Jakarta+Bandung
Jakarta
Lokasi: Ibu kota Indonesia, terletak di pesisir barat laut Jawa
Identiti: Pusat pentadbiran, ekonomi, dan kewangan terbesar negara
Tarikan: Monumen Nasional (Monas), Kota Tua, Ancol Dreamland, Taman Mini Indonesia Indah, pusat beli-belah moden
Khas: Kota metropolitan dengan kepelbagaian budaya, sering sesak & sibuk, tapi penuh peluang ekonomi
Bandung
Lokasi: Sekitar 2–3 jam perjalanan dari Jakarta, di kawasan tanah tinggi Jawa Barat
Identiti: Digelar “Paris van Java” kerana gaya hidup, fesyen & suasana sejuk
Tarikan: Kawah Putih, Gunung Tangkuban Perahu, ladang teh, factory outlet, kafe hipster, Lembang (tempat pelancongan keluarga)
Khas: Cuaca sejuk, pusat pendidikan & universiti, terkenal dengan kuliner Sunda dan fesyen murah
Kesimpulan:
Jakarta: kota metropolitan, pusat ekonomi & pentadbiran
Bandung: kota sejuk di tanah tinggi, terkenal dengan pelancongan alam, kuliner & fesyen
Pakej Bandung Murah
Pakej Bandung Murah merupakan pakej yang lebih murah dari pakej biasa. Penginapan di hotel dua bintang. Tempat lawatan adalah sama dengan pakej biasa - yang membezakan hanyalah penginapan: iaitu penginapan di hotel 2 bintang dan tidak termasuk makan tengahari dan makan malam.
Pakej Bandung 3 hari 2 malam
Pakej Bandung 3 hari 2 malam merupakan pakej singkat lawatan ke Bandung. Dengan pakej ini, kita akan turun penerbangan di Kertajati, Bandung.
Pakej Bandung 4 hari 3 malam
Pakej Bandung 4 hari 3 malam merupakan pakej lawatan ke Bandung yang ideal. Ianya tidak terlalu lama dan tidak terlaku singkat. Dapatkan pakej ini dengan kos yang berpatutan. Kami mempunyai pengalaman dan tenaga kerja yang berdedikasi, oleh itu anda boleh melancong dengan gembira - insya Allah.
Pakej Bandung 5 hari 4 malam
Jika anda mahu lawatan yang santai, pakej Bandung 5 hari/4 malam adalah sesuai kerana anda mempunyai banyak masa. Harga pakej adalah full board - termasuk makan, tiket kemasukan, tipping pemandu / pemandu pelancong dan sebaginya. Tiada apa-apa lagi kos tambahan yang perlu anda keluarkan. Itinerary dibawah adalah itinerary yang standard. Walaubagaimanapun itinerary tersebut boleh diubah mengikut keperluan anda.
Pakej Lawatan Jakarta+Bandung 4H/3M
Pakej Lawatan Jakarta+Bandung 4H/3M merupakan pakej yang popular. Jangka masa lawtan 4 hari 3 malam adalah waktu yang ideal untuk Melawat Jakarta+Bandung. Ianya tidak terlalu singkat dan tidak terlalu lama.
Pakej Jakarta+Bandung 5H/4M
Pakej Jakarta+Bandung [5h4m] merupakan pakej lawatan yang ideal untuk lawatan ke dua-dua tempat iaitu lawatan ke Jakarta dan Bandung. Anda mempunyai masa yang cukup untuk lawatan ke tempat-tempat menarik di Bandung dan Jakarta sekaligus.
Pakej Jakarta+Puncak+Bandung: 4 Hari/3 Malam
Pada hari pertama sampai, terus ke Puncak dan bermalam di Puncak. Hari kedua, terus ke Bandung dan melawat Kawah Putih seta membeli-belah di Factory Outlet di sekitar Jln Riau, Jln Setiabudhi & Toko Tiga. Hari ketiga, shopping di Pasar Baru dan Jalan Cibaduyut dan petangnya terus ke Jakarta dan bermalam di Jakarta. Hari terakhir, sempat jalan-jalan di Kota Jakarta dan shopping di Mangga Dua sebelum bertolak pulang.
Pakej Jakarta+Puncak+Bandung 5h4m
Pada hari pertama sampai, terus ke Puncak dan bermalam di Puncak. Hari kedua, terus ke Bandung dan melawat Kawah Putih seta membeli-belah di Factory Outlet di sekitar Jln Riau, Jln Setiabudhi & Toko Tiga. Hari ketiga, shopping di Pasar Baru dan Jalan Cibaduyut dan petangnya terus ke Jakarta dan bermalam di Jakarta. Pada hari ke empat, shopping di bandung dan bertolak ke Jakarta. Hari terakhir, shopping di Mangga Dua sebelum bertolak pulang.
Bandung Adventure Tour 5d4n
Dirt Bike, 4x4WD, Rafting, Camping, MTB
Anda pengemar pakej lasak ? Ini adalah pakej yang sesuai untuk anda ! Alami pengalaman aktiviti lasak dengan Dirt Bike, 4x4, Rafting, Camping dan Mountain Bike (MTB). Selain aktiviti lasak, tidak lupa juga acara lawatan ke tempat menarik dan membeli-belah. Aktiviti selama 5H4M ini pasti dapat memberikan pengalaman yang menyeronokan. Jom melepaskan penat-lelah berkerja sepanjang hari dengan pakej ini..
Trans Java Tour 9D8N
Menjelajah Pulau Jawa dengan pakej Trans Java Tour 9D8N. Anda akan dibawa melawati Jakarta, Bandung, Pekalongan, Semarang, Jogjakarta:, Gunung Merapi, Probolingo, Bromo, Batu dan Surabaya. Dengan pakej ini, anda dapat meneroka Pulau Jawa dan pulang dengan kenangan yang manis.