10H7M Eropah Barat 4 negara
Category
10H7M Eropah Barat 4 negara - Atucara Lawatan
London - Amsterdam - Brussels - Paris
HARI 1: KUALA LUMPUR - DUBAI (TRANSIT) - LONDON (MDK)
Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke London melalui Dubai. Transit di Dubai sekitar empat jam sebelum terbang ke London.
HARI 2: LONDON (SP/MM)
Setiba di London, peserta akan dijemput oleh pemandu pelancong dan memulakan lawatan ke Buckingham Palace. Istana ini merupakan salah satu kediaman dan pejabat utama bagi Ratu Elizabeth II, ianya dibina pada tahun 1703. Anda berpeluang untuk menyaksikan upacara pertukaran pengawal, tradisi yang bermula pada tahun 1689. Selepas itu, lawatan diteruskan ke London City Hall untuk melawat kawasan sekitar seperti Tower Bridge, jambatan yang telah menjadi ikon London dan Tower of London, istana berusia 900 tahun yang mengekalkan banyak sejarah yang telah diubah sebagai muzium, kediaman rasmi keluarga diraja, berek tentera dan juga penjara yang terletak di tebing Sungai Thames. Lawatan diteruskan ke Westminster, Dewan Parlimen, Trafalgar Squre dan Downing Street. Aktiviti bebas di Oxford Street. Anda juga boleh berjalan-jalan di Hyde Park sebelum bertolak ke Harwich untuk menaiki Feri Stena Line. Daftar masuk hotel dan bermalam di London
HARI 3: LONDON (SP)
Sarapan di hotel dan aktiviti bebas meneroka Kota London. Bemalam di London.
HARI 4: LONDON – FRANCE - AMSTERDAM (SP/MM)
Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Perserta akan di bawa ke France melaui Euro Tunnel/Ferry daripada London. Setiba di France perserta meneruskan lawatan ke Amsterdam dan daftar masuk hotel. Makan malam akan dibungkus dan bermalam di Amsterdam.
HARI 5: AMSTERDAM (SP/MM)
Sarapan pagi di Hotel dan peserta akan dibawa melawat Giethoorn, yang juga dikenali sebagai “Venice of the Netherlands”, kampung yang diasaskan sekitar tahun 1230 ini langsung tidak mempunyai jalan raya atau pengangkutan moden, hanya tali air, terusan dan memiliki 176 jambatan. Lawatan diteruskan ke Zaanse Schans yang merupakan perkampungan kincir angin yang terletak di Zaandam, berhampiran Amsterdam yang wujud sejak abad ke-18 dan menjadi simbol Belanda. Anda juga boleh lihat pembuatan keju dan terompah/kasut kayu. Solat di Islamic Faith Foundation sebelum meneruskan lawatan ke Damrak Square dan aktiviti bebas sebelum kembali ke hotel dan bermalam. Makan malam akan di bungkus ke hotel.
HARI 6: AMSTERDAM – BRUSSEL (SP/MM)
Sarapan pagi dan bertolak ke Brussels. Peserta dibawa melawat ke Atomium untuk bergambar, Atomium dibina pada tahun 1958 untuk ekspo dunia dan kini ianya dijadikan sebagai salah satu muzium di Brussels dan dikenali sebagai salah satu struktur unik telah dibina dalam sejarah. Lawatan diteruskan ke dataran Brussels di mana peserta akan dibawa melawat Grand Palace; Manneken Pis dan Hard Rock Café Belgium. Peserta boleh mencuba dan membeli Coklat Belgium dan Belgium Waffles yang terkenal disini. Menuju ke hotel dan bermalam di Brussel. Makan malam akan dibungkus ke hotel.
HARI 7: BRUSSEL – PARIS (SP/MM)
Sarapan pagi di hotel dan daftar kluar hotel. Bertolak ke Paris dan berhenti untuk bergambar di Arc De Triomphe, Eifel Towel. Solat zuhur di Grand Mosque De Paris. Lawatan diteruskan ke Champ Elysées, Musée du Louvre, Notre Dame. Aktiviti bebas sebelum kembali ke hotel untuk bermalam. Makan malam akan di bungkus ke hotel.
HARI 8: PARIS (SP)
Sarapan pagi dan aktiviti bebas. Yang mane pelanggan berpeluang mengalami pengalaman meneroka kota paris dengan menggunakan pengangkutan awam. Cadangan lawatan – Paris Disney Land yang mane buka sehingga jam 1200am sempene Christmas.
Lawatan tambahan pilihan : Disneyland Paris 1 Day Pass : MYR 550
HARI 9: PARIS - DUBAI - KUALA LUMPUR (SP/MDK)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Menuju ke Galleries la Fayette (boxing day) yang mana kepelbagaian diskaun sehingga 80%. Setelah itu meneruskan perjalanan ke Airport Paris bagi penerbangan pulang ke Malaysia.
