Uzbekistan

Uzbekistan dan Kazakhstan [8H6M] - 2020

RM 5,580 / seorang (termasuk tiket penerbangan)

Dapatkan pakej trip ke Uzbekistan & Kazakstan - 2 negara selama 8h6m. Selama 8h6m itu, anda akan dibawa melawat ke tempat-tempat yang menarik dan bersejarah di Uzbekistan & Kazakhstan yang tentunya akan memberikan suatu pengalaman yang sangat bernilai.

Harga Pakej

  • RM5,580 (Dewasa: 12th - 45th)
  • RM5,525 (Wargaemas: 55th ke atas)
  • RM5,125 (Kanak2: 2-11 tahun)
  • RM900 (Bayi: 1 bulan - Bawah 2th)

Nota:

  • Cuti sekolah: Tambah RM200
  • Jika duduk seorang sebilik / single supplement: Tambah RM900
  • Deposit: RM500 sahaja untuk seorang
  • Bayaran penuh: 45 hari sebelum bertolak

Pakej termasuk:-

  • Tiket penerbangan pergi balik
  • Bagasi: 20kg
  • Hotel (duduk berdua/bertiga sebilik)
  • Sarapan, Mkn Tengahari, Mkn malam
  • Pengangkutan
  • Pemandu Pelancong berbahasa Ingeris
  • Bayaran masuk ke tempat lawatan
  • Insuran kemalangan berkelompok
  • Tip pemandu pelancong & pemandu
  • Pengiring dari kami
  • Visa
  • Travel beg percuma
  • T-shirt percuma

Pakej tidak termasuk:-

  • Apa-apa yang tidak dinyatakan di atas
  • Lebihan bagasi
  • Perbelanjaan peribadi
  • Tour pilihan

Hotel yang digunakan

  • Almaty, Kazakhstan: Kazakhstan Hotel
  • Samarkand, Uzbek: Malika Classic Hotel
  • Taskent, Uzbek: Grand Orzu Hotel

Pegenalan umum Kazakhstan

Sepertimana diketahui umum, dahulunya Kazakhstan berada di bawah Soviet Union,  ianya bersempadan dengan Russia, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan dan Turkmenistan. Kazakhstan mempunyai sekitar 100 lebih etnik, antaranya ialah Kazakh (63%), Russian, Uzbek, Ukrainian, German, Uyghurs dan lain-lain.

Sumber ekonomi Kazakhstan ialah industri minyak & gas iaitu menyumbang 60% dari keluaran negara. Ianya merupakan ekonomi yang kuat di Asia Tengah.

Kazakhstan merupakan salah satu negara kesembilan terbesar di dunia mengikut saiz yang terletak di Asia Tengah.  Saiz negara ni kira-kira 2,724,900 km persegi tapi populasi cuma sekitar 18.3 juta (2018). Ianya merupakan negara yang ke-9 terbesar di dunia. Perbandingan antara jumlah penduduk iaitu 18.3 juta (2018) dengan keluaran negara, ianya merupakan sebuah negara yang lapang, iaitu 6 orang per km persegi (2018)

Mukabumi Kazakhstan terdiri daripada pelbagai bentuk iaitu tanah rata, steppe, taiga, rock canyons, gunung, delta, gunung bersalji dan padang pasir.

Dari segi bahasa, mereka berkomunikasi dalam bahasa Kazakh atau Russian. Ada juga yang  boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Manakala dari segi agama, majoritinya beragama Islam, namun ada juga yang beragama kristian dan beberapa agama yang lain.

Ibu negara Kazakstan ialah Nur Sultan (sebelumnya Astana). Mata wang yang digunakan ialah Tenge (KZT). Bagi rakyat Malaysia, visa tidak diperlukan untuk melawat Kazakhstan dan boleh tinggal di sana selama 30 hari.

