Pulau Langkawi

Langkawi Package

Langkawi Package

Dapatkan pakej lawatan ke Langkawi 3h2m di Pantai Chenang. Kawasan yang strategik dengan pelbagai kemudahan. Selain dari pakej asas, anda juga boleh membuat pilihan pakej-pakej lain seperti pakej makan tengahari & makan malam, pakej mangrove, pakej island hopping, telematch/team building dan sebagainya. Kendaraan yang digunakan bergantung kepada bilangan peserta seperti kereta, van dan bas.

Tempat Menarik Pulau Langkawi

Antara tempat menarik di Pulau Langkawi:-
  * Sungai Kilim Geoforest Park
  * Taman Laut Pulau Payar
​​​​​​​  * Island Hopping
​​​​​​​  * Langkawi Under Water World
​​​​​​​  * Dataran Helang
​​​​​​​  * Kompleks Kraf dan Kebudayaan Langkawi
​​​​​​​  * Taman Lagenda
​​​​​​​  * Laman Padi Langkawi..dan banyak lagi

Dcoconut Hill Resort - Gunung Raya

Berada di kedudukan 3000 meter dari paras pulau Langkawi, D'Coconut Hill Resort di Gunung Raya adalah tempat yang sempurna untuk berehat. Lokasinya hanya 35 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Anda akan dapat menikmati udara gunung yang segar dan dapat menikmati panorama Langkawi dan Laut Andaman dari menara yang disediakan. Anda juga boleh menikmati pemandangan tersebut sambil minum kopi di restoran yang disediakan. Selepas seharian membeli-belah di kedai bebas cukai Langkawi, anda boleh berehat dengan urutan oleh tukang urut mahir di Spa.