Pertanyaan dan Jawapan

Share

Tanya: Apakah skop perkhidmatan Kembara Murni?
Jawab: Kami menyediakan perkhidmatan jururunding atau juru-atur lawatan di dalam dan luar negara dan pengurusan acara. Konsep kami ialah menyediakan khidmat rundingan pakej lawatan bujek yang mana semua orang mampu mengikuti program lawatan kami. Nama penuh syarikat kami ialah Kembara Murni Travel & Tours Sdn. Bhd. (lesen KPK/LN: 7450)
Tanya: Apakah pakej yang ada di Kembara Murni?
Jawab: Kami menyediakan beberapa pakej iaitu pakej lawatan, pakej lawatan+shopping, pakej bulan madu, pakej hari keluarga, pakej syarikat, pakej bermain golf (Medan), pakej pelajar sekolah dan universiti dan sebagainya. Kami mempunyai pakej yang 'flexible' di mana kami boleh aturkan mengikut kehendak pelangan iaitu bermula dari pakej bajet/pakej ekonomi, pakej executive, pakej bisness atau pakej vip.
Tanya: Adakah Kembara Murni mempunyai pengalaman di dalam bidang ini?
Jawab: Kami mempunyai pengalaman untuk menguruskan program lawatan ke semua destinasi yang ada dalam pakej kami sudah lebih dari 3 tahun. Kami  juga mempunyai rangkaian rakan niaga yang bagus sama ada di Malaysia dan di Iuar negara. 
Tanya: Adakah destinasi lawatan yang diuruskan oleh Kenapa Kembara Murni
Jawab: Kami hanya mengfokoskan kepada beberap destinasi sahaja sepertimana yang ada di dalam pakej kami seperti pakej di dalam negara (Malaysia), Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Vietnam, China, Korea, Uzbekistan.  Ini bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelangan.  Walaubagaimanapun, kami akan menambah destinasi lawatan dari masa ke semasa.
Tanya: Apakah penerbangan yang selalu dugunakan?
Jawab: Air Asia, MAS & KLM - anda boleh pilih mengikut kesukaan anda
Tanya: Berapakah jumlah peserta minima untuk menyertai pakej lawatan?
Jawab: Minima peserta ialah 2 orang
Tanya: Bagaimana untuk menyertai?
Jawab: Sila isi Borang sebutharga dan kami akan emailkan sebutharga kepada anda dalam masa 24 jam atau selewat-lewatnya 48 jam.
Tanya: Apa maksud Pakej All-in?
Jawab: Pakej All-in bermaksud pakej yang sudah masuk kos semua sekali iaitu Ground Cost seperti penginapan, makan, pengangkutan, pemandu, tips pemandu, dan sudah termasuk kos tiket penerbangan. Ini bermakna pakej All-in ialah pakej yang sudah termasuk semua kos - tiada lagi apa-apa tambahan harga bila sampai di sana.
Tanya: Apakah maksud Pakej Ground?
Jawab: Pakej Ground pula ialah pakej yang tidak termasuk kos tiket penerbangan. Ini bermaksud, anda uruskan sendiri berkenaan tiket penerbangan, manakala kos-kos lain sudah termasuk di dalam pakej.
Tanya: Ada macam-macam harga di pasaran dan kadang-kadang ianya nampak murah!
Jawab: Harga adalah sesuatu yang subjektif dan anda jangan mudah terpengaruh hanya dengan melihat kepada harga yang murah sahaja. Banyak lagi kreteria lain yang harus anda ketahui. Jika anda mendapat harga yang murah, cuba tanya apa yang termasuk di dalam pakej tersebut?. Pastikan anda mengetahui dengan jelas apa yang termasuk di dalam pakej dan apa yang tidak termasuk!. Misalnya di dalam pakej tersebut masih belum termasuk sesuatu seperti tips pemandu, tiket kemasukan, makan dan sebagainya. Kadang-kala juga harga yang nampak terlalu murah melambangkan 'mutu' yang boleh diragukan!. Bagi kami, kami menyediakan kos yang berpatutan dengan perkhidmatan yang memuaskan. Pakej itu sendiri adalah sesuatu yang subjektif dan flaxible - kami boleh memberikan pakej mengikut apa yang anda mahu dan harganya adalah bergantung kepada pakej yang anda pilih.
Tanya: Ada sesetengah orang masih merasa ragu-ragu untuk membuat bayaran atau pesanan menggunakan internet. Apakah jaminan anda bahawa tiada penipuan dan sebagainya? 
Jawab:

Sebenarnya pada masa sekarang ini, sudah banyak urusan perniagaan dibuat secara dalam talian sahaja dan ianya memang selamat. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan ada juga segelintir peniaga yang tidak beretika iaitu dengan menipu pelangan mereka sendiri. Bagi mereka yang menipu sebenarnya mereka bukanlah peniaga atau penguasaha yang sebenar. Ini kerana peniaga yang sebenar tidak akan menipu pelangan mereka kerana mereka lebih mengutamakan perniagaan jangka panjang.

Apa yang kami praktikkan ialah, kami lebih menumpukan kepada ketelusan di dalam urusan. Kami akan mengeluarkan resit bayaran rasmi yang diemailkan kepada anda setelah kami menerima bayaran. Resit bayaran tersebut adalah sah dan tercatat alamat dan nombor telefon pejabat kami. 

Begitu juga dengan program lawatan, apabila tempahan sudah dibuat, kami akan berikan info-info berkaitan dengan trip tersebut seperti nama wakil kami di tempat yang anda akan kunjungi, nama dan no telefon hotel. Oleh itu, anda boleh semakan sekiranya anda merasa ragu. Anda juga boleh melihat

Add new comment

Plain text

  • No HTML tags allowed.
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.