Tempat Untuk Shopping di Bandung

Sebut sahaja Bandung, maka tidak boleh lari dari shopping kerana Bandung dan shopping seakan sinomim keduanya. Anda kena pilih kerana terlalu banyak tempat untuk membeli-belah. Jika anda mengikuti pakej kami, anda tak payah lagi nak fikir kerana kami akan aturkan untuk anda.

Antara tempat utama ialah Pasar Baru. Rangkaian factory outlet pula seperti di sekitar Jalan Cibaduyut, Jalan Cihampelas, Jalan Setiabudhi, Jalan Dago, Kartika Sari dan sebagainya.

Pasar Baru - tempat shopping utama 

Merupakan destinasi 'wajib shopping' jika anda ke Bandung. Tempat ini sangat popular kepada pelancong Malaysia sehinggakan kita terasa semacam duduk di malaysia sahaja kerana ramainya orang kita di sana terutamanya pada musim cuti sekolah. Antara jenis pakaian yang banyak terdapat di Pasar baru ialah kain sulam, baju sulam, kain ela, kain batik, jubah, telekong, kain sembahyang orang perempuan dan bermacam-macam lagi.

Harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Walaubagaimanapun, anda perlu pandai tawar-menawar.  Jika anda seorang peniaga pakaian anda boleh bertanya/berbincang dengan beberapa peniaga di sana - tengok siapa boleh bagi yang terbaik jika ingin membeli dengan jumlah yang agak banyak.

Jika anda mahu membeli-belah di semua bahagian Pasar Baru ni, mahunya satu hari tidak cukup kerana ianya memang besar. Setelah puas dan bila perut dah rasa lapar, boleh sahaja makan tengahari di situ. Makanannya juga boleh tahan.

Factory Outlet

Untuk factory outlet di Bandung pula, dia ada 4 kawasan utama iaitu sekitar Jalan Setiabudhi, Jalan Riau, Jalan Dago, Jalan Cibaduyut dan Jalan Cihampelas. Huh...kat sini rata-rata ada factory outlet, jadi anda memang tak akan habis untuk ber shopping. 

Jalan Cihampelas

Di Jalan Cihampelas jenis pakaian utama adalah jeans, sehingga ada orang mengelar sebagai 'jeans streat'. Jika anda suka memakai jeans, anda boleh shopping sakan di sini kerana terdapat bermacam jenis dan harganya pun tidak mahal sangat dan kualitinya pun boleh tahan juga. Anak-anak anda juga mungkin seronok berada di sini kerana di sini juga terdapat banyak patung-patung seperti Spiderman, Superman, Aladdin dan macam-macam lagi.

Sebenarnya sejarah hubungan Jalan Cihampelas dengan penjualan jeans sudah bermula pada tahun 1987, di mana pada masa itu terdapat seorang penguasaha telah mencuba untuk membuka kedai pakaian jeans dan kebetulan selepas itu penjualan jeans menjadi terkenal sehinggalah sekarang.

Jalan Setiabudhi

Di Jalan Setiabudhi ini, selain banyak terdapat factory outlet dan terkenal kepada pelancong. Di sini juga banyak terdapat tempat makan yang berbagai jenis sama ada tradisional atau moden. 

Jalan Dago

Jalan Dago juga tidak kalah dengan factory outletnya di mana anda boleh mendapati banyak factory outlet yang berdekatan anatara satu sama lain. Ianya digelar 'one stop holiday' kerana anda boleh mendapatkan bermacam-macam barang di sini. Oleh kerana antara factory outlet adalah berdekatan, maka anda boleh berjalan kaki sahaja untuk shopping di factory outlet yang berbeza. 

Jalan Riau

Di Jalan Riau ini pula banyak terdapat berbagai jenis pakaian, beg tangan wanita yang berfesyen moden dan terkini. Jika anda ingin bergaya dengan fesyen semasa, di sini anda boleh mendapatkannya. Bangunan di sini juga berbagai jenis, iaitu ada yang berciri eropah, bercirikan Belanda zaman dahulu dan sebagainya.  

Jalan Cibaduyut

Jarak antara Jalan Cibaduyut dari pusat kota Bandung sekitar 30 minit dengan kenderaan. Di Jalan Cibaduyut anda boleh mendapatkan belbagai barangan kulit yang bermutu seperti beg kulit wanita, beg lelaki, jaket kulit, taling pingang kulit, topi cowboy kulit original dan sebagainya. Cibaduyut sebenarnya ialah pusat perusahaan barangan kulit di Bandung dan deretan kedai-kedainya antara yang terpanjang di Asia. 

Asalnya Jalan Cibadyut terkenal dengan kasut kulit dan sehingga sekarang anda dapat melihat banyak kedai-kedai yang menjual kasut kulit lelaki dan perempuan dengan harga yang cukup berpatutan. Jika anda mahu memesan kasut kulit mengikut citarasa anda pun boleh dengan harga yang murah dan berkualiti.

Huh...memang banyak pilihan. Ada peniaga pernah beritahu saya, katanya lelaki Malaysia sering datang ke kedainya untuk membeli jaket kulit dan satu lagi yang biasa dibeli ialah topi cowboy untuk pakai masa memancing. Memang benar, kualitinya baik dan memang berbaloi dengan harganya.

Kesimpulannya, Bandung memang boleh digelar sebagai 'surga membeli belah'. Jika anda kaki shopping, maka anda boleh shopping sepuas-puasnya di sini. Kalau anda hendak membeli belah ke semua tempat yang disebutkan tadi memang tidak larat dan akan memakan banyak masa.

Oleh itu, jika anda mengikuti pakej kami, kami akan bawakan anda ke tempat-tempat yang terkenal sahaja, kerana anda juga mungkin mahu pergi ke tempat lain seperti melihat kawah gunung Tangkubang Perahu, Kawah Putih, Puncak Bogor, Trans Studio dan sebagainya. Semuanya ada dalam pakej kami. Jika anda berminat, dapatkan sahaja Quotation daripada kami. Terima kasih.

Share

Comments

Add new comment