Pulau Perhentian
Pulau Perhentian - Flora Bay Resort 3H2M
Pulau Perhentian - Flora Bay Resort 3H2M merupakan pakej yang ideal. Kita akan menaiki bot dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian. Hari pertama dengan aktiviti snorkeling dan acara bebas dengan aktiviti santai..
Pulau Perhentian - Pengenalan
Pulau Perhentian terletak 21km dari pantai Terengganu (Kuala Besut) yang terdiri daripada Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Ianya dikelilingi oleh hutan yang bersih dengan pasir yang memutih dan air laut yang biru.
Pulau Perhentian ini adalah kawasan yang dilindungi di mana ianya adalah merupakan sebahagian daripada kawasan Taman Marine Pulau Redang.
Pulau Perhentian Kecil lebih ramai dikunjungi kerana terdapat lebih banyak pilihan penempatan yang agak murah dan biasanya digemari oleh ‘backpacker’.