Peta Kelantan dan tempat menarik di Kelantan


View Larger Map

Di antara tempat menarik di Kelantan ialah:

Istana Jahar

Berada di Bandar Kota Bharu, ianya ialah Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan. Ianya berkeluasan 1822 meter persegi dan berada di tengah-tengah bandar Kota Bharu yang dikelilingi bangunan lama dan bersejarah. Di sebelah Istana Jahar itu terletak Istana Balai Besar yang dibina pada tahun 1840 yang merupakan pusat pemerintahan dan pentadbiran kerajaan negeri pada masa itu. Di sebelah kanannya pula terletak Masjid Muhammadi yang merupakan lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam negeri Kelantan. Di belakangnya pula terletak Istana Lama yang didiami oleh almarhum Sultan Yahya Petra semasa bergelar Tengku Mahkota.

Kampung Kraftangan

Ianya bukanlah kampung sebenar tetapi merupakan simbol pelancongan yang menjadi tarikan pelancong ke negeri Kelantan yang terletak di zon kebudayaan Kota Bharu. Di Kampung Kraftangan ini terdapat banyak hasil halus kraftangan rakyat Kelantan.

Terdapat sebuah restoran di bahagian bawah bangunan ini yang dinamakan Balai Sulur Gadung di mana pengunjung boleh merasakan keenakan masakan Kelantan.  Besebelahan Kampung Kraftangan ini terdapat suatu tempat di mana orang ramai dapat melihat bagaimana hasil kraftangan dihasilkan seperti demontrasi sulaman tradisional, mencanting batek, kerja-kerja barangan perak, hasilan ukiran kayu dan sebagainya dan produk-produk ini boleh dibeli di sini. Ianya dibuka pada jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Pasar Siti Khadijah

Pemilihan nama Pasar Siti Khadijah mempunyai kaitan dengan ekonomi negeri Kelantan. Siti Khadijah merupakan isteri Nabi Muhammad yang jugan merupakan seorang usahawan.  Oleh itu pemilihan nama pasar itu nampaknya sesuai kerena wanita Kelantan mendemonasi perniagaan di pasar ini.

Pantai Bisikan Bayu/Dalam Rhu

Pantai ini terletak di Kampung Semerak dan tidak jauh dari bandar Kota Bharu. Pantai ini dipenuhi oleh pokok cemara atau pohon rhu. Pantai ini ramai dikunjungi oleh penduduk tempatan terutamanya pada sebelah petang di mana anginya sepoi-sepoi bahasa. Di sini memang sesuai untuk aktiviti santai sambil merehatkan badan dan minda sambil minum air kelapa muda dan menjamu selera dengan pelbagai makanan hasil laut.

Pantai Genting, Tumpat

Terletak bersebelahan dengan Pantai Seri Tujuh.  Pantai ini terkenal kerana ianya menjadi acara tahunan kepada pertandingan wau antarabangsa yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada setiap tahun.

Taman Negeri Gunung Stong

Merupakan kawasan berhutan dan tanah tinggi yang berkeluasan 21,950 hektar dan mempunyai beberapa puncak yang terkenal.  Di sini terdapat air terjun tertinggi di Malaysia iaitu Air Terjun Jelawang. Corak gunung di sini memang sesuai kepada mereka yang sukakan alam semula jadi dan aktiviti luar.  Ianya kaya dengan flora dan fauna.  Antara haiwan liar yang terdapat di kawasan ini ialah gajah asia, seladang, kuang, harimau malaya, kambing gurun dan tapir.

Masjid Beijing, Rantau Panjang

Masjid ini dinamakan sedemikian kerana ianya dibina bercirikan senibina china. Ianya terletak 2 km dari pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7 ekar dan mampu memuatkan 1,000 orang pada satu-satu masa.

 

Share

Comments

Add new comment