Introducer

Maksud instroducer di dalam kontek ini ialah seseorang yang kami lantik sebagai orang perantaraan untuk memperkenalkan pakej-pakej kami kepada bakal pelangan. Introducer hanyalah memperkenalkan bakal pelangan kepada kami, manakala proses yang seterusnya akan dibuat oleh pihak kami. Sekiranya introducer memperkenalkan bakal pelangan kepada kami dan mengambil mana-mana pakej kami, maka kami akan memberikan sejumlah komisen/upah di atas usaha tersebut.

Panduan dan syarat-syarat bagi seorang introducer:-

  1. Introducer hanyalah memperkenalkan bakal pelangan kepada kami dan introducer tidak boleh menerima wang (sama ada wang pendahuluan atau bayaran penuh) dari pelangan. Syarat ini adalah selaras dengan syarat yang ditetapkan oleh kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
  2. Sebarang bayaran dari pelangan adalah terus kepada pihak kami iaitu Kembara Murni Travel & Tours Sdn. Bhd.
  3. Introducer bukan bermaksud cawangan Kembara Murni, ianya berfungsi sebagai agen pemasaran yang mempromosikan produk-produk kami
  4. Tiada sebarang yuran yang kami kenakan untuk menjadi introducer dan introducer juga tidak menerima bayaran secara tetap daripada kami.
  5. Upah yang introducer terima adalah berdasarkan kepada jumlah pelangan yang dibawa kepada kami.
  6. Jumlah atau kadar upah ada dinyatakan di dalam surat perjanjian di antara kami dengan introducer yang mana ianya dipersetujui di antara ke dua-dua belah pihak

Add new comment