6H5M Terokai Dubai + Abu Dhabi 2023
HARI 1: KUALA LUMPUR - DUBAI (DXB) (MM)
Berkumpul di KLIA untuk perlepasan. Tiba di Dubai International Airport (DXB) untuk berjumpa dengan wakil tour leader di sana.
Para tetamu akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk pada waktu tengah hari. Disebelah petang, tetamu akan berpeluang menaiki Dhowcruise di jeti Dubai Marina sambil menikmati hidangan makan malam selama 2 jam perjalanan.
Perjalanan cruise akan melalui kawasan Dubai Marina Mall, Palm Jumeirah, Atlantis Hotel dan Burj Al Arab iaitu bangunan pencakar langit yang tertinggi di dunia.
Di dalam cruise, para tetamu akan disajikan dengan pemandangan yang memukau pada waktu sebelah malam di mana terdapat pilihan dek atas open-air dan dek bawah berhawa dingin sepenuhnya. Tetamu akan diberi minuman seperti soft drinks, house beverage, teh dan kopi yang unlimited sepanjang perjalanan di atas cruise. Kelengkapan yang disediakan di atas cruise juga sangat selesa dan lengkap dengan fasiliti seperti tandas. Peserta kemudian akan pulang semula ke hotel untuk beristirehat.
HARI 2: LAWATAN KE BANDAR DUBAI SEPANJANG HARI (SP/MT/MM)
Sarapan di hotel. Lawatan pertama pada hari kedua ialah peserta akan melalui Kawasan Dubai Creek. Dubai creek ialah kawasan di persisiran sungai yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri. Peserta akan dibawa ke dua kawasan yang berbeza di Dubai iaitu dari sisi tradisional dan pemodenan. Seterusnya, peserta akan melawati Gold Souk dan Spice Souk di mana ia adalah pasar yang menjual emas dan rempah. Peserta juga berpeluang untuk melawati Jumeirah Mosque dan Jumeirah Beach yang berdekatan dengan kawasan yang sama. Seterusnya, peserta akan diberi peluang seketika untuk mengambil gambar di Burj Al Arab, Museum of the Future, Souk Madinat Jumeirah, Madinat Jumeirah Al Qasr dan Atlantis Hotel. Di samping itu, tetamu akan melewati kawasan JBR Walk yang dipenuhi dengan kedai-kedai untuk membeli belah, Palm Jumeirah Island dan Dubai Marina. Kemudian, peserta akan makan malam dan pulang semula ke hotel untuk berehat.
HARI 3: SAFARI PADANG PASIR DENGAN MAKAN MALAM & HIBURAN (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Pada waktu petang, peserta akan dijemput dari hotel dan merasai menaiki pacuan 4 roda ke Padang Pasir Arab. Perjalanan ke sana akan lebih teruja kerana peserta akan melalui bukit pasir yang tinggi. Kemudian, peserta berpeluang untuk melihat matahari terbenam dari puncak padang pasir dan terus pergi ke Bedouin Campsite yang terletak ditengah tengah padang pasir. Di sini, terdapat Henna painting, aktiviti meluncur papan pasir, merasai pengalaman menunggang unta, buffet makan malam, minuman unlimited, makanan arab seperti shawarma dan roti arab untuk peserta menikmati. Jika berpeluang, peserta akan disajikan dengan pertunjukan Belly Dance, Tarian Tradisional Tanoura dan Pertunjukkan Api di sini sambil berfoto dengan mengenakan pakaian tradisional orang Arab. Peserta akan pulang ke hotel semula.
HARI 4: LAWATAN KE BANDAR ABU DHABI SEPANJANG HARI (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dijemput dari hotel dan pergi ke bandar Abu Dhabi. Perjalanan akan memakan masa selama 1 jam 30 minit dari Dubai. Tetamu akan melawat Masjid Sheikh Zayed Abu Dhabi, Pasar Abu Dhabi yang terkenal, Kampung Warisan, Marina Mall of Abu Dhabi, Pasar Karpet, Pasar Kurma. Kemudian, peserta akan melalui kawasan Pusat Pameran Kebangsaan, Menara Condong Abu Dhabi, Corniche Abu Dhabi, Pulau Yas dan Pulau Saadiyat. Peserta juga akan singgah sebentar di Emirates Palace Hotel dan Qasr Al Watan untuk mengambil gambar. Makan malam dan pulang ke hotel.
