siap dipetik. Walaubagaimanapun memetik sendiri mempunyai keseronokan tersendiri, terutamanaya kepada anak-anak.

Makan tengahari di Ciwidey

Salah satu tempat makan yang menarik ialah Restoran Sindang Reret. Restoran ini menyediakan masakan Sunda seperti ikan gurami, ikan emas, ayam bakar atau goreng, gepuk (putongan atau hirisan daging yang dimasuak hingga empuk - rasanya agak pedas & manis) dan sebagainya. Ada sejenis salad Sunda yang popular yang dinamakan Karedok; ianya dibuat daripada sayur-sayur segar seperti timun, tauge, kobis dan sebaginya.

Restoten Sindang Reret mempunyai dua rekebantuk yang berada bersebelahan. Di satu bahagian ianya kelihatan seperti sawah padi dan di sebelah lagi berada di tengah-tengah kolam ikan yang besar. Anak-anak anda boleh memberi makan ikan atau bermain-main di padang. Anda boleh pilih sama ada mahu makan di meja makan secara moden atau secara tradisional iaitu secara duduk di atas alas.

Pada hujung minggun atau cuti umum, pihak restoran juga ada menyediakan Flying Fox. Jika anda berhasrat untuk bermalam di sana pun boleh, walaubagaimanapun biliknya adalah biasa sahaja. Jika anda mahu bilik yang lebih baik, anda boleh mendapatkan di Villa yang berdekatan.

Makanan ringan tradisi Ciwidey

Antara makanan ringan yang hanya terdapat di Ciwidey ialah Kalua Jeruk (jeruk bermaksud limau) - yang dibuat daripada kulit buah limau. Berondong Jagung pula dibuat daripada jagung yang digaul dengan gula. Oleh kerana di sini terdapat banyak buah strawberry, maka anda juga boleh mendapat pelbagai produk yang berasaskan strawberry antaranya ialah Dodol Strawberry, Gula dan Dodol Strawberry.

Situ Patengang

Di Situ Patengang, anda akan dapat melihat pemandangan yang cantik dengan ladang-ladang teh menutupi gunung seumpama karpet. Ianya disertai dengan hutan pohon pine dan kehijauan air tasek menjadikan penorama yang indah dan mendamaikan.

Antara aktiviti yang menarik di sini ialah anda boleh menyewa boat atau spedal boat untuk berkayuh di sekitar tasik. Anda juga boleh camping di sini. Ada kawasan khusus untuk camping yang menghadap tasik Situ Patengang. Pemandangannya memang cantik, walaubagaimanapun suhu di waktu malam agak dingin. Oleh itu anda perlu membawa baju yang sesuai jika mahu camping di sini.

Kawasan ini merupakan kawasan camping berkeluarga yang terkenal. Ianya agak padat dengan orang ramai terutama pada hujung minggu dan hari cuti umum. Ramai yang datang menggunakan bas, kerata dan motosikal. Oleh itu, jalannya agak sesak pada hujung minggu dan cuti umum.

Cara untuk ke Ciwidey (Kawah Putih & Situ Patengang)

Ciwidey terletak lebih kurang 30 km ke selatan Bandung @ lebih kurang 1.30 hingga 2 jam perjalan dari Bandung (bergantung kepada kesesakan jalan). Cara yang paling mudah untuk kesana ialah melalui jalan bertol dan keluar ke Kopo. Di dalam perjalanan anda akan melalui banyak kebuh strawberry, selepas itu melalui Restoran Sindang Reret dan kawasan ladang teh di sepanjang perjalanan. Di hujung jalan adalah destinasi Situ Patengang.

