- TERMA & SYARAT LAWATAN
Kembara Murni Travel & Tours Sdn. Bhd.
Penting !
Semua peserta yang mengikuti program pakej lawatan kami adalah secara otomatik dianggap telah membaca, memahami dan menerima semua terma dan syarat di di bawah.
Sebarang masalah berbangkit (jika ada) di kemudian hari akan dirujuk kepada terma & starat-syarat ini.
Maksud / Definisi:-
- Kami: Bermaksud Kembara Murni Travel & Tours Sdn. Bhd.
- Anda / Peserta: Bermaksud sesiapa sahaja yang mengikuti program lawatan anjuran pihak Kami
- Pakej: Pakej-pakej lawatan yang telah kami tawarkan kepada anda
- Penginapan: Bermaksud hotel atau apa-apa bentuk penginapan seperti yang dinyatakan di dalam surat tawaran / invoice
- Pengangkutan: Pengangkutan darat dan atau pengangkutan lain (sila rujuk surat tawaran / invoice)
- Atucara Lawatan: Acara lawatan yang telah diaturkan mengikut pakej. Ianya mungkin berbeza bagi setiap pakej
- Pakej termasuk
- Penginapan
- Pengangkutan
- Pemandu & merangkap pemandu pelancong (FIT)
- Pemandu & Pemandu Pelongcong (GIT)
- Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam
- Atucara lawatan
- TIket Kemasukan ke tempat lawatan
Di atas adalah pakej termasuk secara umum. Sesetangah pakej mempunyai pakej termasauknya tersendiri. Oleh itu sila rujuk pakej anda secara khusus.
- Pakej tidak termasuk
- Tiket Penerbangan (kecuali jika anda mengambil pakej termasuk tiket penerbangan)
- Bagasi
- Perbelanjaan peribadi
- Insuran / Takaful perjalanan
Di atas adalah pakej termasuk secara umum. Sesetangah pakej mempunyai pakej termasauknya tersendiri. Oleh itu sila rujuk pakej anda secara khusus.
- Penempahan Tiket Penerbangan
Setelah kami menerima bayaran (kalau dengan cek - sehingga cek 'clear'), kami akan membuat penempahan tiket dalam hari yang sama (untuk hari bekerja biasa). Sekiranya bayaran diterima jatuh pada hari Cuti Umum, maka penempahan tiket akan dibuat pada hari bekerja yang berikutnya.
Adalah dimaklumkan bahawa jumlah harga tiket penerbangan yang kami berikan pada Borang Sebutharga / Quotation adalah berdasarkan kepada harga semasa Sebutharga / Quotation itu dikeluarkan.
Sepertimana yang anda sedia maklum iaitu harga tiket boleh berubah pada bila-bila masa. Oleh itu semasa kami membuat penempahan tiket dan sekiranya terdapat kenaikan harga, maka kami akan maklumkan kepada anda dan anda perlu menambah kos kenaikan harga tersebut.
Kami juga tidak bertangungjawab sekiranya tiket habis dijual dan sebagainya atau sebarang sebab yang diberikan oleh syarikat penerbangan.
Bukti penempahan tiket akan kami berikan kepada anda selewat-lewatnya dalam masa 2 hari bekerja.
Sekiranya jumlah peserta melebihi 9 orang, mungkin perlu membuat Tempahan Tiket Berkumpulan (group booking). Harga group booking biasanya tidak sama dengan harga yang dilihat di dalam laman web syarikat penerbangan. Untuk groop booking tiket, kami akan memaklumkan kepada anda jumlah kos tiket setelah kami mendapat harga daripada syarikat penerbangan.
Peserta atau ketua peserta juga perlu memberikan Nama Penuh dan maklumat-maklumat peserta yang lain dengan tepat sepertimana yang tercatat di dalam dokumen pengenalan diri (passport).
Sebarang kesilapan ejaan nama dan sebagainya yang disebabkan oleh kesilapan peserta memberi maklumat adalah menjadi tanggungjawab peserta dan peserta perlu menagung kos pembetulan tersebut.
Kos tambahan berserta caj perkhidmatan di kenakan / di kehendaki untuk sebarang penambahan / pindaan/ pembatalan pada tiket penerbangan atau sebagainya. Sebarang permintaan istimewa di dalam penerbangan tertakluk dan bergantung kepada pihak syarikat penerbangan dan sebarang kos adalah atas tanggungan peserta.
