Senarai semak lawatan
Category
Senarai semak lawatan sebelum anda melakukan lawatan ke luar negara
Senarai semak lawatan adalah sangat penting untuk memastikan kita dapat melawat / melancong dengan tenang. Di bawah adalah perkara yang wajib dan perkara yang digalakan.
Senarai semak umum - wajib
1) Sah Laku passport - melebihi 6 bulan dari tarikh kepulangan
2) Tiada halangan untuk keluar negara - Semak di sini
3) Visa - jika negara yang anda mahu lawati memerlukan visa, maka anda perlu mendapatkan visa terlebih dahulu
4) Semak adakah anda berurusan dengan Agensi Pelancongan yang berlesen - Semak di sini
5) Telah mendapat sekurang-kurangnya dos vaksin Covid-19 (nota: sudah banyak negara tidak memantau perkara ini)
Taiwan
Untuk ke Taiwan, mesti isi TWAC on line (Isi 3 hari sebelum bertolak): Contoh anda bertolak ke Taiwan pada 06 Nov, maka anda boleh isi TWAC pada 04 November.
Brunei
Mesti isi Borang E-Arrival card
Boleh isi borang di atas pada: Disarankan buat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh ketibaan
Bacaan lanjut: https://www.immigration.gov.bn/en/SitePages/E-Arrival%20Card.aspx
Thailand
Bermula 01 Mei perlu isi borang Digital Arrival Card (TDAC) 3 hari sebelum masuk ke Thailand
Indonesia
Perlu isi 2 borang seperti di bawah
- All Indonesia (Imigresen & kastam): Buat 3 hari sebelum bertolak
* Click di sini > All Indonesian
* Pilih Foreign Visitor
* Pilih Family / Individual dan isi maklumat yang diperlukan
* Scan pasport menggunakan aplikasi
* Muat turun QR Code setelah pendaftaran selesai (sila save QR di handphone)
Panduan / Nota:
- Paling awal boleh isi - 3 hari sebelum bertolak: Contoh bertolak 1 jan 2026. Maka tarikh boleh isi pada 30 Dec 2025
- Jika travel berkeluarga - Boleh isi 1 borang sahaja.
- Untukk pasangan & anak-anak, cuma tekan "+ Traveller"
- Nanti gunakan Qr code yg sama untuk keluarga tersebut (masa beratur di kaunter..ahli keluarga tu beratur sekali)
Sangat Digalakan
1) Beli Insuran / Takaful perjalanan
2) Aktifkan Kad ATM anda untuk digunakan di luar negara (untuk tujuan keperluan luar jangka)
3) Tambah Had Limit sementara Kad Kredit (jika perlu). Ini sebagai tujuan pengunaan kecemasan / keperluan yang tidak diduga.
4) Membeli Pelan Data Roaming: * Celcom * Maxis * Hotlink * U Nobile
5) Menukar wang siap-siap sebelum bertolak. Semak kadar tukaran wang
6) Membawa pakaian yang sesuai & secukupnya (pakaian yang sesuai mengikut musim di destinasi lawatan)
7) Bagi yang mengunakan ubat-ubatan, pastikan anda membawa bekalan ubat yang mencukupi
Untuk Perhatian / lain-lain info
1) Pastikan jumlah berat bagasi anda tidak melebihi dari kadar bagasi yang anda beli
2) Pastikan jumlah berat & saiz bagasi hand carry tidak melebihi berat & saiz yang dibenarkan
3) Pastikan anda telah membuat Daftar Masuk / Web Check-in & mencetak Boarding Pass (ini untuk menjimatkan masa - terutamanya pada musim-musim puncak)
4) Pastikan anda tidak meletakan power bank ke dalam bagasi anda (letakan di dalam beg hand carry)
5) Sila datang ke kaunter paling lewat 3 jam sebelum waktu pesawat terbang berlepas (jika musim puncak, datang seawal 4 jam sebelum berlepas)