Tips untuk bermalam di Situ Patengang:

  • Anda harus membawa baju tebal, kerana angin di sebelah malam agak dingin
  • Datang awal pagi, terutamnya pada hujung minggu atau hari cuti umum untuk mengelakan kesesakan 

Puncak Bogor

Suatu tempat tanah tinggi yang agak dingin dan anda boleh melihat keindahan kota Bogor dari puncak ini seperti melihat keindahan matahari terbenam dan sebagainya. Anda juga boleh santai dengan mengunjungi gerai-gerai dengan suasana udara yang dingin. Ada beberapa tempat menarik di sini seperti:

  • Kebun teh Gunung Mas
    • Iaitu kawasan kebun teh yang sudah lama terkenal sebagai kawasan pengeluaran teh yang utama di daerah Jawa Barat. Anda boleh melihat bagaimana daun teh diproses dari mula sehingga siap. Anda boleh berjalan kaki mengelilingi kebun teh ini sebagai riadah dan untuk merehatkan minda setelah kepenatan bekerja.  
  • Taman Safari
    • Taman safari terletak di Sicarua, Puncak. Taman Safari ini sesuai untuk hiburan anda sekeluarga terutama jika anda membawa anak-anak. Taman ini menempatkan lebih 2,500 jenis haiwan yang tinggal di dalam habitatnya yang asal (bukan macam zoo). Anda boleh melihat haiwan-haiwan tersebut dari tingkap kenderaan - pastinya anak-anak anda akan terhibur. 
    • Taman Safari dibuka dari jam 8 pagi sehingga 5 petang
  • Air Terjun Cilember
    • Air Terjun Cilember ini berada desa Cilember, Sicarua iaitu sekitar 21 kilometer dari Bogor. Kawasan ini juga sesuai untuk anak-anak di mana ianya terdapat taman rama-rama dan tempat berkhemah.
  • Bodogor Ecowisata
    • Ianya merupakan pusat pendidikan Cagar Alam Bodogol yang terletak di bahagian barat Taman Nasional Gunung Gede-Pangrango. Di sini anda juga boleh melihat jenis binatang dan tumbuhan.

Factory outlet dan pusat membeli belah:

Pasar Baru - pusat pakaian
Pasar Baru dibuka dari jam 9.00pagi sampai 5.00 petang dan ianya mempunyai 4 tingkat.  Pengunjung di sini agak ramai oleh itu untuk mengurangkan kesesakan, adalah lebih-baik jika anda datang awal pagi.
Merupakan tempat membeli belah paling popular bagi pelancong asing. Di sini anda boleh mendapatkan produk kain ela,baju kebaya,telekong dan bermacam-macam lagi pakaian yang diperbuat daripada kain kapas, sutera, setin dan sebagainya. Terdapat pakaian moden dan tradisional seperti kebaya dan sebagainya. Pakaian dan aksesori untuk perkahwinan pun boleh didapati. Pakaian sembahyang untuk wanita dan lelaki cukup banyak, anda perlu pilih sahaja. Begitu juga dengan pakaian kanak-kanak. Peniaga-peniaga di sini sudah sangat biasa dengan pelancong dari Malaysia. Oleh itu pandai-pandailah anda membuat tawar-menawar.
 
Harga pakaian di Pasar Baru memang lebih murah berbanding dengan harga di Malaysia, lebih-lebih lagi jika anda membeli secara borang. Kualiti pakaian ada bermacam-macam, oleh itu anda haruslah pandai memilih untuk mendapatkan pakaian yang bermutu. Jika anda mempunyai banyak masa, anda boleh membuat perbandingan dengan beberapa kedai bagi mendapatg gambaran harga bagi sesuatu barang atau pakaian yang anda ingin beli.
Walaubagaimanapun, jika anda merasakan harga yang ditawarkan sudah cukup murah...anda boleh beli sahaja kerana di Pasar Baru memang banyak sangat kedai dan anda mungkin tidak sanggup untuk pergi ke semua kedai untuk membuat perbandingan harga. 
 
Sedikit tips jika membeli di Pasar Baru iaitu jaga barangan anda.  Bagi lelaki, lebih baik letakan dompet anda pada poket depan. Bagi yang membawa beg sandang, letakan di bahagian depan..bukan di sebelah sisi lebih-lebih lagi belakang. Pastikan passport anda disimpan dengan baik kerana dikuatiri tercicir dan sebagainya.  Bagi mereka yang membawa anak-anak kecil, sila jaga dan perhatikan mereka setiap masa.​
 