Pengenalan umum Uzbekistan

Uzbekistan juga merupakan bekas negara Soviet Union dan ianya bersempadan dengan Kazakhstan, Kyrgystan, Tajikistan, Afghanistan dan Turkmenistan.

Berkeluasan 447,400 km persegi dan merupakan negara yang 56 terbesar di dunia. Pada musim panas suhunya antara  40 °C, manakala pada musim sejuk antara -23 °C

Islam datang ke Uzbekistan pada abad ke-7 setelah orang Arab menguasai Uzbekistan. Sejak itu, kota seperti Samarkhand, Khiva dan Bukhara menjadi maju selaku Laluan Sutera, iaitu jalan perdagangan yang menghubungkan antara timur dan barat.

Uzbekistan mempunyai budaya yang pelbagai akibat dari sejarah dan lokasinya yang strategik. Bahasa pertuturan utama ialah bahasa Uzbek, manakala bahasa Rusia juga banyak digunakan. Manakala etnik yang terbesar ialah Uzbek yang merupakan lebih 80%. Etnik lain seperti Rusia, Tajiks, Kazakh dan lain-lain. 

Agama Islam (Sunni) merupakan agama yang dominan iaitu lebih 79%. Manakala agama lain seperti Ortodok Kristian dan lain-lain.
Dari segi ekonomi Uzbekistan, Uzbekistan merupakan pengeluar dan pengeksport kapas, juga gas asli dan emas (pengeluar ke-7 terbesar dunia)

Antara bandar yang terbesar di Uzbekistan ialah; Tashkent, Namangan, Samarkhand, Andijan, Nukus, Bukhara, Qarshi, Fergana, Kokand dan Margilan.


    Tarikh Penerbangan Musim Status
    23 Feb-01 March 2020 Pick Fruit Penuh
    01-08 March 2020 Pick Fruit Penuh
    22-29 March 2020 Pick Fruit Penuh
    11-18 Sept 2020 Autumn Buka
    18-25 Sept 2020 Autumn Buka
    25 Sept-02 Okt 2020 Autumn Buka
    16-23 Okt 2020 Autumn Buka
    23-30 Okt 2020 Autumn Buka
    04-11 Dec 2020 Cuti Sekolah Buka
    11-18 Dec 2020 Cuti Sekolah Buka

    Sila isikan Borang Sebutharga di bawah dan masukan tarikh pilihan anda seperti tarikh di atas..

    Daftar segera untuk mendapatkan tempat


    Kod Pakej: Tur-Kazak+Turk[8D6N]

    Jadual Lawatan

    HARI 01: Kuala Lumpur - Almaty, Kazakhstan (MOD/D) 

    • Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas
    • 10.55: Penerbangan ke Almaty dan dijangka tiba pada jam 16.55
    • Melawat Masjid Central Almaty dan Solat Asar.
    • Makan Malam di restoran dengan menu Shafran Traditional Cuisine.
    • Selepas itu membeli belah di Hard Rock Cafe
    • Kemudiannya daftar masuk hotel - berehat & aktiviti bebas

    * Bermalam, di Almaty, Kazakhstan

    HARI 02: Almaty City Tour + Cable Car (B/L/D) 

    • Sarapan di hotel dan seterusnya melawat dan membeli belah di Green Bazaar "Central Asean Bazaar"
    • Menaiki Cable Car di Shymbulat Hill, di Mount Ak Bulak. Berpeluang melihat pemandangan menarik daripada Gunung Ak Bulak di resort Aki Ak-Bulak yang terletak di kawasan Almaty, Kazakstan.
    • Selepas itu berkesempatan melawat ladang kuda yang terdapat di Almaty (berpeluang menunggang kuda)
    • Makan Tengahari di rumah keluarga penduduk Kazakh (masakan kampung)
    • Makan Malam di kampung keluarga penduduk Kazakstan (masakan kampung)
    • Solat Jamak di Masjid Nurzhaw
    • Selepas itu melawat ke Almaty Metro dan makan malam disediakan di restoran tempatan (BBQ Dinner)
    • Bertolak pulang ke hotel untuk istirehat dan aktiviti bebas

