BERKENAAN PENERBANGAN
Web Check-in & Bording Pass
Web check-in boleh dibuat seawal 14 hari dari tarikh bertolak. Oleh itu sila buat web check-in & terus print Bording Pass. Digalakan membuat web checkin siap-siap untuk menjimatkan masa di kaunter (terutamanya pada musim puncak seperti cuti sekolah atau cuti umum)
Pengurusan Masa di lapangan terbang
Sila datang sekurang-kurangnya 3 jam awal dari masa berlepas. Jika musim puncak & orang ramai, digalakan datang lebih awal. Oleh kerana check-in bagasi boleh dibuat 3 jam sebelum waktu bertolak, anda digalakan datang 3 jam awal sebelum waktu berlepas.
Check-in Bagasi
Penerbangan dari Kuala Lumpur – dibuka 3 jam sebelum waktu bertolak. Penerbangan selain dari Kuala Lumpur – dibuka 2 jam sebelum waktu bertolak.
Bording / Solat / Makan
Setelah selesai membuat check-in bagasi, terus masuk untuk urusan Imigresen & Kastam. Kemudian terus ke ruangan menunggu untuk boarding. Anda boleh solat di surau ruangan menunggu (jangan solat di surau di luar ~ ini untuk menjaga masa). Jika anda mahu makan atau minum juga ada di kawasan ruangan menunggu
Penting !! - 20 minit sebelum berlepas pintu ruangan menungu akan ditutup & tidak dibenarkan masuk pesawat. Oleh sebab itu penjagaan masa amat penting.
Ingat slogan ini selalu: “Biar datang awal daripada terlepas penerbangan”
DUKUMEN PERJALANAN
Passport
Pastikan tarikh sah laku passport anda sekurang-kluranynya 6 bulan dari tarikh pulang
Pastikan barangan terakhir yang anda semak sebelum keluar rumah ialah passport !
PERSEDIAAN BARANG KEPERLUAN
International Plug Adapter
Sesetengah negara tidak mengunakan plug 3 pin seperti yang kita pakai di Malaysia, oleh itu anda boleh membelinya siap-siap (dari shopee dan sebagainya)
Ubat-ubatan
Jika anda mengambil apa-apa ubatan, jangan lupa membawanya & pastikan jumlahnya cukup untuk keperluan anda sepanjang lawatan. Masukan ubat-ubatan anda di dalam bekas / plastik dia yang asal (senang jika pihak kastam tanya). Anda juga mungkin perlu membawa minyak angin dan seumpamanya – mana tahu anda memerlukannya nanti.
Baju tebal / jaket
Di dalam pesawat kemungkinan hawa dingin adalah sejuk (terutamanya jika perjalanan mengambil masa yang lama), oleh itu adalah lebih baik jika anda membawa jaket / baju yang tebal . Jika destinasi yang anda tuju mempunyai musim dingin, anda semestinya menyediakan pakaian yang sesuai.
SEMASA LAWATAN
Barangan berharga / wang
Sentiasa mengamalkan kaedah yang selamat untuk menjaga barangan & wang anda. Letakan dompet anda pada poket depan. Jika anda membawa beg sandang dan anda menyimpan barangan berharga / wang di dalam beg sandang anda – letakannya di depan dada anda.
Passport
Oleh kerana passport merupakan dokumen yang amat penting, anda harus memastikan ianya tidak tercicir. Adalah lebih baik jika anda meletakannya di dalam beg silang didepan dada anda & jangan ubah / buka kecuali semasa diperlukan sahaja. Beg silang anda itu dipakai kemana sahaja anda pergi.
INFO TAMBAHAN
Insuran / Takaful Perjalanan
Anda amat digalakan membeli insuran / takaful perjalanan. Kalau boleh - pilih syarikat insuran / takaful yang berkonsepkan 'cashless' untuk kemasukan ke hospital. Cashless bermaksud anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri dahulu dan kemudian membuat tuntutan dengan pihak insuran / takaful. Bermakna pihak insuran / takaful akan mengeluarkan Guarantee Letter (GL) dan pembayaran bil hospital akan diuruskan oleh pihak insuran / takaful.
Nota: Secara umumnya semua syarikat insuran / takaful tidak melindungi untuk penyakit yang sedia ada ! Sila semak / bertanya kepada wakil / agen insuran / takaful anda untuk keterangan lanjut.
Senarai Semak / Check list sebelum anda melancong ke luar negara
- Log in to post comments