Skip to main content

Jakarta ke Bandung dengan train cepat

Perjalanan keretapi laju Jakarta ke Bandung hanya mengambil masa 45 minit. Berbanding jika mengunakan kenderaan yang mengambil masa sekitar 3 jam. Itu pun jika keadaan jalan tidak sesak. Jika anda mahu cepat ke Bandung, maka bolehlah anda mencubanya. Harga tiket kelas kedua sehala sekitar RM70 atau sekitar Rp250,00. manakala harga tiket kelas vip ialah sekitar RM105 atau Rp350,000 .

Projek ini dibina pada tahun 2016 dan siap sepenunya pada 2023. Kereta api ini telah diubah suai untuk iklim tropika dan dilengkapi dengan sistem keselamatan yang boleh bertindak balas terhadap gempa bumi, banjir dan keadaan kecemasan lain.

Jarak perjalanan keretapi laju Jakarta - Bandung ini sekitar 143 km dan kelajuannya boleh mencapai 350 KM / jam. Dengan adanya keretapi laju ini, menjadikan Indonesia merupakan negara Asia Tenggara pertama yang mempunyai keretapi laju. Ianya dibina oleh perusahan China.

Keretapi laju ini di kenali sebagai Jakarta-Bandung high speed railway,  ianya mempunyai lapan gerak sepanjang 209 meter dan mempunyai kapasiti membawa sehingga 601 orang penumpang pada satu-satu masa. 

Penumpang yang mahu pergi ke Bandung perlu menaiki kereta api pengantara. Dari stesen Padalarang yang akan mengambil masa 20 minit, dengan anggaran kos kira-kira Rm1.50 atau Rp50,000.

Jika anda mengunakan pakej kami untuk ke Bandung, kami boleh aturkan tiket keretapi laju ini untuk anda. Ianya akan menjimatkan masa perjalanan sambil mengalami pengalaman. 

Jadual perjalanan: Halim - Tegalluar (Jakarta - Bandung)

No Train

Stesen Halim
(Jakarta)

Stesen Tegalluar
(Bandung)

G1207

06:15

07:01

G1209  

06:40

07:26

G1213

07:30

08:16

G1215

07:55

08:41

G1219

08:45

09:31

G1223

09:45

10:31

G1223

09:45

10:31

G1225

10:20

11:05

G1227

10:55 

11:41

G1228

12:00

12:46

G1231

13:00

12:46

G1233

14:00

14:46

G1235

15:00

15:46

G1237

15:35

16:21

G1239

16:10

16:56

G1241

16:45 

17:31

G1245

17:35

18:21

G1249

18:25

19:11

G1251

18:50

19:36

G1255

19:40

20:26

G1259 

20:30

21:16

 

Jadual perjalanan: Tegalluar - Halim (Bandung - Jakarta)

No Train

Stesen Tegalluar
(Bandung)

Stesen Halim
(Jakarta)

G1208

06:15

07:01

G1210

06:40

07:26

G1214

07:30

08:16

G1218

08:20

09:06

G1220

08:45

09:31

G1224

09:47

10:33

G1226

10:20

11:06

G1228

10:55

11:41

G1230

12:00

12:46

G1232

13:02

14:48

G1234

14:00

14:46

G1236

15:02

15:48

G1238

15;35

16:21

G1240

16;10

16:35

G1242

16:45

17:31

G1246

17:35

18:21

G1250

18:25

19:11

G1256

19:40

20:26

1260

20:30

21:16

Info yang mungkin anda perlu tahu:

  • Tiket dalam talian paling awal boleh ditempah ialah 8 hari awal dari tarikh perjalanan
  • Boarding atau pemeriksaan tiket dibuka paling cepat 30 menit sebelum jadual keberangkatan dan ditutup 5 menit sebelum jadual keberangkatan
  • Penumpang wajib memasukkan Tiket Fisikal atau mengimbas (scan) QR Code Tiket dari Aplikasi ke gate boarding sesuai dengan jadual dan waktu yang ditentukan
  • Setiap penumpang wajib menggunakan Tiket Fisikal atau QR Code tiketnya masing-masing

Penafian

Jadual dan info di atas adalah sebagai panduan semata-mata dan dan mungkin ada info-info yang kurang lengkap. Anda hendaklah merujuk kepada sumber yang sah untuk mendaptkan maklumat yang tepat dan terkini. Anda boleh rujuk pautan berikut: Semak jadual | Booking tiket


Pautan: Pakej lawatan ke Bandung

Category