    * Bermalam, di Almaty, Kazakhstan

    HARI 03: Almaty - Tashkent - Samarkhand (B/L/D) 

    • Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar
    • Kemudian ke lapangan terbang Almaty untuk penerbangan ke Tashkent. Bertolak jam 12.20 dan dijangka tiba pada jam 12.50
    • Daftar masuk hotel di Tashkent dan makan tengahari.
    • Melawat Independence Square yang terletak di pusat bandar Tashkent, ianya merupakan dataran yang menjadi  tempat tumpuan penduduk tempatan untuk bersantai. 
    • Selepas itu melawat Amir Temur Monument Square iaitu pusat kota yang mempunyai munument-munument sejarah yang terkenal di Amit Temur.
    • Seterunya melawat dab membeli cenderahati di Broadway Street dan Grand Opera dan makan malam di restoran tempatan. Selepas itu balik ke hotel untuk berehat

    * Bermalam di Tashkent, Uzbekistan

    HARI 04: Tashkent-Samarkhand  (B/L/D) 

    • Sarapan pagi hotel dan terus daftar keluar
    • Seterusnya menaiki  keretapi laju Afrosiab untuk ke Samarkhand
    • Lawatan ke Registan Square iaitu dataran yang mempunyai kompleks bangunan bersejarah.
    • Seterusnya melawat Guri Emir Mausoleum (Makan Emir Temur dan dinasti Temurid) dan melawat seni bina kompleks Shakhi-Zinda
    • Setelah itu makan tengahari di restoran tempatan
    • Melawat dan membeli-belah di Siab Bazaar yang merupakan bazar lama di Samarkhand
    • Kembali ke hotel untuk berehat

    * Bermalam di Samarkhand, Uzbek

    HARI 05: Samarkhand, Uzbekistan (B/L/D) 

    • Selepas sarapan di hotel, anda akan dibawa untuk aktiviti city tour di sekitar Samarkhand iaitu melawat MirzoUlugbek iaitu keajaiban astronomi Uzbekistan pada abad yang ke-15.
    • Setelah itu, anda akan dibawa melawat ke Kompleks Bersejarah Iman Bukhary
    • Makan tengahari di restoran tempatan
    • Selepas itu anda pula akan dibawa melawat dan membeli-belah di Siab Bazaar yang merupakan bazar lama di Samarkhand
    • Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel, berehat & aktiviti bebas

    * Bermalam di Samarkhand, Uzbekistan

    HARI 06: Samarkhand-Tashkent (B/L/D) 

    • Sarapan di hotel dan daftar keluar
    • Naik keretapi laju Afrosiab menuju kembali ke Taskhent
    • Anda akan dibawa melawat ke Chimgan Mountains dan berpeluang merasai aktiviti menaiki Cable Car untuk menuju ke puncak gunung.
    • Setelah itu melawat pula ke Tasik Charvak dan mekan tengahari di restoran tempatan.
    • Selepas makan tengahari, melawat dan membeli-belah di Chorsu Bazaar
    • Daftar masuk hotel dan berehat

    * Bermalam di Tashkent, Uzbekistan

    HARI 07: Tashkent - Almaty (B/MOB/D) 

    • Sarapan pagi di hotel dan terus daftar keluar
    • City Tour berakhir di sekitar Tashkent dengan melawat di Khast Iman Kompleks dengan menziarahi Madrasah Barak-Kham, masjid Tillya-Sheikh, Makan Saint Bakr Kaffal Shashi dan Intitut Islam Iman al-Bukhari.
    • Ke Lapangan Terbang Tashkent untuk penerbangan ke Almaty pada jam 14.20 san diijangka tiba di Almaty pada jam 16.50 dan mengambil penerbangan dari Almaty ke Kuala Lumpur pada jam 23.30

