Skip to main content

Bandung

Jakarta ke Bandung dengan train

Jakarta ke Bandung dengan train cepat.

Perjalanan keretapi laju Jakarta ke Bandung hanya mengambil masa 45 minit. Berbanding jika mengunakan kenderaan yang mengambil masa sekitar 3 jam. Itu pun jika keadaan jalan tidak sesak. Jika anda mahu cepat ke Bandung, maka bolehlah anda mencubanya. Harga tiket kelas kedua sehala sekitar RM70 atau sekitar Rp250,00. manakala harga tiket kelas vip ialah sekitar RM105 atau Rp350,000 .

Pakej Bandung 5 hari 4 malam

Jika anda mahu lawatan yang santai, pakej Bandung 5 hari/4 malam adalah sesuai kerana anda mempunyai banyak masa. Harga pakej adalah full board - termasuk makan, tiket kemasukan, tipping pemandu / pemandu pelancong dan sebaginya. Tiada apa-apa lagi kos tambahan yang perlu anda keluarkan. Itinerary dibawah adalah itinerary yang standard. Walaubagaimanapun itinerary tersebut boleh diubah mengikut keperluan anda.

Tags

Pakej Jakarta+Puncak+Bandung: 4 Hari/3 Malam

Pada hari pertama sampai, terus ke Puncak dan bermalam di Puncak. Hari kedua, terus ke Bandung dan melawat Kawah Putih seta membeli-belah di Factory Outlet di sekitar Jln Riau, Jln Setiabudhi & Toko Tiga. Hari ketiga, shopping di Pasar Baru dan Jalan Cibaduyut dan petangnya terus ke Jakarta dan bermalam di Jakarta. Hari terakhir, sempat jalan-jalan di Kota Jakarta dan shopping di Mangga Dua sebelum bertolak pulang.