Skip to main content

Dumai+Pekan Baru

Dumai
Lokasi: Bandar pelabuhan di pesisir timur Sumatera, berhadapan Selat Melaka
Identiti: Pusat industri minyak sawit & petroleum; pelabuhan penting untuk eksport
Tarikan: Pantai Purnama, Hutan Wisata Dumai, Masjid Agung Al-Manan
Khas: Jadi pintu masuk antarabangsa (feri ke/dari Malaysia, terutamanya Port Dickson & Melaka)

Pekanbaru
Lokasi: Ibu kota Provinsi Riau, terletak lebih ke pedalaman di tepi Sungai Siak
Identiti: Kota perdagangan & ekonomi, berkembang pesat dengan budaya Melayu yang kuat
Tarikan: Masjid Agung An-Nur (ikon bandar), Museum Sang Nila Utama, Pasar Bawah (tempat beli-belah murah), Istana Siak (di kawasan berhampiran)
Khas: Dikenali sebagai kota “Bertuah”, pusat pendidikan & perniagaan, serta kaya dengan kuliner Melayu

Kesimpulan:
Dumai terkenal sebagai bandar pelabuhan & industri di pesisir
Pekanbaru pula ialah ibu kota Riau yang lebih moden, pusat budaya Melayu & perniagaan

Dumai-Pekanbaru-Bukittinggi 5h4M

Dumai-Pekanbaru-Bukittinggi 5h4M merupakan pakej gabungan antara Dumai, Pekanbaru dan Bukittinggi selama 5 hari, 4 malam. Kita akan menaiki feri dari Port Dickson atau dari Jeti Melaka ke Jeti Dumai. Dari Dumai kita akan ke Pekanbaru mengunakan kenderaan darat yang sesuai dan selesa. Dari Pekanbaru kita juga akan mengunakan kenderaan darat. Masa pulang, anda mempunyai pilihan sama ada mahu mengunakan feri atau penerbangan dari Padang.

Pekan Baru 3H2M

Pekan Baru 3H2M merupakan pakej lawatan ke Pekanbaru mengunakan penerbangan. Antara tempat lawatan ialah melawat Balai Adat Melayu Riau, Bandar Seni Raja Ali Haji, Pasar Bawah, tempat membeli makanan tempatan dan sebagainya.

Tags