    HARI 08: Almaty - Kuala Lumpur 

    • Dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 09.40
    • Acara selesai dengan kenangan yang manis dari Uzbekistan & Kazakhstan..sehingga berjumpa lagi dilain masa

    Nota: Pakej lawatan ini adalah pakej joint group. Ianya lebih murah jika dibandingkan dengan pakej individu atau kumpulan kecil. Jika anda berseorangan pun boleh mengambil pakej ini


    Untuk Booking diperlukan:

    1. Nama Penuh Peserta
    2. Salinan muka depan passport (jika sudah ada passport)
    3. Deposit: RM500 seorang
      Tempat menarik di Kazakhstan
      • Almathy, Kazakhstan
      • Opera and Ballet Theatre, Tashkent-kazahkstan
      • Samarkhant, kazakhstan
      • Independence Square, Tashkent-kazahkstan
      • samarkhand-kazakstan
      Almathy, Kazakhstan

      Tempat menarik di Kazakhstan

      Tempat menarik di Kazakhstan

      Tempat menarik di Kazakhstan

      Tempat menarik di Kazakhstan

      Tempat menarik di Uzbekistan
      • Uzbekistan
      • Uzbekistan
      • Uzbekistan
      • Uzbekistan
      Uzbekistan

      Tempat menarik di Uzbekistan

      Tempat menarik di Uzbekistan

      Tempat menarik di Uzbekistan

      Jika 'pakej pilihan' di atas bukan pakej pilihan anda, sila click di sini
      Umur 12th ke-atas
      Berumur 2th-11th
      Nyatakan umur setiap kanak-kanak
      Berumur bawah 2 tahun
      Contoh: Cheras, Kuala Lumpur
      Jika anda mempunyai sebarang maklumat tambahan, sila nyatakan..
      Disclaimer: Semua maklumat yang diminta adalah semata-mata untuk ketepatan quotation yang akan kami berikan kepada anda dan untuk tujuan komunikasi

      Bagaimana kami menguruskan tempahan anda

      1. Kami menerima sebutharga anda

      Bila anda telah mengisikan Borang Quotation/Sebutharga, anda akan menerima notifikasi di email anda yang anda telah berjaya menghantar kepada kami. Selepas itu, pihak kami akan menerima email anda dan kami akan membuat sebutharga kepada anda sesuai dengan apa yang anda minta dan menghantar sebutharga tersebut di email anda

      2. Invoice

      Bila anda telah bersetuju dengan sebutharga tersebut, kami akan emailkan invoice yang menerangkan secara terperinci seperti jumlah bayaran, akaun bank dan sebagainya. Kami juga akan emailkan kepada anda Borang Senarai Nama untuk booking bilik penginapan & booking tiket penerbangan (jika pakej anda termasuk kos penerbangan)

      3. Bayaran

      Apabila kami telah menerima bayaran deposit, maka kami akan emailkan kepada anda resit bayaran sebagai bukti anda telah membayar kepada kami

      4. Tempahan

      Jika pakej anda termasuk tiket penerbangan, kami akan membuat tempahan tiket penerbangan setelah anda membuat bayaran kepada kami. Tiket atau pengesahan tiket penerbangan akan kami emailkan kepada anda untuk rujukan anda. Kami juga akan menguruskan tempahan bilik hotel, pengangkutan dan sebagainya

      5. Lawatan

      Sebelum anda bertolak untuk program lawatan, kami akan berikan info-info yang berkaitan seperti; siapakah pemandu atau pemandu pelancong yang akan menunggu anda di lapangan terbang dan sebagainya. Semasa program lawatan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Selepas anda pulang, kami akan mendapatkan maklumbalas anda tentang program lawatan tersebut untuk memastikan anda mendapat layanan yang baik dan anda berpuas hati dengan servis yang kami berikan

      Add new comment