Europe map

Eropah 6 Negara
RM 6,998 seorang (termasuk tiket penerbangan)

Eropah 6 negara tersebut ialah; England, Belgium, Netherlands, Germany, Switzerland, France merupakan pakej joint group. Semua tarikh adalah confirmed departure. Anda boleh memilih mana-mana tarikh di bawah sesuai dengan tarikh kelapangan anda.

Harga pakej termasuk:-

  • Tiket penerbangan pergi dan balik dengan menaiki pesawat OMAN AIR / EMIRATES AIRLINES/ SINGAPORE AIRLINES
  • Airport Tax & Caj Bahan Api 
  • 30kg- checked in luggage allowance.
  • 09 Malam Penginapan di Hotel 4 BINTANG 
  • Sarapan pagi (SP) di hotel seperti dalam aturcara (International Buffet) 
  • Lawatan ke (6) Negara (England / Perancis / Belgium / Holland / Jerman & Switzerland) 
  • Feri dari London ke Paris
  • Tiket Canal Cruise
  • Beg sandang Flyworld Travel
  • Insuran Perjalanan – AXA Insuran PLAN KLASIK

Harga pakej tidak termasuk:-

  • Makan Tengahari & Makan Malam (Perbelanjaan di Tanggung oleh pelanggan sendiri)
  • Tiket Eiffel Tower,Paris (EURO 14) atau mengikut kadar semasa.
  • Tiket Kereta Kabel ke Gunung Titlis, Switzerland (EURO 89) atau mengikut kadar semasa.
  • Visa Ke Eropah & London bagi passport BUKAN Warganegara Malaysia (Di uruskan oleh pelanggan sendiri)
  • Porter tidak termasuk dalam pakej
  • Tipping Guide & Driver – RM240@ EURO50 
  • (Tipping untuk Tour Leader+ Driver+ Guide sahaja)

Nota:-

  • Harga pakej kanak-kanak (2-11th): Tolak RM100 dari harga dewasa. Kanak-kanak adalah berkatil
  • Bayi(bawah 2th): RM2,500
  • Untuk bulan Desember: ada surcharge RM150

Untuk booking:-

  • Tempahan sah bila bayaran deposit sebanyak RM1,000 seorang di terima oleh  pihak kami (NON REFUNDABLE)

  • Bayaran penuh perlu di jelaskan 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Sekiranya bayaran penuh tidak di terima 45 hari sebelum tarikh penerbangan, pihak kami berhak untuk membatalkan tempahan

  • Pembatalan tempahan pakej hanyalah sah setelah pihak kami menerima borang batal yang telah lengkap di isi

Jadual penerbangan

Emirates Airlines
Sektor Pesawat Berlepas Tiba
KUL-DXB EK 347 19:10 22:30
DXB-LHR EK 007 03:10 07:10
DXB-LGW EK 011 02:50 06:40
ZRH-DXB EK 086 22:15 16:25+1
DXB-KUL EK 342 10:25 21:50

Singapore Airlines
Sektor Pesawat Berlepas Tiba
KUL-SIN MI 342 21:45 22:40
SIN-LHR SQ 306 01:10 07:45
ZRH-SIN SQ 345 11:45 05:55+1
SIN-KUL MI 326 10:15 11:15

Oman Air
Sektor Pesawat Berlepas Tiba
KUL-MCT WY 824 21:05 00:15+1
MCT-LHR WY 103 02:10 05:55
ZRH-MCT WY 154 21:23 07:05+1
MCT-KUL WY 823 08:55 19:40

Harga pakej seorang (RM)

