Kenali Bandung

Nikmatilah kedamaian dan ketenangan di kota Bandung dan pengalaman membeli belah yang pasti akan  meningalkan seribu satu  kenangan untuk anda....

Pengenalan Ringkas Tentang Kota Bandung

Bandung merupakan salah satu destinasi pilihan rakyat Malaysia, yang mana ianya terkenal dengan jolokan 'syurga membeli belah'. Oleh sebab itu kita dapati ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita ke sana untuk tujuan membeli-belah di Pasar Baru dan di Factory Outlet yang begitu banyak terdapat di sana. Selain shopping, Bandung juga mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati seperti Gunung Tangkubang Perahu, Kawah Putih, Taman Tema Trans Studio, Taman Safari di Bogor. Jangan lupa bawa anak-anak anda ke Trans Studio yang pastinya akan menghiburkan mereka!. Dengan udaranya yang agak dingin menjadikan dan disertai dengan banyak tempat membeli-belah serta terdapat banyak tempat-tempat tarikan pelancong, menjadikan Bandung merupakan tempat yang ideal untuk anda dan keluarga atau kawan-kawan untuk pecutian bujet tetapi menawarkan kepuasan.

Bandung terletak di daerah Jawa Barat Indonesia dan ianya merupakan bandar yang ke dua terbesar selepas Jakarta. Ianya berkeluasan sekitar 3,600 kilometer persegi dan terdiri daripada 26 buah kota dengan penduduk kira-kira 42 juta orang dan merupakan kota yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Wilayah ini mempunyai pelbagai tarikan pelancongan seperti 287 objek pelancongan alam sekitar, 104 pelancongan budaya dan 168 pelancongan dengan minat khusus.  Sebanyak 13 kota rayanya pula memiliki corak batik khas daerah masing-masing.

Kota Bandung yang sinonim dengan jolokan 'Paris Van Java' itu tebal dengan elemen kebudayaan yang mana penduduknya kebanyakan berketurunan Sunda. Elemen kebudayaan itu bersatu dengan kekayaan alam semula jadinya yang menjadikan ianya begitu menarik untuk diterokai. Orang-orang Sunda memang baik dan berbudi bahasa dan sangat menghormati tetamu. Wanita-wanitanya pula terkenal dengan kecantikannya dan berkulit putih. Ramai artis-artis Indonesia datang dari dearah ini.

Dengan ketinggiannya 768 meter dari aras laut, ianya memberikan suasana udara yang nyaman (purata sekitar 22.6°C). Ianya dikelilingi pula oleh beberapa buah gunung berapi yang masih aktif seperti gunung berapi Tengkuban Perahu, Papandayan, Guntur, Ceremai dan banyak lagi. Hamparan sawah padinya yang luas dan kehijauan ladang teh di kaki gunung, serta udaranya yang nyaman dapat menimbulkan rasa yang sangat mendamaikan.  Gabungan kesemua itu umpama sebuah lukisan yang sungguh indah.

Selain daripada bentuk muka buminya yang mengasyikan itu, kota Bandung juga sangat terkenal dengan pusat membeli belahnya. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan berjenama antarabangsa dengan harga yang sangat berpatutan. Antara tempat membeli belah yang mashyur ialah Rumah Mode, Mode Plus, Donatello, The Summit Butique Outlet dan banyak lagi.

Pasar Baru pula terkenal dengan produk kain ela, baju kebaya, telekung dan pelbagai macam lagi dengan harganya berganda-ganda murahnya berbanding dengan di Malaysia. Bagi peminat barangan kulit pula, anda boleh mendapatkannya di Jalan Cibadayut yang ditawarkan dengan harga yang cukup  murah.  Pendek kata, kota Bandung memang sesuai jika dinamakan sebagai 'syurga membeli belah'. Justru itu tidak hairanlah begitu ramai rakyat Malaysia  datang kesana untuk berbelanja di samping menenangkan fikiran setelah penat bekerja.

Jangan lepaskan peluang untuk menerokai segala keindahan dan pengalaman membeli belah di kota Bandung. Kini anda boleh mendapatkan percutian yang menarik seperti di atas dengan kos bujet kami.

Anda boleh memilih pakej-pakej yang kami tawarkan. Kami akan membawa anda untuk menerokai kota Bandung dan sudah tentunya pengalaman membeli belah yang mengasyikan....

Pakej Lawatan
Share

Comments

salam, minta qtn ke bandung utk 7 dewasa dan 2 kanak-kanak utk 4h/3m
Submitted by Anonymous (not verified) on 1 January 2012 - 9:34pm

salam,

rm650:

rate utk hari biasa

hari cuti sekolah ada sedikit kenaikan

harga termasuk: makan/pengangkutan/hotel/tiket ke tangkubang parahu/tips

harga tidak termasuk tiket pesawat

utk detail boleh hantar permintaan sebutharga di SINI

Submitted by admin on 12 January 2012 - 12:48am
salam.. boleh ke kalau saya nak custom made itinerary ke Bandung? peserta dalam 15-17 dewasa.
Submitted by Anonymous (not verified) on 21 February 2012 - 9:40am

salam,

untuk mendapatkan quotation, sila CLICK DI SINI

bila anda sudah isi borang tersebut dan hantar kepada saya, saya akan emailkan terus kepada anda.

t.kasih,

Submitted by admin on 21 February 2012 - 11:57am

Add new comment