HARI 10: DUBAI (TRANSIT) – KUALA LUMPUR (MDK)
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
**Jadual perjalanan boleh dipinda oleh pemandu pelancong kerana keadaan yang tidak dijangka tetapi tempat untuk dilawati tetap sama**
TERMASUK:-
- Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi termasuk surcaj dan semua cukai penerbangan
- Sehala 30 kg bagasi setiap orang dan 7 kg bagasi kabin
- 3* hotel atau setaraf
- Cukai bandar di London, Paris, Brussels dan Amsterdam
- Bas ulang-alik berhawa dingin dan selesa untuk pengangkutan
- Tipping untuk pemandu pelancong dan pemandu bas
- Diiringi oleh ketua pelancong yang terlatih dan profesional dari Muslimtravelbug Sdn. Bhd
- Makanan Halal di restauran/di bungkus
TIDAK TERMASUK:-
- Insurans perjalanan
- Bayaran masuk untuk tempat lawatan: Amsterdam Canal Cruise, Paris River Cruise dan Menara Eiffel (tingkat 2)
- Surcaj tambahan untuk masa perayaan, tempoh puncak dan cuti sekolah (jika berkenaan)
- Perkhidmatan tambahan di hotel seperti dobi, snek, bar mini dan perkhidmatan porter jika tidak disediakan
- Makan tengah hari, minuman, tiket masuk ke tempat lawatan dan lawatan selain daripada yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
- Caj tambahan untuk kapasiti membawa bagasi berlebihan
- Ujian PCR, RTK COVID apabila perlu
- Selain daripada yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.
NOTA: -
- Jadual penerbangan atau jadual akhir mungkin berubah tanpa notis awal. Sebarang perubahan pada penerbangan bergantung kepada jadual penerbangan pada tempoh tersebut.
- Dapatkan nasihat kami terlebih dahulu sebelum anda membeli sebarang tiket penerbangan domestik.
- Sila hubungi pejabat untuk pengesahan tempat duduk sebelum membuat tempahan.
NOTA PENTING: -
- Negara-negara Eropah mengamalkan pengangkutan yang ketat, peraturan dan peraturan keselamatan jalan raya. Semua bas dan koc dilengkapi dengan peranti tacking GPS dan kelajuan maksimum dihadkan secara elektronik kepada 100km/j. Kelajuan maksimum ini akan kekal walaupun semasa memandu menuruni bukit.
- Mengikut undang-undang, pemandu dikehendaki berehat selama ½ jam selepas 2 jam memandu ATAU berehat selama 1 jam selepas 4 jam memandu. Pemandu mesti mematikan enjin dan berehat dalam tempoh ini dan semua butiran ini direkodkan dalam sistem elektronik jurulatih. Kompaun sehingga EUR2,000 akan dikenakan jika pemandu gagal mematuhi peraturan ini.
- Masa memandu maksimum setiap hari ialah 9-10 jam sahaja. Selepas tempoh ini tamat, koc tidak dibenarkan melakukan perjalanan untuk hari tersebut.
- Oleh itu, ianya SANGAT PENTING agar setiap ahli kumpulan mematuhi masa lawatan bagi memastikan perjalanan dapat berjalan dengan lancar.
- Tiada hotel di negara Eropah yang menghidangkan 100% sarapan halal. Daging seperti bacon dan daging lembu akan dihidangkan dalam bufet sarapan pagi. Sila elakkan sebarang produk daging semasa mengambil sarapan pagi anda. Roti, telur rebus dan bijirin ok untuk dimakan.
POLISI / TERMA:-
- Jenis dan pilihan Hotel tertakluk kepada perubahan semasa dan boleh digantikan dengan hotel setaraf.
- Harga tertakluk kepada perubanan harga semasa pada cuti umum, sebarang kenaikan adalah diluar jangkaan syarikat dan ia haruslah ditanggung oleh peserta.
- Harga tertakluk kepada perubahan semasa pertukaran wang asing tanpa makluman awal dan MTB tidak akan menanggung sebarang pembayaran tambahan.
- Tiada pemulangan wang jika program lawatan yang tidak digunakan oleh peserta.
- Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku kemalangan oleh peserta di atas kecuaian sendiri semasa perjalanan. Kami menasihati semua peserta untuk membeli insuran perjalanan untuk melindungi anda sepanjang perjalanan.
- Kami adalah syarikat yang yang bertindak mewakili pelanggan untuk pembelian tiket penerbangan serta pengurusan pakej di destinasi anda. Sebarang perubahan disebabkan perubahan jadual perjalanan (cuaca,cuti umum dll) ataupun perubahan jadual penerbangan adalah diluar bidang kuasa kami.
- Bayaran deposit yang terima bermaksud anda telah bersetuju dengan terma & syarat serta memahami polisi syarikat untuk pakej pelancongan anda.
TERMA PEMBAYARAN:-
- Bayaran untuk pengesahan tempahan - RM 1,000 (non refundable) setiap orang.
- Bayaran PENUH perlu dibayar 45 hari SEBELUM tarikh berlepas.
- Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kenaikan harga untuk pakej pelancongan kerana lewat pembayaran penuh.
- Sila rujuk versi penuh terma dan syarat di laman web kami.