8H6M Kashmir & Taj Mahal
Category
8H6M Kashmir & Taj Mahal - Atucara Lawatan
8H6M Kashmir & Taj Mahal merupakan pakej yang menarik. Selain melawat Kashmir dengan pemandangan yang memukau, anda juga dibawa melawat ikon bersejarah iaitu Taj Mahal. Pastinya pakej ini akan memberikan kenangan yang indah untuk anda!
DAY 1: KUALA LUMPUR – DELHI (MM)
Berkumpul 4 jam sebelum berlepas di lapangan terbang KLIA dan semua peserta akan diberi taklimat berkenaan perjalanan ke India oleh wakil ketua rombongan syarikat kami. Daftar masuk penerbangan dan berlepas dari KLIA sehingga selamat sampai di Delhi, India. Setiba di lapangan terbang New Delhi, anda akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Makan malam dan bermalam di hotel.
DAY 2: DELHI – SRINAGAR (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan daftar keluar dari hotel dan terus ke Lapangan Terbang Srinagar untuk menaiki pesawat pada pagi itu. Anda akan menikmati salji yang menutupi gunung-gunung sebelum tiba di Lapangan Terbang Srinagar. Selepas itu, terus ke houseboat dan daftar masuk dan makan tengah hari di lokal restaurant. Setelah makan tengah hari, akan melawat Nishat Garden dan Shalimar Garden. Selepas itu, melawat Kilang Karpet dan membeli belah di kilang karpet, tudung dan cerderahati. Meneruskan perjalanan ke houseboat dan menikmati shikara ride untuk mendapatkan pemandangan matahari terbenam selama 1 jam. Makan malam di houseboats.
DAY 3: SRINAGAR – PAHALGAM – SRINAGAR (SP/MT/MM)
Setelah sarapan pagi di hotel, anda akan ke Pahalgam Enroute melawat the Apple Valley,Apple Orchids, dan menikmati kecantikan Orchids, teruskan perjalanan ke Pahalgam. Setelah tiba di Pahalgam, dan terus ke Beetab Valley (merupakan lembah yang terkenal di filem Bollywood Beetab), melawat The Aru Valley (merupakan lembah yang terkenal dengan permandangan natural dan kampung shepherds). Kemudian, makan tengah hari di lokal restaurant dan kembali ke Srinagar. Makan malam di hotel.
DAY 4: SRINAGAR – GULMARG - SRINAGAR (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel, anda akan meneruskan perjalanan ke Gulmarg – Nestled di Pir Panjal Range, ianya yang terkenal dengan salji yang menutupi gunung-gunung dan pemandangan natural. Setelah tiba di Gulmarg, dan terus ke The Gondola Ride dan menikmati pemandangan yang cantik seperti, pine forest dan salji. Selepas, menaiki The Gondola Ride, anda akan melalukan aktiviti seperti snow bikes, snow skiing, sledging dan pelbagai aktiviti lain (aktiviti tidak termasuk di dalam pakej) boleh juga bayar di kaunter. Selepas seharian di Gulmarg, terus pergi makan tengah hari di The Restaurant. Selepas itu, kembali ke Srinagar dan melawat kedai cenderahati, dan membeli belah, dan terus ke houseboat dan makan malam di hotel.
DAY 5: SRINAGAR – DELHI – ARGA (SP/MT/MM)
Setelah sarapan pagi di hotel, anda akan memulakan perjalanan ke Lapangan Terbang Delhi. Setelah tiba di Delhi terus menikmati makan tengah hari di lokal restaurant. Kemudian, meneruskan perjalanan ke Agra. Seltelah tiba di Agra, mendaftar masuk hotel dan makan malam di hotel.
DAY 6: AGRA – DELHI MINIT (SP/MT/MM)
Pada awal pagi, anda di akan melawat The Taj Mahal untuk mendapatkan pemandangan matahari terbit di waktu pagi. Selepas lawatan ringkas, akan menyediakan masa untuk bergambar di Taj Mahal dan selepas itu kembali semula ke hotel untuk sarapan pagi. Selepas sarapan pagi di hotel, anda di minta daftar keluar hotel dan akan melawat Kilang the Marble dan melihat bagaimana proses marble di buat. Selepas itu akan makan tengah hari di restaurant yang terkenal di The Taj, Selepas makan tengah hari akan bergerak ke Delhi. Selepas sampai di Delhi, anda akan mendaftar masuk hotel dan makan malam di hotel.
DAY 7: AGRA – DELHI – KUALA LUMPUR (B/L)
Setelah sarapan pagi di hotel, anda akan melihat permandangan bandar di India Gate, Presidents Palace dan Jamia Masjid. Kemudian, akan makanan Mughalai dan biryani untuk makan tengah hari. Selepas itu, boleh membeli belah dan terus ke Lapangan Terbang untuk pulang ke Malaysia.
DAY 8: KUALA LUMPUR (MDK)
Tiba di Malaysia bersama kenangan yang terindah semasa lawatan.
POLISI / TERMA:-
- Jenis dan pilihan Hotel tertakluk kepada perubahan semasa dan boleh digantikan dengan hotel setaraf.
- Harga tertakluk kepada perubanan harga semasa pada cuti umum, sebarang kenaikan adalah diluar jangkaan syarikat dan ia haruslah ditanggung oleh peserta
- Harga tertakluk kepada perubahan semasa pertukaran wang asing tanpa makluman awal dan MTB tidak akan menanggung sebarang pembayaran tambahan
- Tiada pemulangan wang jika program lawatan yang tidak digunakan oleh peserta.Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku kemalangan oleh peserta di atas kecuaian sendiri semasa perjalanan. Kami menasihati semua peserta untuk membeli insuran perjalanan untuk melindungi anda sepanjang perjalanan
- Kami adalah syarikat yang yang bertindak mewakili pelanggan untuk pembelian tiket penerbangan serta pengurusan pakej di destinasi anda. Sebarang perubahan disebabkan perubahan jadual perjalanan (cuaca,cuti umum dll) ataupun perubahan jadual penerbangan adalah diluar bidang kuasa kami
- Bayaran deposit yang terima bermaksud anda telah bersetuju dengan terma & syarat serta memahami polisi syarikat untuk pakej pelancongan anda.
TERMASUK:-
- Tiket penerbangan pergi dan balik lengkap luggage
- Hotel 3 / 4 bintang sepanjang perjalanan
- Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa English sepanjang perjalanan.
- Makan mengikut jadual perjalanan
- Shikara ride di Tasik selama 1 jam
- Pergi ke Beetab Valley dan Aru Valley menaiki Jeep di Pahalgam
- Ist Phase Gondola ride di Gulmarg
- Bayaran masuk di Taj Mahal, agra
- Bayaran masuk di Mughal Gardens, Srinagar
- Parking,permit dan patrol untuk kenderaan
- 2 Botol air mineral sehari untuk seorang
- Sufi music dengan tarian
- Makan malam di srinagar (Group Only)
- Tipping pemandu pelancong dan driver
- Visa kemasukkan ke negara India bagi warganegara Malaysia
TIDAK TERMASUK:-
- Perbelanjaan yang bersifat peribadi, seperti minuman, cenderahati, panggilan telefon, dobi, dsb.
- Horse rides & sledging on ice
- Snow bikes
- Insuran perjalanan
POLISI PEMBAYARAN:-
- Bayaran pendahuluan RM500/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
- Bayaran penuh harus lah dibuat 45 hari sebelum penerbangan perjalanan anda.
Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej diatas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.
Lihat HARGA PAKEJ & TARIKH LAWATAN