Pakej Lawatan ke Medan-4 hari/3 Malam (Medan-Brastagi-Lake Toba Tour)

Untuk pakej ini, anda akan bermalam 1 malam di Parapat, 1 malam di Berastagi & 1 malam di Medan. Kos yang diberikan dibawah sudah termasuk kesemua sekali termasuklah kos tipping untuk pemandu dan pemandu pelancong. Oleh itu, tiada apa-apa lagi kos yang harus anda bayar bila sampai di sana nanti, kecuali kos untuk perbelanjaan peribadi sahaja. pakej ini merupakan pakej yang paling popular.

(01 N BRASTAGI – 01 N LAKE TOBA – 01 N MEDAN)

HOTEL JUMLAH PESERTA & HARGA UNTUK SEORANG Single Sup
2-3 4-7 8-9 10-14 15-19 20-24 25-29 30>
STANDARD 2* 1034 775 715 700 635 614 575 556 156
TOURIST 3* 1056 797 737 722 657 637 598 579 178
DELUXE 4* 1133 874 815 799 734 718 678 659 249

Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa tanpa katil tambahan 50% daripada harga dewasa 

Kanak-kanak berkongsi dengan ibu bapa yang menggunakan katil yang sedia ada caj kadar dewasa
CITY STANDARD TOURIST DELUXE
PARAPAT/
LAKETOBA
HOTEL  TOLEDO  2 HOTEL  TOLEDO 1/SILINTONG/ HOTEL  SIANTAR  HOTEL SAMOSIR  VILLA/NIAGARA
BRASTAGI HOTEL  HORISON/DANAU TOBA COTTAGE HOTEL  SINABUNG HOTEL  GRAND MUTIARA
MEDAN HOTEL GRAND  SAKURA/ANTARES HOTEL GRAND ANTARES/GRAND SAKURA/GARUDA PLAZA HOTEL GRAND ELITE/GRAND DELTA/TIARA

Harga di atas termasuk

  • Pakej ini adalah pakej private - tidak campur dengan kumpulan lain
  • Bilik hotel Twin/Triple sharing di hotel pilihan anda (Hotel Bujet/3 Bintang/4 Bintang)
  • 3 kali sarapan, 3 kali makan tengahari, 3 kali makan malam
  • Pengangkutan berhawa dingin (bas/van) - bergantung kepada jumlah peserta
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris/Melayu
  • Semua bayaran masuk dan tempat letak kereta di mana yang berkenaan
  • Tip pemandu dan pemandu pelancong

Harga di atas tidak termasuk

  • Tiket penerbangan

Itinerary

HARI 1 : MEDAN - TEBING TINGGI - PARAPAT (MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM)

  • Tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Namu dan anda akan dijemput oleh pemandu pelancong kami
  • Kemudian anda akan dibawa ke restoran tempatan untuk makan tengah hari
  • Meneruskan lawatan ke Parapat/Lake Toba, memandu di sepanjang jalan yang menawarkan pemandangan yang tidak berkesudahan dengan pokok getah, pokokkelapa sawit, ladang-ladang koko dan sawah padi
  • Berhenti di Pematang Siantar untuk membeli beberapa makanan ringan tempatan : ting ting , teng teng , keropok / kerepek dan lain-lain
  • Daftar masuk ke hotel dan berehat seketika
  • Makan malam di Parapat
  • Selepas makan malam, anda boleh berjalan kaki untuk melihat suasana kehidupan malam di Parapat/membeli cenderamata

HARI 2: PARAPAT - SAMOSIR ISLAND TOUR - BRASTAGI (SARAPAN, MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM)

  • Selepas sarapan pagi di hotel, acara lawatan ke Pulau Samosir dengan bot untuk melawat Kampung Tomok dan melihat makam Raja Batak, iaitu Raja Sidabutar dan Ambarita  kampung untuk melihat dan melihat kampung Batak tradisional.
  • Selepas makan tengah hari di Parapat, menaiki bas ke Brastagi dan melawat Simarjarunjung, yang merupakan kawasan paling tinggi di Lake Toba, seterusnya melawat rumah panjang Batak/ Rumah BOLON dan seterusnya melawat air terjun Sipiso-Piso yangterkenal itu
  • Daftar masuk ke hotel dan berehat seketika
  • Makan malam di Brastagi.
  • Selepas makan malam, anda boleh berjalan kaki untuk melihat suasana kehidupan malam di Berastagi/membeli cenderamata/membeli-belah

HARI 3: BRASTAGI-MEDAN (SARAPAN, MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM)

  • Lawatan pagi ke Bukit Gundaling untuk melihat kedua-dua gunung berapi aktif di Brastagi iaitu Gunung Sibayak ( 2.172m ) dan Gunung Sinabung ( 2.417m )
  • Seterusnya melawat Pasar Buah/Pasaran Buah. Di Pasar Buah, anda boleh dapati banyak buah-buahan segar.  Anda juga boleh santai sambil minum kopi di gerai-gerai yang terdapat di tepi jalan di sebelah Pasar Buah sambil menikmati pemandangan sekitar
  • Seelpas itu, teruskan perjalanan selama 2 jam ke Medan
  • Selepas makan tengah hari di Medan, lawatan ke bandar Medan dan membeli-belah
  • Melawat Istana Maimoon / Sultan Palace, Masjid Raya, Rumah Batik, Pusat handbroidery / sulam / telekung, Medan Mall / Sun Plaza, Kuil Cina Cemara Asri, Kuil Balazi India, Gereja velankani dan lain-lain
  • Makan malam dan check in ke hotel di Medan
  • Selepas makan malam, anda boleh berjalan kaki untuk melihat suasana kehidupan malam di Medan/membeli cenderamata/membeli-belah
  • * TOUR PILIHAN: Mendaki Gunung Sibayak (Kos berasingan)

Share

Comments

Add new comment