Tarikh Dewasa Airline Status
14 - 25 March 2020 7598 Oman Buka
20 - 31 March 2020 7598 Emirates Penuh
21 - 01 April 2020 7598 Emirates Penuh
26 March - 04 April 2020 7598 Emirates Penuh
06 - 17 April 2020 8094 Emirates Penuh
07 - 18 April 2020 8094 Emirates Penuh
09 - 20 April 2020 8094 Emirates Buka
27 Aug - 07 Sept 2020 7294 Emirates Buka
12 - 23 Sept 2020 7294 Emirates Buka
26 Nov - 07 Dec 2020 7294 Emirates Buka
02 - 13 Dec 2020 7294 Emirates Buka
06 -17 Dec 2020 7294 Emirates Buka
16 - 27 Dec 2020 7598 Emirates Buka
18 -29 Dec 2020 7598 Emirates Buka
23 Dec 2020 - 03 Jan 2021 7598 Emirates Buka

ATUCARA LAWATAN

HARI 01: KUALA LUMPUR / MUSCAT@ DUBAI @ SINGAPOERE / LONDON  
Berkumpul di KLIA 3Jam sebelum penerbangan. Berlepas ke London

HARI 02: LONDON 
Di jangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow London pada sebelah pagi nya. Meneruskan perjalanan ke tempat – tempat lawatan (Berhenti untuk berfoto). Tower Bridge & Istana Buckingham. Tempat tempat lain adalah (Melihat dari atas Bas) Big Ben, Vestminster Abbey, Trafalgar Square, Hyde Park dan London Eye.  Bersolat  Jamak di Central Mosque of London. Selepas solat membeli belah di OXFORD STREET. Check in hotel. BERMALAM DI LONDON

HARI 03: LONDON LAWATAN KOTA LONDON (SP) 
Sarapan Pagi di Hotel. Bertolak ke Bicester. Lawatan setengah hari di Bicester Village Outlet (3 jam). Bertolak semula ke London. Lawatan di teruskan ke Stadium Chelsea / Arsenal (Berhenti untuk berfoto). Lawatan di teruskan ke Harrods Shop & Hard Rock Café. Balik semula ke hotel. BERMALAM DI LONDON 

HARI 04: LONDON / BERANGKAT KE PARIS (SP)
Sarapan Pagi di Hotel. Check out Hotel. Bertolak ke Paris dengan menaiki Feri. Di jangka tiba di Paris pada pukul 4 petang. Bergambar berlatar belakang kan Eiffel Tower di Trocadero Check in Paris. BERMALAM DI PARIS

HARI 05: LAWATAN DI PARIS (SP)
Sarapan Pagi di Hotel. Lawatan separuh hari termasuk ke Eiffel Tower, **(TIDAK TERMASUK TIKET EIFFEL TOWER) 
Latin Quarter, Gereja Notre Dame, Place de la Concorde dan Museum Louvre (untuk berfoto di bahagian luar sahaja). Selepas lawatan, solat jamak di Central Mosque of Paris. Selepas Solat rombongan akan di bawa untuk  melihat pintu gerbang Arche De Triomphe yang merupakan sebahagian daripada kawasan membeli belah Champ Elysees yangterkenal itu.

HARI 06: PARIS/ BRUSSEL/ AMSTERDAM (SP) 
Sarapan Pagi di Hotel. Check out Hotel.Dari Paris rombongan akan bertolak ke Brussel, ibunegara Belgium dan pusat pentadbiran Kesatuan Eropah (EU) menjelang tengahari. Anda akan dibawa melawat ke Manneken Pis dan Grand Place yang terletak ditengah-tengah kota Brussel. Seterusnya anda juga akan dapat melihat Istana Diraja dan Binaan Atommium. Bersolat di Central Mosque of Brussel. Selepas solat, meneruskan perjalanan ke Amsterdam.Check in hotel. BERMALAM DI AMSTERDAM

HARI 07: AMSTERDAM (SP)  
Sarapan pagi di hotel. Selepas sarapan,di bawa melawat Madurodam-Mini Hollad atau Keukenhoff. Selepas itu lawatan di teruskan  ke Zhaan Shans di mana kita akan melawat  Kilang Membuat Keju dan Terompah yang dilakukan secara tradisional. Di Zhaan Shans, kita juga akan melawat Kincir Air yang menjadi simbol kota Amsterdam. Solat Jamak Taqdim di Central Mosque of Amsterdam. Selepas Solat 
rombongan akan dibawa ke sebuah Kilang Pemprosesan Batu Permata(Coster Diamond Factory) dan diikuti dengan CANAL CRUISE untuk menyusuri terusan yang dibina sekeliling kota ini. Pada sebelah petang anda akan dibawa ke kawasan Damrak(Dam Square) yang terletak ditengah-tengah kota Amsterdam dan menjadi tumpuan pelancong untuk membeli belah barangan cenderahati. BERMALAM DI AMSTERDAM

