Skip to main content

Sejarah Penubuhan

Kembara Murni Travel & Tours Sdn Bhd ditubuhkan pada 12 April 2013 dengan No Pendaftaran 1042384-A. Merupakan 100% pemilikan Bumiputra Muslim.  Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia / Motac dengan No Pendaftaran 7450.

Pengasas

Pengasas: Zailir Othman
Kelayakan akedemik: Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (UUM)
Pada mulanya beliau bekerja sebagai pegawai di salah sebuah syarikat selama 10 tahun. Oleh kerana minat beliau di dalam bidang perniagaan, beliau telah menceburi bidang pelancongan secara sambilan pada tahun 2000.  Selepas mempunyai pengalaman dan yakin dengan industri pelancongan, beliau memutuskan untuk membuka syarikat pelancongan sendiri pada tahun 2015.

Perkhidmatan

Kami memberikan perkhidmatan lawatan di dalam dan luar negara dan mempunyai kerjasama yang bagus dengan rakan-rakan niaga di luar negara. Setiap rakan niaga kami, kami telah memilih dengan baik dan mempunyai reputasi yang bagus. Oleh itu, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mengunakan perkhidmatan kami sama ada untuk pakej-pakej dalam negara atau pakej-pakej luar negara.

Misi kami

Misi kami ialah mudah iaitu "Kami tidak bersaing dengan sesiapa, tetapi kami mencuba membuat yang terbaik & termampu". Kami ngin menjadikan sebuah syarikat pelancongan yang dikenali sebagai sebuah syarikat pelancongan yang diyakini & telus. Ketelusan & kejujuran adalah nilai utama di dalam apa juga urusan & kami cuba untuk mempertahan nilai-nilai tersebut.


Alamat: No 56-2, Jalan 1/76D, Desa Pandan, Kuala Lumpur
Tel: +603-9201 7557
Email: admin@kembaramurni.com
Laman web: https://kembaramurni.com/web
Facebook: Facebook


 

Image
Lesen Pelancongan
Image
Lesen Papuh
Image
Borang 9