Pulau Tioman
Pakej Pulau Tioman 3H2M
Pakej Pulau Tioman merupakan antara pakej popular bagi rakyat Malaysia, terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum atau cuti sekolah. Oleh kerana keindahan pantainya yang menarik, Pulau Tioman telah menjadi pilihan masyarakat tempatan dan Singapura untuk berehat. Kami menyediakan pakej lawatan ke Pulau Tioman dan mengaturkan semua urusan kepada anda seperti menguruskan resort, tiket feri dan sebagainya.
Panuba Inn
Panuba Inn merupakan antara salah satu resort yang popular di Pulau Tioman kerana harganya tidak begitu mahal dan kedudukan yang menarik. Panuba Inn mempunyai dua jenis bilik iaitu D Chalet & SD Chalet. Resort D Chalet hanya mempunyai 4 bilik sahaja yang menghadap pantai. Manakala Resort SD Chalet, kesemua bilik menghadap pantai.
Juara Mutiara Resort
Juara Mutiara Resort mempunyai kemudahan bilik dan pakej yang mampu milik dengan kemudahan yang baik. Juara Mutiara Resort terletak di Kampung Juara, Pulau Tioman, Pahang. kawasan ini merupakan kawasan pantai yang paling menarik di Pulau Tioman. Juara Mutiara Resort mempunyai keupayaan seramai 120 orang untuk satu-satu masa.
Sun Beach Resort
Deretan chalet Sun Beach Resort terletak di hadapan pantai. Jarak dari Kampung Genting jeti hanya kira-kira 100 meter dan perjalanan mengambil masa 2 minit untuk sampai ke resort ini. Ianya merupakan lokasi yang sesuai untuk anda!
Salang Pusaka Resort
Salang Pusaka Resort ialah sebuah hotel di belakang Kampung Salang, terletak dalam persekitaran kampung tradisional yang terpencil dengan taman yang luas dan persekitaran hutan hujan yang subur. Walaupun agak jauh dari pantai, hotel ini menyediakan bilik bernilai untuk wang terbaik di Salang, dengan penghawa dingin dan bilik mandi bersambung walaupun untuk unit termurah.
Tamara Resort
Tamara Resort merupakan antara resort di Pulau Tioman yang bagus. Tamara Resort terletak di Kampung Tekek. Ianya mempunyai beberapa jenis bilik yang boleh dipilih sesuai dengan keperluan anda.
Cara ke Pulau Tioman
Cara ke Pulau Tioman anda boleh menaiki feri sama ada dari Jeti Mersing (Johor) atau Jeti Tanjung Gemok (Pahang). Jika anda menaiki bas, lebih sesuai anda mengunakan Jeti Mersing, manakala jika anda meniki kereta lebih sesuai mengunakan Jeti Tanjung Gemok.
Hotel / Homestay di Tg. Gemok, Kuala Rompin
Hotel / Homestay di Tg. Gemok, Kuala Rompin - Jika anda mahu bermalam 1 malam sebelum naik feri ke Tioman dari Tg. Gemok, anda boleh bermalam di hotel dahulu. Ini supaya anda boleh santai dan tidak tergesa-gesa.