Keterangan mengenai tiket penerbangan

Share

Ada beberapa perkara yang perlu diperincikan berkenaan dengan penempahan harga tiket penerbangan supaya ianya menjadi lebih jelas dan telus. Di antara perkara tersebut ialah: -

Jumlah maksima sekali booking

Jumlah maksima sekali booking ialah 9 orang sahaja. Semasa anda meminta kami menyemak harga tiket, maka kami hanya dapat melihat jumlah harga tiket untuk maksima 9 orang sahaja. Oleh itu, sekiranya jumlah peserta melebihi 9 orang, maka kami tidak boleh memberi jaminan yang kesemua peserta akan mendapat harga seperti yang kami berikan di dalam quotation.

Ini kerana pihak syarikat penerbangan mempunyai cara pengiraan mereka yang tersendiri untuk menentukan harga. Walaubagaimanapun, sekiranya harga untuk '2nd. booking'  dan seterusnya anda masih mendapat harga yang sama, maka anda adalah bernasib baik.

Jika anda mempunyai kumpulan yang agak besar, contohnya 30 orang ke atas anda mungkin perlu membuat tempahan tiket berkumpulan/group booking untuk mengurangkan risiko kehabisan tempat duduk atau risiko kenaikan harga yang diluar jangkaan (jika buat booking biasa melalui internet). Dengan group booking, anda akan diberikan harga yang tetap dan dapat mengelakan kemungkinan kenaikan harga yang diluar jangkaan.

Harga sentiasa berubah

Anda harus faham bahawa jumlah harga tiket yang kami berikan di dalam quotation adalah berdasarkan pada harga semasa kami mengeluarkan quotation. Harga tiket penerbangan boleh berubah pada bila-bila masa.

Oleh itu, sekiranya semasa booking harga adalah tidak sama (meningkat) berbanding dengan harga yang kami berikan di dalam quotation, maka anda terpaksalah menerima harga semasa tersebut dan sebarang penambahan kos akan ditanggung oleh peserta.

Kadang-kadang juga terjadi harga semakin turun yang mungkin disebabkan promosi semasa syarikat penerbangan - jika harga turun, kami juga akan memberi tahu kepada anda dan lebihan harga tiket tersebut akan dimasukan ke dalam 'ground cost' atau dipulangkan semula lebihan tersebut kepada anda.

Untuk mengelakan kemungkinan kenaikan harga tiket, anda digalakan untuk membuat penempahan seawal mungkin. 

Jumlah maksima Bagasi

Jumlah maksima bagasi untuk setiap syarikat penerbangan adalah berbeza.Anda boleh membuat perkiraan - berapa kilo bagasi yang ingin anda beli semasa pergi dan berapa kilo semasa kembali.

Cabin Baggage/hand carry yang dibenarkan tidak melebihi 7KG. Manakala saiz beg tidak melebihi: 56mm x 36cm x 23cm diamiter. Anda mesti pastikan saiz bagasi anda tidak melebihi dari yang dibenarkan. Ini kerana jika saiz bagasi melebihi dari yang dibenarkan, anda mungkin akan tidak dibenarkan membawa naik bagasi tersebut ke dalam pesawat. Saiz bagasi yang melebihi dari yang dibenarkan untuk dibawa ke dalam pesawat (hand carry) boleh dimasukan ke dalam kargo (caj mengikut berat bagasi).

Perbezaan waktu

Ada sesetengah orang agak keliru berkenaan dengan waktu atau jam perjalanan bila melihat Tiket. Keadaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan waktu di antara Malaysia dengan negara yang ingin dikunjungi. Sebagai contoh Malaysia dengan Indonesia; waktu Malaysia adalah awal 1 jam berbanding dengan Indonesia. Sekarang kita lihat contoh waktu bertolak dan ketibaan antara Kota Kinabalu dengan Jakarta sebagai contoh. 

Waktu perjalanan dari Kota Kinabalu ke Jakarta ialah: 2 jam, 40 minit

Waktu perjalanan dari Jakarta ke Kota Kinabalu ialah: 2 jam, 45 minit

Pergi: 5.10pm-6.50pm

Pulang: 7.20pm-11.05pm

Untuk contoh di atas: -

Waktu pergi (5.10pm adalah waktu Malaysia, manakala waktu sampai 6.50pm adalah waktu Indonesia)

Kalau dikira dengan waktu Malaysia ialah: 5.10pm - 7.50pm (2 jam, 40 minit)

Waktu pulang (7.20pm adalah waktu Indonesia, manakala waktu sampai 11.05pm adalah waktu Malaysia)

Kalau kira waktu Malysia ialah: 8.20pm - 11.05pm (2 jam, 45 minit)

Bila kita faham perbezaan masa dan waktu penerbangan tersebut, maka tiada kekeliruan lagi.

Pick-up seat

Untuk Hot Seat - tempat duduk lebih luas dan lebih selesa (di bahagian depan). Manakala Normal Seat adalah seat yang biasa sahaja. Sekiranya anda secara berkumpulan dan ingin memastikan semua ahli rombongan anda duduk berdekatan, maka anda mungkin boleh membeli Normal Seat.

Walaubagaimanapun, anda boleh untuk tidak membeli pick-up seat, namun kedudukan tempat duduk mungkin tidak berdekatan antara satu sama lain di antara ahli kumpulan anda. Sekiranya anda mempunyai kanak-kanak - anda mungkin boleh membeli Normal Seat supaya anda boleh duduk bersebelahan dengan anak-anak anda. Bagi bayi/infant - duduk satu seat dengan ibu.

Web check-in

Untuk Air Asia misalnya, anda boleh membuat web check-in sendiri (14 sebelum berlepas dibenarkan buat web check in) untuk menjimatkan masa semasa di airport. Ianya mudah sahaja iaitu anda masuk ke laman web Air Asia(link is external) dan click pada menu "Web check-in" seperti gambar di bawah: -

Masukan "Departure city" dan seterusnya masukan "Booking number" anda. Seterusnya ikut sahaj arahan yang diminta. Setelah selesai, print Bording Pass dan Tiket anda. 

Anda boleh membuat web check-in untuk semasa pergi dan semasa pulang sekaligus untuk menjimatkan masa anda.

MAS

  • MAS mempunyai bagasi standard iaitu 30kg semasa pergi dan 30kg semasa pulang
  • Untuk penerbangan antarabangsa ada makan/minum
  • Harga bagasi sudah termasuk di dalam harga tiket
  • Pembetulan kesalahan ejaan nama USD30 untuk penerbangan antarabangsa dan RM50 untuk penerbangan tempatan (kalau setakat salah 1 huruf tidak dikenakan caj)

KLM

  • 23kg sahaja - sudah termasuk dalam harga tiket
  • hand carry 12kg
  • Tambahan bagasi dikenakan caj USD55 (1 beg maksima 23kg sahaja)

MALINDO

  • 30kg bagasi sudah termasuk dalam harga tiket
  • Harga kanak-kanak sama dengan harga dewasa

Nota: kadar tersebut berdasaarkan kadar semasa artikel ini ditulis dan ianya mungkin berubah.

NOTA: MAKLUMAT ATAU INFO DI ATAS BENAR SETAKAT ARTIKEL INI DITULIS - SILA SEMAK DENGAN SYARIKAT PENERBANGAN JIKA ADA INFORMASI TERKINI.

Dapatkan quotation untuk trip anda

Add new comment

Plain text

  • No HTML tags allowed.
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.