You are hereMengenai Kami
Mengenai Kami
Kembara Murni Travel & Tours Sdn Bhd merupakan pemberi perkhidmatan untuk menyelaras atau jururunding untuk lawatan atau pengurusan acara ke dalam dan luar negara. Destinasi utama kami ialah Indonesia iaitu Bandung, Jakarta, Bali, Jogjakarta, Medan dan Padang-Bukit Tinggi. Kami memilih Indonesia sebagai destinasi utama kerana ingin memberi pengkhususan kepada satu-satu destinasi. Walaubagaimanapun, kami juga menyediakan distinasi lain seperti Hatyai, Guangzhou, Yiwo, Langkawi (local).
Konsep kami ialah menguasai satu-satu destinasi dengan baik terlebih dahulu dan seterusnya menambah lokasi lawatan dari masa ke semasa. Tujuannya ialah supaya kami dapat membina hubungan secara terus dan kuat dengan sesuatu pihak di sesuatu destinasi. Ini untuk memastikan kami dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelangan. Kerana kami memang faham iaitu kepuasan pelangang adalah segala-galanya yang menentukan kejayaan kami.
Misalnya di Bandung; kami mempunyai rakan niaga secara terus - bukan berkonsepkan 'sub-job'. Ini bermakna, anda seolah-olah berurusan terus dengan kami walaupun anda berada di sana. Mereka semua amat komited dengan kerja-kerja mereka. Mereka selalu mendapat pujian daripada client kami.
Pakej yang kami tawarkan adalah telus; tiada apa-apa 'hiden cost' atau kos tersembunyi kerana pemandu pelancong kami memang tidak akan meminta apa-apa tips atau bayaran tambahan. Kami juga berpegang kepada konsep ketelusan di dalam urusan.
Jadual lawatan/itinerary kami adalah flexible di mana anda tidak terikat dengan jadual lawatan yang kami berikan. Jadual lawatan/itinerary kami lebih kepada panduan asas lawatan - tetapi anda boleh untuk mengubah mengikut kesukaan anda/kesesuaian masa/keadaan selagi ianya tidak menyimpang jauh daripada jadual asal.
Moto kami ialah : KEJAYAAN KAMI DIUKUR MELALUI KEPUASAN PELANGAN
Oleh itu, kami amat menitikberatkan tentang kebajikan dan kepuasan pelangan. Sebarang maklumbalas daripada client akan kami ambil berat demi memastikan perkhidmatan yang lebih baik. Sebab itulah kami hanya mengfokus kepada destinasi yang tertentu sahaja iaitu destinasi yang kami tahu dan mempunyai hubungan rangkaian yang baik sahaja.
Antara perkhidmatan kami:
- Membantu urusan penempahan tiket pesawat
- Membantu penempahan tempat penginapan/hotel
- Mengatur sistem pengangkutan anda
- Mengatur makan-minum anda
- Urusan Pemandu Pelancung dan sebagainya
- Membantu mengatur pengangkutan dari tempat anda ke LCCT/KLIA
Kelebihan kami:
- Telus@transparent
- Tiada hiden cost atau kos tersembunyi
- Mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pemandu pelancung di mana-mana destinasi kami
- Harga yang berpatutan & perkhidmatan yang terbaik
- Keselesaan/kebajikan pelangan adalah keutamaan kami
Kembara Murni mempunyai kerjasama dengan beberapa syarikat pelancongan seperti Kembara Ilmu Travel & Tours sdn Bhd (lawatan dalam negara), Imtiyaz Travel & tours Sdn Bhd (khusus untuk pakej umrah/umrah & ziarah) dan Chantasia Holiday Sdn Bhd (lawatan dalam & luar negara). Kembara Murni mempunyai rangkaian jaringan yang banyak dan rapat dengan rakan niaga kami sama ada di dalam dan di luar negara.
Hubungi Kami:

Rakan Niaga kami di Bandung
.jpg)
Pemandu Kami
|
|
![]() |
|
|
| Nanang | Pad Ade | Pak Dida |

