6H4M Ski Musim Sejuk Korea
Category
6H4M Ski Musim Sejuk Korea - Atucara Lawatan
HARI 1: KLIA 2 - SEOUL
Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA (2) dan taklimat ringkas berkenaan perjalanan akan diberikan sebelum berangkat. Selepas itu, para peserta akan terus daftar masuk bagasi dan ke pintu perlepasan untuk penerbangan ke Seoul.
HARI 2: SEOUL - PULAU NAMI - GANGCHON (SKI RESORT) (MT/MM)
Tiba di lapangan terbang Incheon dan berjumpa dengan pemandu pelancong. Bertolak ke Chuncheon (2 jam perjalanan), melawat Pulau Nami yang terkenal dengan filem Winter Sonata lengkap pengalaman menaiki feri. Makan tenghari. Kemudian bertolak ke Pusat Peranginan Elysian Gangchon Ski Resort untuk merasai pengalaman bermain ski (Tidak termasuk peralatan ski). Makan malam di restoran berdekatan dan daftar masuk hotel .
HARI 3 : GANGNAM - ITEAWON - HONGDAE(SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan lawatan dimulakan dengan aktiviti membeli belah di salah satu pusat membeli belah local (Gangnam Underground Shopping). Kemudian anda akan melawat Starfield Library di Coex Mall dimana perpustakaan ini menjadi viral dan menjadi salah satu tempat wajib dilawati sekiranya anda ke Gangnam. Solat Zohor di Masjid Iteawon & aktiviti bebas di Iteawon Street dan makan tengahari. Kemudian anda akan melawat Hongdae Shopping Street yang menjadi Kawasan orang muda Korea untuk aktiviti seperti membeli belah, tarian/nyanyian kpop di jalanan serta berkumpul sesame rakan. Makan malam dan Kembali ke hotel di Seoul/Incheon.
HARI 4 : SEOUL - DONGDAEMUN(SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan bergerak ke Gyeongbuk Palace Dan National Folk Museum. (optional : bersiar-siar dengan pakaian hanbok di Istana). Selepas itu, hayati sejarah perkampungan korea di Bukchon Hanok Village dan seterusnya melawat Lorong Antik & seni di Insadong Street. Makan tenghari. Singgah sebentar di Local Supermarket dan seterusnya aktiviti membeli belah di salah satu pusat barangan korea lokal iaitu Dongdaemun Market. Makan malam dan Kembali ke hotel di Seoul/Incheon.
HARI 5 : SEOUL - NAMEDAEMUN - MYEONGDONG (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan seterusnya lawati Kimchi School & Seaweed Museum untuk pengalaman membuat Kimchi & pengalaman menggunakan pakaian hanbok percuma. Seterusnya membeli belah di Kedai Kosmetik Dan Duty Free. Makan tengahari dan anda akan diberi masa aktiviti bebas di Namdaemun Market yang merupakan salah satu market tertua di Korea dan Myeongdong Shopping Street iaitu kawasan shopping terbesar di Korea. Makan malam dan Kembali ke hotel di Seoul/Incheon.
HARI 6: SEOUL - KUALA LUMPUR
Bertolak pada awal pagi ke Incheon International Airport untuk penerbangan pagi kembali ke Lapangan Terbang KLIA (2), Malaysia.
**SP: SARAPAN PAGI MT: MAKAN TENGAH HARI MM: MAKAN MALAM**
**Aturcara boleh dipinda kerana keadaan yang tidak dijangka tetapi tempat untuk dikunjungi tetap sama**
PENGINAPAN:-
Hotel di Seoul : Incheon / Gyeonggi 3*, Hotel Samwon Plaza, Hotel Yeongjong , Hotel Grand Palace atau setaraf (Double/Twin/Triple)
TERMASUK:-
- Penerbangan Terus: Airasia D7 (bagasi 20kg)
- Penginapan Hotel 3 Bintang di Seoul.
- Pengambilan di Lapangan Terbang & Pemindahan ke Lapangan Terbang.
- Pengangkutan Peribadi (Bas Selesa dengan Air-Cond).
- Upah Pemandu Pelancong (Tippings)
- Bayaran Masuk seperti dalam Jadual Perjalanan.
- Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam Jadual Perjalanan.
- Yuran Visa K-ETA– bagi pemohonan kali pertama
TIDAK TERMASUK:-
- Makanan sewaktu dalam kapal terbang.
- Sewaan Ski (Aktiviti pilihan: Sewa Peralatan permainan ski USD35/pax dan but ski USD15/pax).
- Perbelanjaan yang bersifat peribadi, seperti minuman, cenderahati, panggilan telefon, dobi, dsb.
- Insurans perjalanan.
- Urusan visa untuk bukan warganegara Malaysia.
- Visa K-ETA (RM70/pax) – bagi pemohonan kedua dan seterusnya.
NOTA:-
- Jadual penerbangan atau jadual akhir mungkin berubah tanpa notis awal. Sebarang perubahan pada penerbangan bergantung kepada jadual penerbangan pada tempoh tersebut.
- Dapatkan nasihat kami terlebih dahulu sebelum anda membeli sebarang tiket penerbangan domestik.
- Sila hubungi pejabat untuk pengesahan tempat duduk sebelum membuat tempahan.
- Makan tengah hari dan makan malam akan dihidangkan di Restoran Halal atau restoran mesra Muslim. Restoran-restoran ini sentiasa dipantau oleh Persekutuan Muslim Korea (KMF). Restoran-restoran ini menyajikan hidangan halal atau mendapatkan bahan mentah di pasar/tempat penyembelihan halal. Tiada restoran, termasuk restoran makanan laut menggunakan alkohol dalam proses penyediaan makanan.
- Pendaftaran K-ETA adalah salah satu KEWAJIPAN kemasukkan ke korea. Pihak syarikat boleh bantu membuat pendaftaran namun kos bagi pemohonan pertama akan ditangung dan bagi pemohonan seterusnya tidak termasuk harga pakej dan keputusan kelulusan adalah diatas bidang kuasa pihak immigresen Korea.
- Dokumen hard copy yang diperlukan sebelum ke Korea adalah;-
- Bukti vaksinasi lengkap 3 dos daripada mysejahtera
- Q-code (borang penilaian kesihatan, akan diisi setelah anda lulus K-ETA dan 3 hari sebelum berlepas)
- Sebarang perubahan polisi daripada pihak Korea adalah diluar bidang kuasa kami. Pelanggan yang bersetuju membuat bayaran deposit bermaksud bersetuju dan faham dengan sebarang risiko percutian yang dipilih
POLISI / TERMA: -
- Jenis dan pilihan Hotel tertakluk kepada perubahan semasa dan boleh digantikan dengan hotel setaraf.
- Harga tertakluk kepada perubanan harga semasa pada cuti umum, sebarang kenaikan adalah diluar jangkaan syarikat dan ia haruslah ditanggung oleh peserta.
- Harga tertakluk kepada perubahan semasa pertukaran wang asing tanpa makluman awal dan kami tidak akan menanggung sebarang pembayaran tambahan.
- Tiada pemulangan wang jika program lawatan yang tidak digunakan oleh peserta.
- Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku kemalangan oleh peserta di atas kecuaian sendiri semasa perjalanan.
- Kami menasihati semua peserta untuk membeli insuran / takaful perjalanan untuk melindungi anda sepanjang perjalanan (Boleh ambil dengan kami: ETIQA TAKAFUL)
- Kami adalah syarikat yang yang bertindak mewakili pelanggan untuk pembelian tiket penerbangan serta pengurusan pakej di destinasi anda. Sebarang perubahan disebabkan perubahan jadual perjalanan (cuaca,cuti umum dll) ataupun perubahan jadual penerbangan adalah diluar bidang kuasa kami.
- Bayaran deposit yang terima bermaksud anda telah bersetuju dengan terma & syarat serta memahami polisi syarikat untuk pakej pelancongan anda.
POLISI PEMBAYARAN:-
- Bayaran pendahuluan RM500/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
- Bayaran penuh harus lah dibuat 45 hari sebelum penerbangan perjalanan anda.
- Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej diatas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.
- Mohon untuk merujuk versi penuh Terma & syarat di laman sesawang kami.