Mabul + Semporna + Tawau 4H3M (Relaxing 5 Pulau)
Category
Mabul + Semporna + Tawau 4H3M (Relaxing 5 Pulau) - Atucara Lawatan
Mabul + Semporna + Tawau 4H3M (Relaxing 5 Pulau) merupakan pakej khusus bagi mereka yang inginkan kerehatan dan snorkling. Pulau mabul memang sangat sesuai untuk santai sambil bersnorkling dengan airnya yang jernih dan banyak hidupan laut.
HARI 1: KUALA LUMPUR - TAWAU - SEMPORNA
Setibanya di Lapangan Terbang Tawau, anda akan disambut oleh wakil syarikat dan dipindahkan ke pekan Semporna dengan menaiki van. Makan tengahari/makan malam ditanggung sendiri. Seterusnya, daftar masuk di penginapan anda di Semporna dan aktiviti percuma.
HARI 2: SEMPORNA - PULAU MABUL (SP,MT)
Selepas sarapan pagi, anda akan menuju ke Pulau Mabul. Perjalanan menaiki bot selama 30 minit akan membawa anda ke Banglo Air Mabul di mana anda boleh menikmati lawatan pilihan dengan bayaran RM50 seorang. Anda boleh mengabadikan kenangan di Banglo Air Mabul atau pergi snorkeling. Pengembaraan pulau diteruskan dengan aktiviti snorkeling percuma di Pulau Kapalai sebelum kembali ke hotel di pekan Semporna. Makan malam (perbelanjaan peribadi) dan berehat di hotel.
HARI 3: SEMPORNA (ISLAND HOPPING: MATAKING, TIMBA-TIMBA, POM-POM) (SP,MT,MM)
Sarapan pagi dan daftar keluar dari hotel. Menuju ke jeti pelancong (Sila bawa bagasi anda bersama untuk aktiviti island hopping. Ini kerana selepas island hopping, anda akan terus daftar masuk di chalet air)l. Kemudian, mulakan pengembaraan anda ke pulau-pulau Semporna yang indah. Mula-mula singgah ke Pulau Mataking. Makan tengah hari, kemudian melawat Pulau Timba-Timba, dan diakhiri dengan lawatan ke Pulau Pom-Pom. Daftar masuk chalet air. Makan malam dan dan aktiviti bebas.
HARI 4: SEMPORNA - TAWAU - KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi di penginapan. Nikmati masa lapang untuk berehat dan menikmati pemandangan atau berenang di laut. Daftar keluar dari penginapan anda dan anda akan dibawa ke bandar Semporna untuk makan tengah hari dan membeli-belah hasil laut tempatan, seperti ikan bilis kering, sebelum kembali ke Lapangan Terbang Tawau untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Nota:
* SP: Sarapan pagi, MT: Makan Tengahari, MM: Makan Malam
* Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan dan pindaan
TERMASUK:
- Penginapan 1 malam termasuk makan di Water Chalet
- Penginapan 2 malam dengan sarapan pagi di hotel di Semporna
- Island Hopping ke 5 pulau (Pulau Mataking, Pulau Timba-Timba, Pulau Pom-Pom, Pulau Mabul, Pulau Kapalai)
- Makan tengahari & makan malam seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan (Lunch Box kecuali semasa menginap di Water Chalet)
- Pengangkutan kenderaan (Pemindahan lapangan terbang)
- Pengangkutan bot & lawatan (perkongsian bot)
- Set jaket keselamatan & snorkeling
TIDAK TERMASUK:
- Tiket penerbangan, bagasi, atau makanan di atas kapal
- Tiket masuk untuk lawatan tidak dinyatakan (Banglo Air RM50 seorang) / (Timba-Timba RM10 seorang)
- Kos makan tengahari dan makan malam kecuali dinyatakan
- Insurans perjalanan - boleh dapatkan dari kami: Etiqa Takaful
- Caj tambahan untuk bukan warganegara Malaysia
- Aktiviti sukan air (pilihan)
Jumlah |
Twin / |
Triple |
02-03 |
1,286 |
2,363 |
04-05 |
1,142 |
2,241 |
06-07 |
1,109 |
2,163 |
08-09 |
1,076 |
2,119 |
10-14 |
1,275 |
2,341 |
15-19 |
1,164 |
2,285 |
20-25 |
1,142 |
2,230 |
Hotel di Semporna: Hotel Feafest, Hotel Grace, Sipadan Inn / yang setaraf
Water Chalet: Amina Holidays resort, Starz Water Village, Bihing Angan resort / yang setaraf