HARI 5: AKTIVITI BEBAS DI DUBAI (SP)
Sarapan pagi di hotel. Kemudian, peserta diberi peluang dan pilihan sendiri untuk melakukan aktiviti bebas di Dubai.
HARI 6: DUBAI – KUALA LUMPUR (KUL)
Peserta akan berkumpul untuk daftar keluar hotel dan bergerak ke Dubai International Airport (DXB) untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Maklumat Tambahan : SP (Sarapan Pagi), MT (Makan Tengah Hari), MM (Makan Malam)
PAKEJ TERMASUK:-
- Tiket penerbangan by Emirates
- 5 malam di hotel 4* atau setaraf beserta sarapan pagi antarabangsa
- Makanan halal atau makanan mesra muslim seperti yang dinyatakan dalam aturcara
- Bayaran masuk tempat kunjungan seperti dalam aturcara:
◦ Lawatan ke bandar Dubai
◦ Dhow cruise Marina termasuk hiburan
◦ Safari di padang pasir dengan makan malam & hiburan
◦ Lawatan ke bandar Abu Dhabi termasuk lawatan ke Qasr Al Watan - Pengangkutan peribadi (Bas berhawa dingin yang selesa)
- Pemandu pelancong tempatan yang terlatih dan professional
- Tip pemandu pelancong
PAKEJ TIDAK TERMASUK:-
- Insuran perjalanan atau hal berkaitan covid-19: BOleh ambil dengan kami - Etiqa Takaful
- Surcaj tambahan pada waktu perayaan, waktu puncak dan cuti sekolah (jika berkenaan)
- Perkhidmatan tambahan di hotel seperti dobi, makanan ringan, bar mini dan perkhidmatan porter jika tidak disediakan
- Bayaran tambahan untuk kapasiti bagasi yang berlebihan
- Lain-lain daripada yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.
NOTA: -
- VISA - untuk destinasi Dunai: Tidak memerlukan Visa
- Jadual penerbangan atau jadual akhir mungkin berubah tanpa notis awal. Sebarang perubahan pada penerbangan bergantung kepada jadual penerbangan pada tempoh tersebut.
- Dapatkan nasihat kami terlebih dahulu sebelum anda membeli sebarang tiket penerbangan domestik.
- Sila hubungi pejabat untuk pengesahan tempat duduk sebelum membuat tempahan.
POLISI / TERMA:-
- Jenis dan pilihan Hotel tertakluk kepada perubahan semasa dan boleh digantikan dengan hotel setaraf.
- Harga tertakluk kepada perubanan harga semasa pada cuti umum, sebarang kenaikan adalah diluar jangkaan syarikat dan ia haruslah ditanggung oleh peserta.
- Harga tertakluk kepada perubahan semasa pertukaran wang asing tanpa makluman awal dan MTB tidak akan menanggung sebarang pembayaran tambahan.
- Tiada pemulangan wang jika program lawatan yang tidak digunakan oleh peserta.
- Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku kemalangan oleh peserta di atas kecuaian sendiri semasa perjalanan.
- Kami menasihati semua peserta untuk membeli insuran perjalanan untuk melindungi anda sepanjang perjalanan.
- kami adalah syarikat yang yang bertindak mewakili pelanggan untuk pembelian tiket penerbangan serta pengurusan pakej di destinasi anda. Sebarang perubahan disebabkan perubahan jadual perjalanan (cuaca,cuti umum dll) ataupun perubahan jadual penerbangan adalah diluar bidang kuasa kami.
- Bayaran deposit yang terima bermaksud anda telah bersetuju dengan terma & syarat serta memahami polisi syarikat untuk pakej pelancongan anda.
POLISI PEMBAYARAN:-
- Bayaran pendahuluan RM1,000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
- Bayaran penuh harus lah dibuat 45 hari sebelum penerbangan perjalanan anda.
- Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej diatas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.
Dokumen yang diperlukan untuk membuat booking:
- Salinan muka depan passport
- Bayaran deposit RM1,000 seorang (jika tarikh bertolak lebih dari 45 hari). Jika tarikh bertolak di dalam masa 45 hari dari tarikh booking - bayaran penuh diperlukan
- Log in to post comments