Jalan Cibadayut - terkenal dengan barangan kulit​​​​

jalan_cibaduyut

​Barangan utama di sini ialah beg tangan dan kasut kulit untuk wanita dan juga lelaki. ianya mempunyai deretan kedai antara yang terpanjang di Asia. Jalan Cibaduyut memang sangat popular dengan kasut/sepatu kulit sehinggakan jalan masuk utama di Jalan Cibaduyut telah dibina patung kasut yang besar. Oleh itu, jika anda nampak patung kasut yang besar, maka bermakna anda sekarang sedang barada di Jalan Cibaduyut.  Jarak dari pusat bandar hanyalah sekitar 30 minit sahaja. Jika anda ingin menempah kasut pn boleh dan harganya memang murah dengan kualiti yang baik. Selain kasut, terdapat juga banyak barangan yang diperbuat daripada kulit seperti jaket kulit, topi kulit, tali pingang kulit, dompet kulit, sandal dan sebagainya
 
Jalan Dago - pusat fesyen terkini yang menawarkan pelbagai pakaian model terkini untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Antara factory Outlet di sini ialah:
  • Blossom
  • Grande
  • Rafles
  • Glamour
  • Runaway
  • Jetset
  • Centre Branded​​​​​
  • Rumah Mode
    • Antara factory outlet yang terbesar di Bandung dan ianya memang sentiasa ramai dikunjungi terutama pada hujung munggu.
    • Di sini banyak terdapat pakaian wanita, pakaian lelaki dan pakaian kanak-kanak dan kebanyakannya adalah pakaian  kasual jeans dan t-shirt
  • Haritage
    • Kawasan yang popular di mana terdapat banyak jenis pilihan pakaian
    • Bangunannya seakan bangunan pengaruh penjajah dan terdapat juga cafe/restoran di sekitarnya
  • Donatello
    • Barangan kulit jenama tempatan seperti kasut, beg wanita, tali pingang, beg galas dan bermacam-macam lagi.
  • Cihampelas shopping street
    • Jeans dan bermacam-macam pakaian ada di sini
    • Harganya memang murah dan berbaloi
  • For Men
    • Sesuai dengan namanya - ianya untuk barangan lelaki sahaja
    • Tempat yang sangat sesuai untuk lelaki di mana anda boleh dapatkan apa sahaja di sini dengan harga yang berpatutan
    • Sangat sesuai bagi lelaki/suami untuk membeli belah di sini sementara menunggu isteri membeli-belah di tempat kegemaran mereka
  • The Secret
    • Tempat yang popular dengan pakaian yang berjenama
    • Pakaian kanak-kanak juga ada di sini
    • Suasananya juga sesuai untuk santai-santai, wifi pun ada di sini
  • Jalan Cihampelas (cihampelas walk)
    • Pusat perbelanjaan mewah - ianya bersih dan nyaman
    • Pada sebelah malam, ianya dihiasi dengan lampu-lampu yang menarik - sesuai untuk bersiar-siar bersama kawan dan keluarga
Pendek kata, anda boleh berbelanja sehingga puas di sini. Harga yang ditawarkan juga lebih murah jika dibandingkan dengan harga yang terdapat di Malaysia. Oleh kerana nilai mata wang Malaysia yang agak tinggi berbanding dengan rupiah, kita boleh berbelanja lebih dengan nilai wang yang sama jika berbelanja di Malaysia. Walaupun banyak tempat yang hendak dikunjungi, tetapi anda tidak terasa sangat bahang panas seperti di Malaysia kerana udara di sini agak dingin - ianya memang santai !

Makanan

Kampung Daun
restoran+kampung+daun+pemandanganmakanan+di+restoren+kampung+daun+bandungSuasana romantis di Kampung Daun memang selesa yang mana ianya dikelilingi suasa pohon-pohon dan suasana semulajadi. Sangat sesuai jika untuk anda makan bersama keluarga atau teman dengan suasana santai. Makanan Sunda & Padang merupakan antara jenis masakan utama di sini - anda boleh mendapatkan makanan jenis ini di banyak tempat dan ianya memang lazat dan menyelerakan. Pemandu pelancong kami akan membawa ke tempat makan tengahari dan makan malam dan ianya sudah termasuk di dalam pakej.

