GST untuk hotel & pakej Langkawi/Labuan/Tioman

GST untuk hotel & pakej Langkawi/Labuan/Tioman

Pada tahun 2015 mana-mana syarikat pelancongan yang berdaftar GST tidak kira di mana syarikat pelancongan tersebut berada, tiada GST dikenakan kepada syarikat pelancongan yang memasarkan produk pelancongan bagi Langkawi/Labuan/Tioman. Sebelumnya hanya syarkat pelancongan yang berdaftar GST diLangkawi/Labuan/Tioman sahaja yang tidak dikenakan GST bagi pakej-pakej pelancngan & hotel di LangkawiLabua/ioman. Dengan rayuan oleh MATTA, maka Jabatan Kastam meluaskan pengecualian tersebut kepada semua syarikat peancongan, tidak kira di mana mereka berdaftar.

Walaubagaimanapun, pada awal tahun 2016, difahamkan Jabatan Kastam berhasrat untuk membatalkan pengeculian GST tersebut kepada syarikat peancongan yang berdaftar GST di luar Langkawi/Labuan/Tioman. Jika ianya terjad begitu, perkara tersebut memberikan persaigan yang berat sebelah. Ini kerana hanya syarikat pelancngan yang berdaftar GST di Langkawi/Labuan/Tioman sahaja yang dikecualian daipada GST. Begitu juga dengan syarikat pelancongan luar negara yang memasarkan produk pelancongan Langkawi/Labuan/Tioman. Ini bermakna syarikat pelancongan yang berdaftar GST di luar Langkawi/Labuan Tioman akan bersaing dengan kos 6% lebih tinggi. Perkara seperti ini akan memberikan kesan sedikit sebanyak kepada syarikat pelancongan yang berdaftar GST di luar Langkawi/Labun Tioman.

Berkaitan dengan perkara tersebut, MATTA sekali lagi merayu kepada Jabatan Kastam untuk mengekalkan persetujuan yang dibuat sebelum ini di mana pengecualian GST bagi pakej pelancogan Langkawi/Labuan/Tioman kepada semua syarikat pelancongan tempatan dan difahamkan Jabatan Kastam bersetuju dengan perkara tersebut, walaubagaimanapun status pengeculian tersebut sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian..

Add new comment