HARI 08: AMSTERDAM–COLOGNE–MANNHEIM (SP)
Sarapan Pagi di hotel. Selepas sarapan meneruskan perjalanan ke Cologne dimana anda boleh bersiar-siar sambil membeli belah di sekitar kawasan Barnhoffstrasse. Cologne terkenal sebagai salah satu kota terindah di Jerman dan didatangi oleh ramai pelancong domestik sendiri selain kota Berlin dan Munich. Rombongan kemudiannya akan dibawa berkunjung ke Masjid Cologne. Kemudian perjalanan akan diteruskan ke Heidelberg dimana anda akan dibawa Melawat Kawasan Bandar Lama (Old Town). Kebiasaanya rombongan bebas untuk melakukan aktiviti sendiri sehingga jam 8 malam sebelum bertolak ke hotel penginapan. BERMALAM DI MANNHEIM @ HEILDELBERG

HARI 09: MANNHEIM-HEIDELBERG-TASIK TITISEE-LUCERNE (SP)
Sarapan Pagi di Hotel. Check out hotel. Kemudian perjalanan hari ini akan di teruskan ke Switzerland, negara kecil yang sering dirujuk sebagai salah satu negara terindah di dunia dengan bentuk landskap yang memukau. Dalam perjalanan anda akan melalui kawasan Black Forest yang terkenal dengan keindahan pemandangan alam semula jadi. Kemudian anda akan singgah di Tasik Titisee yang juga merupakan satu lagi tarikan pelancong disini. Dari sini, anda semakin menghampiri sempadan negara Switzerland dan hentian terakhir pada hari ini ialah di Air Terjun Schaffhausen (Schaffhausen Rhinefall) (TIDAK TERMASUK BOAT RIDE SELAMA 20 MINIT) yang merupakan air terjun tertinggi di Eropah. Setelahitu anda akan teruskan perjalanan ke Lucerne. BERMALAM DI ZURICH

HARI 10: LAWATAN KE ENGLEBERG(SP) 
Bertolak pada waktu pagi ke Engleberg. Dari sini rombongan  mempunyai pilihan jika ingin meneruskan lawatan ke Gunung Titlis dengan menaiki kereta kabel ***(TIDAK TERMASUK TIKET KERETA KABEL) .Pulang ke Lucerne menjelang petang, dan rombongan akan dibawa melawat sekitar kota Lucerne bersama pemandu pelancong. Kebiasaannya antara yang akan dilawati adalah Lion Monument dan Chapel Bridge. BERMALAM DI ZURICH

HARI 11: ZURICH / MUSCAT@DUBAI@SINGAPORE (SP)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan ke bandar Zurich (untuk Emirates & Oman Air sahaja). Bertolak ke airport untuk meneruskan penerbangan balik ke Kuala Lumpur

HARI 12: MUSCAT@DUBAI@SINGAPORE / KUALA LUMPUR
Di jangka tiba di Kuala Lumpur


Kod pakej: cfw-eroupe

Quotation
Jika 'pakej pilihan' di atas bukan pakej pilihan anda, sila click di sini
Umur 12th ke-atas
Berumur 2th-11th
Nyatakan umur setiap kanak-kanak
Berumur bawah 2 tahun
Contoh: Cheras, Kuala Lumpur
Jika anda mempunyai sebarang maklumat tambahan, sila nyatakan..
Disclaimer: Semua maklumat yang diminta adalah semata-mata untuk ketepatan quotation yang akan kami berikan kepada anda dan untuk tujuan komunikasi