Antara restoren yang biasa kami gunakan ialah:

  1. Restoran padang simpang raya  jl dago, ir h juanda
  2. Rrestoran padang sederhana jl setia budi
  3. Restoran dapur sangkuriang jl setia budi
  4. Restoran rumah ikan jl setia budi
  5. Restoran balibu jl raya cikole lembang
  6. Restoran seapood dicos jl sukajadi
  7. Restoran wibiksana jl surya sumantri
  8. Restoran seapood parit 9 jl anggrek
  9. Rumah makan khas sunda ampera jl pajajaran
  10. Food cort pasar baru tren center
  11. Food cort pasir kaliki scuer

Restoran yang romantis

  1. Kampung daun, jl sersan bajuri
  2. Sapu lidi, jl sersan bajuri
  3. Setone kape, jl dago pakar di bukit
  4. Restoran lesung, jl dago pakar di atas bukit
Kek lapis Bandung
  • Kalau anda ingin mencuba kek lapis Bandung - anda boleh mendapatkan di Kartika Sari.
Kartika sari
  • Merupakan salah satu tempat yang biasanya 'wajib' dikunjungi oleh pelancong
  • Di kartika Sari, ianya popular dengan bakeries terutamanya kek lapis dan bermacam-macam lagi seperti Pisang Molen, Pastries, nonya cakes, ice cream dan bermacam jenis kek dan bermacam jenis cokelat. Pastinya anak-anak suka dengan coklet ini jika dibawa pulang sebagai ole-ole.
  • Harga Kek Lapis di Kartika Sari agak mahal juga, oleh itu jika anda mahu kek lapis yang agak murah - boleh tanyakan pemandu pelancong kami. Mereka boleh rekemenkan kek lapis buatan sendiri yang harganya lebih murah.

Hiburan

Trans Studio Bandung

trans+studio+bandung

Merupakan antara yang terbesar di Asia Tenggara. Pastinya anak-anak anda akan teruja dengan pelbagai jenis permainan yang disediakan. Bermacam-macam permainan disediakan untuk diterokai. Anda boleh habiskan masa setengah hari di sini untuk mencuba semua permainan yang disediakan. Sekali masuk anda boleh main apa sahaja di dalamnya sehingga puas. Untuk berbelanja atau membeli apa-apa di dalam Trans Studio, anda perlu mengunakan Kad Mega Cach yang boleh di beli semasa membeli tiket masuk. Kad Mega Cash boleh ditambah nilai jika baki kreditnya berkurangan atau habis. 

 

Karaoke !

Bagi mereka yang berminat dengan karaoke, anda boleh mendapatkanya dengan mudah sahaja. Aktiviti di sebelah malam adalah di luar pakej lawatan kami, oleh itu anda hendaklah menguruskannya sendiri bersama keluarga atau kawan-kawan anda. Walaubagaimanapun, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pemandu pelancong kami.

Kesimpulan:

Bandung memang sesuai jika anda ingin melancong bersama-sama kenalan atau keluarga anda. Di samping membeli-belah, anda juga boleh melihat suasana alam semula jadinya yang menarik seperti Tangkubang Parahu, Ciater Hot Spring, Ladang Strawberry, ladang teh, pemandangan tanah tinggi seperti Puncak Bogor dan sebagainya.  Boleh dikatakan Bandung adalah destinasi yang ideal untuk pelancongan anda dan keluarga ! Jangka masa lawatan yang paling sesuai ialah 4 hari/3 malam atau 5 hari/4 malam. 

Kami di Kembara Murni mengfokuskan program lawatan ke Indonesia sahaja terutamannya Bandung, Jakarta, Medan. Oleh itu, kami dapat memberikan servis yang terbaik kepada client kami. Kami juga mempunyai tenaga kerja di Indonesia yang sangat berdedikasi. Kos yang kami berikan adalah berpatutan tetapi jaminan mutu perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Sekiranya anda dan keluarga anda ingin ke Bandung, sila dapatkan quotation daripada kami dengan CLICK pautan di bawah ini.

Dapatkan Sebutharga Anda Sekarang

"No Hiden Cost - No Hastle - No Problem"

Insya Allah


Lihat TESTIMONIAL client kami

Pakej Lawatan

Pakej Promosi Semasa:

Panduan:

Taxonomy upgrade extras: 

Add new comment

You must have JavaScript enabled to use this form.

Plain text

  • No HTML tags allowed.
  • Web page addresses and e-mail addresses turn into links automatically.
  • Lines and paragraphs break automatically.
To prevent automated spam submissions leave this field empty.