Tiket penerbangan yang telah di beli / di keluarkan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dari pihak syarikat penerbangan dan sebarang permintaan penambahan / pembatalan dan sebagainya adalah bergantung kepada pihak syarikat penerbangan dan pihak kami tidak terikat untuk sebarang urusan sebegini.
Sekiranya berlaku perubahan masa penerbangan (delay / reschedule earlier) yang dibuat oleh syarikat penerbangan juga adalah di luar bidang kuasa kami.
Sekiranya terdapat sebarang pemindaan terhadap tiket penerbangan seperti kesalahan ejaan nama, nombor Kad Pengenalan, passport (yang disebabkan oleh kesilapan peserta memberi maklumat), maka pihak peserta perlu menanggung kos perubahan tersebut termasuk kos pentadbiran.
- Penempahan Bagasi, Peralatan sukan, tenpat duduk & makan dalam pesawat
Sebelum membuat penempahan tiket penerbangan, anda dinasihati memberitahu kami jumlah kg bagasi yang anda hendak beli dan peralatan sukan (jika ada).
Begitu juga dengan penempahan pemilihan tempat duduk dan penempahan makan dalam pesawat.
Penempahan bagasi & penempahan tempat duduk yang dibuat selepas penempahan tiket biasanya akan lebih mahal.
Nota: Untuk destinasi tertentu, makan dalam pesawat sudah termasuk di dalam harga tiket
- Penginapan
Pihak kami / agen yang di lantik berhak meminda / mengubah / menukarkan tempat penginapan (tanpa atau dengan notis) sekiranya perlu dan tidak dapat di elakkan seperti tiada kekosongan bilik atau sebagainya.
Sarapan pagi untuk 1 bilik di sediakan untuk dua peserta sahaja untuk sehari. Sekiranya anda menginap lebih dari 2 orang untuk satu bilik dan sekiranyan pihak hotel meminta tambahan kos sarapan, maka kos tersebut adalah menjadi tangungjawab peserta.
Lain-lain perkhidmatan yang di guna pakai oleh peserta seperti fax, internet, telepon atau sebagainya adalah atas tanggungjawab sendiri untuk membuat pembayaran.
Pihak kami tidak akan membuat pertukaran hotel, bilik atau sebagainya sekiranya peserta tidak berpuas hati dengan pilihan hotel yang kami sediakan, namun jika di sebabkan sesuatu perkara yang tidak dapat di elakkan, pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan peserta (bergantung budi bicara pihak kami / kekosongan bilik)
- Pengangkutan (transportation)
Pihak kami berhak menukar jenis pengangkutan sekiranya perlu seperti jika terdapat kerosakan, kemalangan atau perkara yang tak dapat di elakkan (dengan / tanpa notis kepada peserta). Namun pihak kami akan memastikan keselesaan peserta sepanjang percutian.
- Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam
Pada dasar asas, semua pakej mempunyai sarapan di hotel (kecuali dinyatakan berlainan pada pake-pakej tertentu - sila rujuk surat tawaran / invoice anda).
Makan Tengahari & Makan Malam dilakukan di restoran tempatan (kecuali dinyatakan berlainan di dalam pakej anda. Sila rujuk surat tawaran / invoice anda).
Semua tempat makan & jenis makanan sudah ditetapkan mengikut pakej. Sekiranya anda mahu membuat tempahan makanan atau minuman yang bukan di dalam pakej, kos tersebut adalah ditanggung anda sendiri.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan menu atau tempat makan yang di dalam pakej, tiada pengembalian wang / refund.
- Jadual Lawatan & kos tiket kemasukan
Tempat-tempat lawatan adalah seperti yang di nyatakan di dalam surat tawaran / invoice. Tiket kemasukan adalah sudah termasuk di dalam kos pakej (kecuali dinyatakan berlainan seperti di dalam surat tawaran / invoice).
Kami mempunyai hak untuk menukar jadual lawatan / itinerary sekiranya terjadi hal-hal di luar jangkaan kami misalnya masalah cuaca, nasihat daripada pihak berkuasa tempatan/pemandu pelancong atau atas apa sebab yang munasabah.
Tiada pengembalian wang / refund sekiranya anda tidak mahu terlibat dengan sebarang atucara lawatan yang telah ditentukan.
- Aktiviti selepas waktu operasi
Peserta boleh membuat aktiviti tersendiri selepas waktu yang pihak kami aturkan (8.00 pagi - 8.00 malam). Sekiranya berlaku sesuatu di luar dugaan atau isu-isu keselamatan ianya adalah menjadi tanggungjawab peserta sendiri.
Peserta boleh mendapatkan khidmat pemandu kami dan kos tambahan bergantung perbincangan antara peserta dan pemandu kami.
