Pakej Mendaki Gunung Kinabalu 3H2M

Itinerary

Hari-01

  • Ambil peserta di lapangan terbang dan terus ke Kundasang dan Kinabalu Park/Mesilau Nature Resort
  • Check in di Rock Hostel/Grace Hostel @ Bishop's Head Resort House
  • Makan Tengahari
  • Jika anda sampai sebelum jam 5pm - daftar mendaki dahulu

Hari-02

  • Sarapan
  • Daftar mendaki
  • Jumpa Mountain Guide dan diberi taklimat oleh Mountaon Guide
  • Anda akan diserahkan Pack Lunch
  • Transfer ke Tempohon Gate (starting point)
  • Mendaki ke Laban Rata dan check in di salah sebah hostel (bergantung hostel mana yang dibooking):
    • Laban Rata Rest House
    • Waras Hud
    • Gunting Lagadan Hud (paling tinggi & paling banyak bilik)
    • Panar Laban Hud
  • Makan malam di Laban Rata Restoran

Hari-03

  • Jam 12.30am - makan dan bersiap sedia untuk mulakan pendakian
  • Mountaion Guide akan memberikan taklimat dan pendakian ke puncak Low's Peak (puncak paling tinggi) bermula sekitar jam 2.00am-2.30am
  • Sampai di puncak sekitar jam 6.00am, boleh ambil gambar dan melihat pemandangan matahari terbit. Di puncak tidak boleh terlalu lama di sana kerana memberi laluan kepada pendaki lain
  • Selepas itu turun semula dan singgah di Laban Rata dan sarapan
  • Seterusnya turun ke Tempohon Gate dan van akan sedia menunggu di sana
  • Seterusnya transfer ke Kinabalu Park untuk mengambil sijil dan makan
  • Selepas itu balik ke Kota Kinabalu dan check in hotel
  • Makan malam (kos sendiri & jika mahu dimasukan ke dalam pakej pun boleh)

Hari-04

  • Free & easy
  • Bergantung kepada waktu penerbangan anda untuk ke lapangan terbang untuk berlepas pulang

Cuaca

Jika cuaca tidak mengizinkan seperti hujan lebat atau angin kencang - Mountain Guide mempunyai hak mutlak untuk menentukan sama ada untuk teruskan pendakian atau tidak. Jika keadaan merbahaya untuk teruskan pendakian, Mountaion Guide akan membatalkan pendakian atas faktor keselamatan anda.

Pakaian

Cuaca di puncak boleh mencecah 1 hingga 2 darjah celcius, oleh itu anda mestilah memakai pakaian yang bersesuaian. Antara pakaian yang anda perlukan ialah:

  1. Pakaian tebal
  2. Sarung tangan
  3. Kasut mendaki
  4. Tongkat untuk bantuan pendakian
  5. Head Touch Light

Jika anda tidak mempunyai kelengkapan seperti yang disebutkan tadi, anda boleh menyewa dengan kos sekitar RM20-RM30 bagi setiap item (tertakluk kepada perubahan harga/harga terkini)

Lain-lain tip keselamatan

  • Pastikan anda mempunyai kesihatan atau stamina yang baik
  • Di sepanjang perjalan ada terdapat tali - JANGAN SEKALI-KALI melepasi tali tersebut
  • Jika anda mempunyai masalah asma atau obesiti/tidak boleh mendaki tempat tinggi - anda mestilah mendapat surat kebenaran doktor jika mahu mendaki
  • Anda juga digalakan membawa makanan tenaga seperti coklet atau gula-gula (ini kerana aktiviti mendaki gunung memerlukan tenaga yang lebih dan anda mungkin akan menjadi cepat lapar. Suhu yang sejuk juga menyebabkan badan anda lebih mengunakan tenaga untuk memanaskan badan anda)
  • Membawa ubat-ubatan yang sesuai dengan keperluan anda
  • Jangan minum air yang ada di atas gunung walaupun ianya nampak menarik - kerana ianya mungkin tidak sesuai dengan perut anda
  • Dengar dan patuh kepada segala arahan Mountaion Guide (ini adalah sangat penting!)

Booking

Untuk booking, mestilah lebih dari 6 bulan awal, ini kerana jika sebelum 6 bulan mungkin tidak ada kekosongan.