Skip to main content

Bali Nusa Penida 4H3M

Category

Pakej Bali Nusa Penida 4H3M merupakan seperti pakej Bali yang lain kecuali di dalam pakej ini dimasukan pakej lawatan atau jelalah ke Pulau Nusa Panida.

HARI 01: (MM)
Ketibaan + Uluwatu + Daftar masuk Hotel
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Bali Ngurah Rai, dijemput oleh pemandu kami & terus ke hotel. Lepas itu melawat Kuil Uluwatu. Nikmati makan malam BBQ Seafood di Jimbaran.

HARI 02: (S, MT, MM)
Kintamani + Ladang Kopi + Alas Harum + Ubud
Selepas sarapan pagi, anda akan diperkenalkan dengan pelbagai wajah Bali. Lawatan akan dimulakan dengan kilang Batik di Batubulan, Celuk Silver Smith terus melawat ladang kopi tradisional di kampung Basang Ambu (Kopi Luwak). 

Bufet Makan Tengahari di Kintamani menghadap pemandangan Gunung & Tasik Batur. Pada sebelah petang kami meneroka Alas Harum Tegalalang (Kecualikan Buaian) dan Istana Ubud. Makan malam di Restoran Tempatan

HARI 03: (S, MT, MM)
Jelajah Pulau Nusa Penida
Bermula dari hotel pada jam 06.00 pagi, bertolak ke Pantai Sanur dan bersiap sedia ke seberang pulau dengan menaiki bot. Di Penida kita akan melawati tiga tempat iaitu Pantai pecah, Angels billabong & Pantai Kelingking. Makan tengah hari akan dihidangkan di Restoran Tempatan. Sekitar jam 4 petang kembali ke Sanur dan pindah ke hotel anda. Makan malam di Restoran Padang.

HARI 04: (S)
Sarpan di hotel
Acara bebas
Bertolak ke lapangan terbang untuk berlepas pulang dengan kenangan yang manis dari Bali..

S: Sarapan, MT: makan Tengahari, MM: Makan Malam


TERMASUK:-

  • Pengangkutan AC (Persendirian)
  • 03 Malam menginap di hotel (Twin/Triple Share)
  • Sarapan pagi di hotel
  • Bot Jeti Pulang ke Pulau Nusa Penida (Berkongsi Awam)
  • Tiket Masuk
  • Air mineral 1x semasa lawatan
  • Tisu basah semasa ketibaan
  • Makan Tengahari dan Makan Malam mengikut jadual lawatan (Halal)
  • Pemandu Pelancong
  • 01 Pemandu Pelancong Berbahasa Melayu/Inggeris ( Untuk 4 Orang - Ke Atas sahaja)
  • Cenderahati Bali

TIDAK TERMASUK:-

  • Tiket penerbangan
  • Tip Pemandu
  • Perbelanjaan peribadi

HARGA PAKEJ UNTUK SEORANG

HOTEL/PAX

3*

4*

5*

02-03pax

1,112

1,160

1,357

04-08pax

1,063

1,173

1,308

09pax

997

1,046

1,243


HOTEL:-

  • 3*: Zia Kuta
  • 4*: Solia Legian
  • 5*: Ramayana

Pakej Bali yang lain:


Lokasi Anda