- Makan & minum sepanjang tempoh percutian
Pihak kami berhak meminda / mengubah restoran untuk (makan tengahari atau malam) tanpa atau dengan notis. Sekiranya peserta terlepas atau tidak mengikuti jadual makan (tengahari / malam) di sebabkan tidak mengikuti rombongan / kumpulan, maka pihak kami tidak bertanggungjawab untuk mengeluarkan kos tambahan. Itu menjadi tanggungan para peserta sendiri.
Sekiranya peserta memerlukan makanan lain seperti fast food atau sebagainya yang tidak terdapat di dalam pakej, maka kos tersebut adalah atas tanggungan peserta sendiri.
Setiap pakej makanan adalah telah di tetapkan, peserta tidak boleh menambah pakej makanan yang telah di tetapkan seperti tambahan jus, air botol atau sebagainya. Walaubagaimanapun, sekiranya memerlukan tambahan makanan-minuman, peserta harus menanggung kos tersebut.
Sekiranya peserta tidak dapat menerima pakej makanan yang kami sediakan, sila maklumkan kepada pihak kami terlebih dahulu untuk pihak kami mecari penggantian makanan lain dan sekiranya ada tambahan kos adalah atas tanggungan peserta.
Sekiranya ada permintaan untuk ke restoran pilihan peserta sendiri, bergantung kepada budi bicara pihak kami dan sekiranya terdapat perbezaan harga, peserta harus menanggung kos tersebut.
- Permintaan Istimewa
Sebarang permintaan peribadi / istimewa seperti alahan makanan, jadual diet, bilik istimewa, masalah kesihatan dan sebagainya, haruslah memaklumkan kepada pihak kami sebelum proses penempahan di lakukan.
- Dokumen Perjalanan (Passport Antarabangsa)
Setiap peserta mesti memastikan tempoh sah Passport Antarabangsa melebihi tempoh 6 bulan dari tarikh kembali dari lawatan.
Adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk memastikan semuanya seperti yang ditetapkan atau yang di benarkan undang-undang Malaysia dan undang-undang negara yang dilawati.
Sekiranya peserta tidak dapat berlepas semasa di lapangan terbang yang disebabkan oleh tempoh sah passport kurang dari yang dibenarkan, maka pihak kami tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana perkara tersebut adalah menjadi kewajipan peserta sendiri.
Nota: Dari segi praktisi, pihak kami akan meminta salinan muka depan passport semua peserta. Pihak kami akan membuat semakan dan memaklumkan kepada anda sekiranya passport anda perlu diperbahartui.
- VISA
Peserta di galakkan / di nasihatkan membuat urusan sendiri berkenaan hal-hal VISA (bagi negara yang memerlukan visa).
Walau bagaimanapun, pihak kami akan membantu sekiranya khidmat kami di perlukan dengan di kenakan caj perkhidmatan yang sewajarnya.
Bagi sesetengah negara, visa tidak diperlukan. Peraturan visa kemasukan mungkin berubah bagi setiap negara dari masa ke semasa.
- Insuran Perjalanan
Semua peserta di sarankan membeli Insuran / Takaful perjalanan. Sekiranya anda memerlukan insuran perjalanan, pihak kami boleh menguruskan untuk anda.
Kami juga merupakan wakil / agent Etiqa Takaful & Takaful Ikhlas. Kedua-dua syarikat takaful ini mempunyai pelan perlindungan yang comprehensive. Anda boleh lihat di Link Ini
- Tanggungjawab Peserta
Pihak kami menguruskan urusan penempahan penginapan, pengangkutan, urusan makanan, pengurusan acara dan sebagainya tertakluk kepada syarat-syarat yang di benarkan oleh pihak berkuasa.
Mana-mana yang diluar bidang kuasa kami adalah menjadi tanggungjawab peserta seperti di bawah
1) Tiket-tiket penerbangan, “voucher” dan dokumen-dokumen lain yang bersangkutan adalah di luar bidang kuasa pihak kami dan bergantung kepada syarat-syarat dari pihak-pihak yang berkenaan.
2) Semua peserta yang terlibat dalam siri yang di anjurkan oleh pihak kami adalah tertakluk kepada tanggungjawab sendiri di mana pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, akibat di rompak, di culik, kematian, kemalangan dan sebagainya.
3) Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya peserta melakukan kesalahan / terlibat seperti salah memberi maklumat, terlepas penerbangan atau mengubah sendiri jadual lawatan (itinerary).
