Skip to main content

Johor Bharu-Dabong 3H2M Dengan Keretapi

Category

Johor Bharu-Dabong 3H2M Dengan Keretapi - Atucara Lawatan

Pakej Johor Bharu-Dabong 3H2M Dengan Keretapi merupakan pakej yang menarik di mana anda boleh melawat tempat menarik di Dabong dengan menaiki keretapi dari Johor Bharru. Bertolak  dari JB Sentral pukul 08:25 pagi ke Stesyen Keretapi Gemas dan seterusnya ke Dabong. Di antara tempat-tempat menarik ialah Gua Ikan, Lata Kertas, Sungai Kenerong, Gunung Stong view point dan sebagainya.

Selain dapat meneroka alam semulajadi, anda juga boleh memilih aktiviti pilihan seperti Flying Fox dan ATV santai-santai bersama kawan atau keluarga anda. Pakej ini sesuai kerana ianya tidak mengambil masa yang lama terutamanya jika anda bertolak pada hujung minggu. Untuk makan, kami akan bawa ke tempat makan yang menarik dan anda bayar sendiri (kos makan tidak termasuk di dalam harga pakej). Ini kerana kami ingin memberikan kebebasan anda memilih makanan sesuai dengan kesukaan atau selera anda.

HARI 01: BERTOLAK DARI JB

  • Bergerak dengan Train INTERCITY dari JB Sentral jam 08:25 pagi ke Stesyen Keretapi Gemas
  • Bermalam dalam train

HARI 02: DABONG & AKTIVITI

  • Tiba di Stesyen Keretapi Dabong jam 09:47 pagi
  • Sarapan di Warung tempatan di Dabong
  • Bergerak untuk lawatan, aktiviti:
    • Gua Ikan (melihat keunikan Kompleks Gua Ikan dan bergambar)
    • Lata Kertas (bergambar pemandangan Jeram yang cantik)
    • Sungai Kenerong (mandi sungai dan makan-makan ringan)
    • Makan tengahari (pelbagai pilihan menu udang – mee udang,nasi udang dll)
    • Jelawang Pipe Resort (“Flying Fox”, ATV - kos sendiri)
    • Gunung Stong View Point
    • Titik 0 Dabong
    • Pasar Malam Dabong (Sabtu Sahaja)
  • ”Check In” penginapan untuk berehat dan persiapan diri (Dorm)
  • Pukul 09:30 malam ”Check Out” penginapan dan makan malam
  • Bergerak dari Stesyen Keretapi Dabong jam 11:30 malam ke Stesyen Keretapi Gemas.

HARI 03: DABONG-JB

  • Tiba di JB Sentral jam 12:30 tengahari

TERMASUK:

  • Tiket Train KTMB (Dari Johor) @ pergi balik
  • Kenderaan di Dabong dan sepanjang program
  • ”Guide”
  • Penginapan (berehat)
  • Aktiviti dan Lawatan (Asas):
    • Kompleks Gua Ikan
    • Lata Kertas
    • Sungai Kenerong
    • Jelawang Pipe Resort (“Flying Fox” & ATV)
    • Gunung Stong View Point
    • Titik 0 Dabong
    • Pasar Malam Dabong (Sabtu Sahaja)
  • Bayaran masuk
  • Lokasi makan makan menarik

TIDAK TERMASUK:

  • Makan (kami bawa lokasi menari dan bayar terus ke kedai makan)
  • Insurans - boleh ambil dengan kami: Etiqa Takaful
  • Aktiviti:
    • Flying Fox = RM15/pax
    • ATV santai : RM35/ATV (2 orang) 

Kami juga ada pakej dari Kuala Lumpur-Dabong dengan keretapi


HARGA UNTUK SEORANG
(JOINT TRIP 2025)
RM290/Dewasa, RM275/Kanak2

Tarikh
Lawatan

Semak
Kekosongan

29-31 Ogos

Whatsapp

05-07 Sept

Whatsapp

19-21 Sept

Whatsapp

26-28 Sept

Whatsapp

03-05 Okt

Whatsapp

10-12 Okt

Whatsapp

31 Okt- 2 Nov

Whatsapp

07-09 Nov

Whatsapp

14-15 Nov

Whatsapp

Nota: Dewasa(13th keatas), Kanak-kanak(4-12th)


Jika anda mahu pakej Persendirian / Private - Sila berikan info pada borang di bawah. Anda boleh memilih mana-mana tarikh anda sendiri. Kecuali pada Pertengahan Nov - Desember, kerana ianya sudah masuk musim tengkujuh

HARGA UNTUK SEORANG

Jum
Peserta

Dewasa
(13th keatas)

Kanak2
(4-12th)

2-3

320

305

4-5

270

255

6-7

255

240

8-9

235

220

10-11

230

215

12

220

205

Nota:

  • Boleh pilih tarikh sendiri (Kecuali pertengahan Nov-Dec)
  • Tertakluk kepada kekosongan tiket keretapi

Lokasi anda

Tags