Kuota Visa dikurang - Agensi Umrah Rugi

Kuota Visa dikurang - Agensi Umrah Rugi

15hb May 2014, laporan di dalam Berita Harian menyatakan lebih 100 agensi pelancongan yang mengendalikan umrah berhadapan dengan risiko besar, berikutan tindakan Kementerian Haji dan Wakaf Arab Saudi yang telah mengurangkan kuota umrah rakyat Malaysia.  Tindakan pengurangan visa tersebut sememangnya menimbulkan keresahan di kalangan syarikat pelancongan yang mengendalikan umrah.

Adalah dijangka lebih 10,000 bakal jemaah umrah akan terjejas akibat pengurangan visa tersebut. Persatuan Agensi-agensi Perlancongan dan Pengembaraan Bumitra Malaysia (BUMITRA) menyifatkan tindakan Arab Saudi tersebut sebagai sangat kritikal kerana ianya memberikan kesan kepada begitu ramai bakal jemaah umrah.

Difahamkan tindakan kerajaan Arab Saudi itu adalah untuk memberi laluan kepada jemaah umrah dari negara teluk yang kebetulanya pada tarikh tersebut adalah musim cuti sekolah.

Pada tahun lalu, iaitu pada bulan Syaaban & Ramadhan kerajaan Arab Saudi telah mengurangkan kuota visa sejajar dengan proses pembesaran sekitar Masjidil Haram.  Pengurangan kuota visa pada tarikh tersebut tidak memberi kesan yang ketara kepada Malaysia kerana pergerakan jemaah umrah dari Malaysia tidak begitu besar pada tarikh tersebut

Add new comment