Pakej Lawatan ke Medan-3 hari/2 Malam (Lake Toba-Brastagi Tour)

Dapatkan pengalaman 3h2m di Parapat, Brastagi & Medan. Pakej ini nampak singkat, tetapi ianya cukup jika anda tidak mempunyai banyak masa kerana dalam pakej ini anda akan dibawa ke tempat-tempat tarikan utama. Untuk pakej ini anda akan bermalam 1 malam di Parapat/Lake Toba & 1 malam di Berastagi, manakala pada hari ketiga berada di Medan.

HOTEL JUMLAH PESERTA & HARGA UNTUK SEORANG Single Sup
2-3 4-7 8-9 10-14 15-19 20-24 25-29 >=30
STANDARD 2* 878 640 584 570 510 490 455 438 103
TOURIST 3* 896 657 601 587 527 508 473 456 118
DELUXE 4* 944 705 649 631 575 558 523 506 160

Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa yang menggunakan katil tambahan 75% daripada harga dewasa 

Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa tanpa katil tambahan 50% daripada harga dewasa 
Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa yang menggunakan katil yang sedia ada caj kadar dewasa
 
Hotel yang digunakan untuk pakej ini
  BUJET TOURIST DELUXE
Parapat Hotel Silitong/Toledo 2 Hotel Toledo Hotel Atsari Parapat/Danau Toba Cottage
Berastagi Hotel Horizon/Danau Toba Cottage Hotel Sinabung Hotel Grand Mutiara

Itinerary

HARI 1 : Medan- Tebing Tinggi - PARAPAT (Makan Tengahari, Makan Malam)
  • Tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Namu, kemudian anda dibawa ke restoran tempatan untuk makan tengah hari. 
  • Meneruskan lawatan ke Parapat, memandu di sepanjang jalan yang indah yang menawarkan pemandangan yang tidak berkesudahan dengan pokok getah, kelapa sawit, ladang-ladang koko dan sawah padi. 
  • Berhenti di Pematang Siantar untuk membeli makanan ringan tempatan seperti 'ting ting', 'teng teng', keropok/kerepek dan lain-lain
  • Tiba di Parapat, check in ke hotel dan berehat seketika
  • Makan malam di Parapat
  • Selepas Makan Malam, anda boleh berjalan kaki untuk melihat suasana kehidupan malam di pulau Parapat atau anda boleh berjalan-jalan untuk membeli cenderamata.
HARI 2: PARAPAT - SAMOSIR ISLAND TOUR - Brastagi (Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam)
  • Selepas sarapan pagi di hotel, melawat Pulau Samosir dengan bot : melawat Kampung Tomok untuk melihat makam Raja Batak/Raja Sidabutar dan Ambarita
  • Selepas makan tengah hari di Parapat, perjalanan diteruskan ke Brastagi pula, sebuah resort pergunungan dengan udara yang menyegarkan dan pemandangan yang indah yang mempunyai banyak bunga, sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Melawat Simarjarunjung, yang merupakan tempat tertinggi di Lake Toba, seterusnya melawat Istana Raja kuno Batak Simalungun/Rumah BOLON dan seterusnya melawat air terjun yang terkenal iaitu air terjun Sipiso-Piso.
  • Di Brastagi, lawatan diteruskan ke Bukit Gundaling untuk melihat dua buah gunung berapi yang masih aktif di Brastagi, iaitu Gunung Sibayak (2.172m) dan Gunung Sinabung (2.417m)
  • Selepas itu, melawat Pasar Buah. Di Pasar Buah, anda boleh dapat pelbagai jenis buah yang segar. Di Pasar Buah juga anda boleh santai dengan minum kopi atau sambil makan jagung rebus/bakar sambil santai melihat pemandangan sekitar seperti pemandangan orang menungang kuda dan sebagainya.
  • Selepas itu, daftar masuk ke hotel dan berehat seketika
  • Makan malam
  • Selepas makan malam, anda bebas dengan aktivi anda sendiri, seperti berjalan kaki untuk melihat kehidupan di sebelah malam di Brastagi .
TOUR PILIHAN: Cycling/bersepeda/mengayuh basikal di sekitar pulau (basikal percuma - tidak dikenakan sewa)
 
HARI 3: Brastagi - Medan - Lapangan terbang (Sarapan)
  • Selepas sarapan pagi, kita akan bertolak pulang ke Medan
  • Sampai di Medan, anda akan di bawa melawat bandar Medan dan membeli-belah
  • Anda juga akan di bawa melawat Istana Maimoon/Sultan Palace, Masjid Raya, Rumah Batik, Pusat handbroidery/sulam/telekung dan lain-lain
  • Seterusnya shopping di Medan Mall/Sun Plaza.
  • Selepas itu, bertolak ke lapangan terbang antarabangsa Kuala Namu untuk penerbangan pulang dengan kenangan indah dari Medan...

Nota: Pada hari ke-3, makan tengahari tidak termasuk di dalam pakej. Oleh itu, jika penerbangan anda sebelah petang dan anda mahu makan tengahari - pemandu kami akan bawa ke restoran tempatan dan anda boleh bayar sendiri.

Harga di atas termasuk

  • Pakej ini adalah pakej private - tidak campur dengan kumpulan lain
  • Bilik hotel Twin/Triple sharing
  • 2 kali sarapan, 2 kali makan tengahari, 2 kali makan malam
  • Pengangkutan berhawa dingin (bas/van) - bergantung kepada jumlah peserta
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris/Melayu
  • Semua bayaran masuk dan tempat letak kereta di mana yang berkenaan
  • Tips pemandu & pemandu pelancong
  • Tips untuk Pemandu Pelancong dan Pemandu

Harga di atas tidak termasuk

  • Surcaj untuk cuti panjang
  • Tiket penerbangan

Share

Comments

Add new comment