Pulau Perhentian - Pengenalan

Pulau Perhentian terletak 21km dari pantai Terengganu (Kuala Besut) yang terdiri daripada Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.  Ianya dikelilingi oleh hutan yang bersih dengan pasir yang memutih dan air laut yang biru. Pulau Perhentian ini adalah kawasan yang dilindungi di mana ianya adalah merupakan sebahagian daripada kawasan Taman Marine Pulau Redang.

Pulau Perhentian Kecil lebih ramai dikunjungi kerana terdapat lebih banyak pilihan penempatan yang agak murah dan biasanya digemari oleh ‘backpacker’. manakala Pulau Perhentian Besar agak mahal sedikit kerana ianya lebih maju dan menawarkan kemudahan yang lebih baik. Terdapat juga chalet, asrama dan tapak perkemahan di kedua-dua pulau ini.

Waktu yang sesuai untuk ke Pulau Perhentian

Waktu yang paling sesuai untuk melawat Pulau Perhentian ialah pada awal bulan March atau April sehingga penghujung bulan Oktober.  Bulan-bulan yang lain adalah tidak sesuai kerana laut agak bergelora kerana musim tengkujuh dan aktiviti seperti berenang dan sebagainya menjadi bahaya. Oleh sebab itu, kebanyakan penginapan ditutup pada musim tengkujuh. 

Bagaimana hendak ke Pulau Perhentian

Untuk ke Pulau Perhentian, anda boleh menggunakan perkhidmatan speed boat dari Jeti Kuala Besut. Perjalanan mengambil masa di antara 30-45 minit. Jadual perjalanan ialah dari 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Ianya beroperasi 4-5 kali sehari.

Sekiranya anda membawa perlatan elektronik seperti kamera dan sebaginya, adalah digalakan memasukan ke dalam beg plastic untuk mengelakan dari terkena percikan air laut.

Apa yang menarik di Pulau Perhentian

Di Pulau Perhentian, anda boleh melihat pantai yang memutih dengan kejernihan air laut dan hutan yang bersih. Jika anda suka melihat pemandangan matahari terbenam, anda boleh ke Coral Bay di Pulau Perhentian Kecil.  

Aktiviti

Aktiviti menarik yang anda anda boleh lakukan ialah seperti scuba diving, snorkelling, berkayak, dan jungle tracking.

Pulau Perhentian menawarkan pengalaman hebat untuk diving dan snorkelling. Kita boleh melihat banyak terumbu karang dan ikan, selain penyu dan beberapa spesis jerung yang bisanya tidak berbahaya

Share

Comments

Add new comment