4) Penambahan kos yang tak dapat di elakkan di sebabkan kelewatan, pertukaran haluan penerbangan, peperangan, kuarantin atau sebab-sebab lain.
5) Tambahan hari untuk penginapan di sebabkan kelewatan / pembatalan penerbangan yang di lakukan / dibuat oleh pihak syarikat penerbangan atau pihak-pihak berkenaan.
6) Sebarang kerosakan, kehilangan barang-barang atau bagasi, kemalangan atau lain-lain dan itu menjadi tanggungjawab peserta untuk membuat tuntutan dari pihak berkenaan seperti syarikat Insuran / syarikat penerbangan dan sebagainya.
7) Sebarang masalah yang timbul di Imigresen (dalam & luar negara) yang di sebabkan oleh peserta melanggar undang-undang Imigresen seperti membawa barang larangan, dadah, senjata api dan sebagainya adalah menjadi tanggungajawab peserta. Begitu juga sekiranya peserta membuat pemalsuan dokumen perjalanan dan sebagainya.
8) Sebarang masalah yang timbul di sebabkan peserta melanggar undang-undang negara yang di lawati seperti kesalahan mencuri, menipu dan sebarang kesalahan serius yang lain adalah menjadi tanggungjawab peserta.
9) Sebarang kesalahan / melanggar undang-undang mana-mana negara / mana-mana pihak yang tidak tercatat di atas oleh pihak peserta adalah menjadi tanggungjawab peserta sendiri.
Semua agenda percutian & pengurusan acara dari pihak kami seperti harga pakej percutian, perkhidmatan, syarat-syarat percutian adalah tepat pada masa ianya dikeluarkan / cetakan dan perubahan boleh di lakukan oleh pihak kami pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
- Deposit
Selepas membuat pengesahan penyertaan, peserta haruslah membayar deposit di dalam tempoh 7 (tujuh) hari bekerja) sebanyak 50% dari jumlah 'Ground Cost' atau sejumlah yang dipersetujui (sila rujuk surat tawaran / invoice).
Sekiranya anda mengambil pakej 'All-in' (termasuk kos tiket penerbangan, maka kos diposit di atas mestilah dicampur dengan kos tiket penerbangan.
Sila rujuk surat tawaran / invoice anda untuk kos terperinci (ini kerana setiap pakej kemungkinan mempunyai terma yang berbeza).
Nota:-
- Ground Cost: Kos pelancongan tanpa tiket penerbangan
- All-in: Kos pelancongan termasuk tiket penerbangan
- Bayaan penuh
Pembayaran selebihnya / baki keseluruhan kos hendaklah di bayar selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh lawatan.
Kegagalan membuat pembayaran penuh akan menyebabkan secara otomatik urusan percutian di batalkan & deposit tidak di kembalikan.
- Caj-caj pembatalan
Sekiranya ada pembatalan, anda mestilah memberi tahu kami dengan bersurat / email dengan diberikan alasan yang munasabah.
Pemakluman pembatalan mestilah dibuat selewatnya 45 hari sebelum tarikh perlepasan.
CAJ PEMBATALAN DEPOSIT Bil hari selepas bayaran deposit Caj pembatalan 01-07 hari selepas bayaran 10% atau minima RM50 seorang 08-14 hari selepas bayaran 50% 15-29 hari selepas bayaran 75% 30 hari ke atas Wang deposit tidak di kembalikan Nota: Sekiranya wang deposit telah kami keluarkan untuk tempahan hotel dan sebagaintya, ianya tidak dikembalikan.
CAJ PEMBATALAN JIKA BAYARAN PENUH TELAH DIBUAT Bil hari sebelum berlepas Caj pembatalan 22-45 hari sebelum tarikh berlepas 25% daripada kos keseluruhan 15-21 hari sebelum tarikh berlepas 35% daripada kos keseluruhan 08-14 hari sebelum tarikh berlepas 50% daripada kos keseluruhan 03-07 hari sebelum tarikh berlepas 75% daripada kos keseluruhan 01-02 hari sebelum tarikh berlepas 100% daripada kos keseluruhan Terma yang tidak tertakluk kepada bilangan hari sebelum berlepas di atas:-
Sekiranya peserta ingin membatalkan lawatan sedangkan pihak kami telah pun mengeluarkan kos perbelanjaan seperti kos penempahan hotel, pengangkutan, kos penempahan tiket penerbangan dan sebagainya - kos tersebut tidak akan dipulangkan.
- Kemas kini terma & syarat
Semua terma & syarat di atas adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
- Log in to post comments