Travel insurance
Travel insurance merupakan perkara yang penting jika anda travel. Dengan Travel insurance, anda mendapat perlindungan jika ada apa-apa musibah yang berlaku.
Melancong memang seronok tetapi jika apa-apa musibah berlaku, ianya menimbulkan masalah yang besar jika tidak mempunyai sebarang polisi perlindungan.
Oleh itu, keluarkan sedikit kos untuk membeli polisi insuran / takaful perjalanan kerana ianya sangat-sangat penting. Anda mampu membeli pakej travel, oleh itu anda mestilah terlebih mampu untuk membeli Travel insurance. Ada benda yang kita boleh berjimat - tetapi tidak untuk polisi perlindungan perjalanan (mesti beli) !
Bila anda hendak membeli polisi perlindungan perjalanan, ada satu perkara penting yang anda perlu tahu iaitu adakah ianya 'Reimbursement' atau 'Cashless'
Reimbursement bermaksud: Anda bayar dahulu dan kemudiannya membuat tuntutatan dengan pihak insuran atau takaful anda.
Cashless pula bermaksud: Anda tidak perlu membayar dahulu kerana pihak insuran atau takaful anda akan mengeluarkan Guarantee Letter / Surat Jaminan kepada pihak hospital. Nota: Ada sesetengah syarikat insuran / Takaful mempunyai terma - seperti kos RM3,000 ke bawah mesti bibayar sendiri dahulu dan boleh claim kemudian.
Sebolehnya anda patut memilih insuran / takaful yang berkonsepkaan 'Cashless'. Tidak guna membeli polisi yang murah sekiranya ianya tetap membebankan anda sekiranya berlaku musibah.
Sebagai contoh: Jika berlaku kemalangan dan dimasukan ke hospital dan memerlukan perbelanjaan berpuluh ribu ringgit misalnya..kalaulah polisi anda itu berkonsepkan 'Reimbursement' bermakna anda perlu mengeluarkan dulu beribu-rubu ringgit dan selepas itu baru membuat tuntutan dengan pihak insuran / takaful anda.
Manakala dengan polisi yang berkosepkan 'Cashless' anda mendapat ketenangan kerana syarikat insuran / takaful anda akan mengeluarkan Guarantee Letter / Surat Jaminan.
Kami di kembara Murni Travel juga ada membuat pakej polisi perlindungan perjalanan (melalui syarikat kami yang beraasingan iaitu Agensi Zaman)
Pakej Travel insurance kami ialah berkonsepkan 'Cashless' dengan Etiqa Takaful & Takaful Ikhlas
Berikut adalah ringkasan manfaat
- Pampasan Kematian / hilang upaya kekal
- Perbelanjaan berkaitan perubatan
- Kesulitan perjalanan
- Pembatalan perjalanan
- Pemendekan perjalanan
- Kelewatan perjalanan
- Kelewatan bagasi
- Terlepas sambungan perjalanan
- Kesulitan akibat rampasan
- Kehilangan / kerosakan bagasi, barangan peribadi, wang peribadi, dokumen perjalanan
- Bagasi dan atau barangan peribadi
- Wang peribadi
- Dokumen perjalanan
- Liabiliti peribadi
- Perkhidmatan kecemasan
- Pemindahan perubatan kecemasan & penghantaran pulang
- Penghantaran pulang & pengebumian jenazah
Jumlah perlindungan setiap manfaat di atas berbeza mengikut jenis pelan atau jenis pakej.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi kami di bawah