Skip to main content
Content image

Alami pengalaman lawatan pakej Hanoi-Halong-Sapa 5 hari 4 malam. Dengan pakej ini, anda dapat melawat 3 tempat sekali gus. Antara tempat lawatan seperti Opera House, Halong Bay, Silver Waterfall, rumah etnik Black H'mong dan sebagainya. Pakej Hanoi-Halong-Sapa [5H4M] memang merupakan pakej yang berbaloi untuk dilawati.

HARI 01: (Makan Malam)
KETIBAAN DI HANOI
Ketibaan anda di lapangan terbang antarabangsa Noi Bai, Hanoi - anda akan dijemput oleh pemandu pelancong kami. Terus ke Hanoi dan melawat French Opera House, seterusnya melawat Masjid Al-Noor. Makan Malam di restoran halal. Selepas makan malam, check in hotel.

HARI 02: (Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam)
HANOI - HA LONG - HANOI & LAO CHI (BERMALAM DALAM TRAIN)
Selepas sarapan di hotel, bertolak ke bandar Halong. Halong Bay telah diwartakan oleh UNESCO sebagai 'natural heritage' pada tahun 1994.  Perjalanan ke Halong Bay mengambil masa sekitar 4 jam dan di sepanjang perjalanan, anda boleh melihat kepelbagaian perkampungan Vietnam utara.

Di sepanjang jalan anda boleh melihat deretan sawah-sawah padi. Sampai di Halong Bay, anda akan dihidangkan dengan makan tengahari dengan masakan laut yang segar.

Anda juga akan melawat Mulvi, Paradise Grotto, Perkampungan Nelayan, Chiken Kissing. Selepas itu balik ke Hanoi dan selepas itu alamami pengalaman perjalanan malam dengan keretapi ke Lao Cai - Sapa. Makan malam dan bermalam di dalam keretapi dengan kabin deluxe dan hawa dingin.

HARI 03: (Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam)
SAPA - CAT CAT - Y LINH HO VILLAGE
Awal pagi anda akan menaiki bas pula dari Stesen Lao Cai ke Sapa.
Dalam perjalanan, kita akan berhenti di beberapa tempat untuk melihat tempat-tempat menarik seperti Airterjun yang cantik dan Stesen Hydroelectric.
Tengahari hari ini, anda akan disediakan dengan makan tengahari vegiterian
Seterusnya lawatan diteruskan ke Y Linh Ho, iaitu rumah etnik Black H'mong
Selepas itu balik semula ke bandar dan makan malam dengan menu masakan halal India
Bermalam di Sapa enjoy suasana udara yang nyaman

HARI 04: (Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam)
SAPA - SILVER WATERFALL - HEAVEN GATE - HANOI
Selepas sarapan, bertolak ke Silver Waterfall di mana anda dapat melihat pemandangan suasana yang menarik yang dikelilingi gunung dan hutan semulajadi
Berhenti sejenak untuk minum teh dan anda juga berpeluang untuk berbual-bual dengan  suatu kemuniti etnik di sana
Selepas itu, bertolak pula ke Heaven Gate
Seterusnya pulang ke Hanoi dengan bas sekitar jam 9 malam
Makan malam dan check in hotel di hanoi 

HARI 05: (Sarapan)
Selepas sarapan
Aktiviti bebas sehingga masa untuk bergerak ke lapangan terbang untuk berlepas pulang dengan kenangan yang manis dari Hanoi-Halong-Sapa..sehingga berjumpa lagi


HARGA PAKEJ TERMASUK:-

  • 3 malam penginapan di hotel (Twin/Triple) & 1 malam dalam train
  • Makan seperti di dalam itinerary
  • Pengangkutan
  • Semua Tiket Kemasukan ke tempat-tempat lawatan
  • Private Bot - seperti di itinerary
  • Private escort dengan pemandu pelancong berbahasa English
  • 2 botol Air Mineral sehari

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK:-

  • Tipping pemandu pelancong: USD3/Seorang/Sehari
  • Tiket Penerbangan
  • Insuran Perjalanan

HARGA PAKEJ UNTUK SEORANG (3 STAR)

JUM. PESERTA

RM

02-04

2,360

05-07

1,898

08-10

1,792

11-15

1,686

16-24

1,590

25-40

1,542

Hotel 3 star:-

  • Hanoi: Cosiana atau yang setaraf
  • Sapa: Royal view atau yang setaraf

HARGA PAKEJ UNTUK SEORANG (4 STAR)

JUM. PESERTA

RM

02-04

2,792

05-07

2,330

08-10

2,224

11-15

2,118

16-24

2,022

25-40

1,975

Hotel 4 star:-

  • Hanoi: Sunway atau yang setaraf
  • Sapa: Muong Thanh atau yang setaraf

Nota:-
Harga tertakluk kepada perubahan akibat perubahan kadar pertukaran antara Ringgit dengan USD


Testimonial

Assalamualaikum.. Terbaik tuan.. sangat memuaskan hati.. pemandu dan homestay terbaik.. cuma tempat lawatan saya ubah sikit tiada dalam intinery.. iaitu ke Muzium Budaya Sarawak.. apa2 pun memang terbaik servis dari syarikat tuan..

Ahzairin Ahmad - Klang

Alhamdulillah, semuanya selamat sampai ke rumah setelah menyelusuri Dumai - Pekan Baru - Bkttinggi

1. Pemandu pelancong yg sgt bagus, menghormati kami, penerangan & penjelasan yg diberikan sgt jelas
2. Pak Darwin sgt bertimbangrasa. Mahir dgn tugas yg diamanahkan. Kami selesa dgnnya.
3. Itenarary yg menarik. Sy, suami & anak dah kali ke 3 ke Bkttinggi tp kali ini kami dpt lebih lg drp sebelum ini.
4. Tempat makan yg dipilih bersesuaian & boleh lg diubah jika kami ingin makan makanan yg lain. Kelebihan Pak Darwin di sini.....beliau pastikan kami berpuas hati.

Puan Noridah  - Negeri Sembilan

Asalamualikum tuan. Terima kasih menyantuni kami semua dengan layanan dan perkhidmatan yang terbaik dalam perjalanan kami semua bercuti ke Hatyai Thailand kelmarin. Segalanya kami amat2 hargai. Moga satu masa nti kami diberikan rezeki untuk bersama2 pakej yang tuan tawarkan. In sha Allah. ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐

Abu Sani Bin Haji Tumin, Johor

Salam En. Zailir, kami baru balik malam tadi. Saya bagi pihak adik beradik saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menyediakan perkhidmatan yg terbaik buat kami di sana. Semuga perniagaan En. Zailir terus maju di masa2 akan datang. Aamiin.

Khalidah binti Mushar, Putrajaya

Alhamdulillah semua ok. Semuanya berjalan dgn lancar. Merupakan pengalaman percutian yg sgt menyeronokkan. Kami ucapkan terima kasih kp pihak Kembara Murni yg telah memberikan perkhidmatan  yg sgt baik. In shaa allah kami akan menggunakan khidmat agensi Kembara Murni di masa akan dtg.

Hasmidan Bin Selamat - Bangi, Selangor

Terima kasih pak sepanjang saya di sana. Alhamdulillah, semua beres

Rosli - Terangganu

Rasa sangat berbaloi. Sangat worth with money. Hotel punya best, punyalah besar. Ingat 1 bilik 4 orang, rupanya dapat 2 bilik

Nurmiza - Pulau Pinang

Pak Bani yang jadi tour guide kitarang kat sana servis dia tip toppp..hehe. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar
Mmg seronok sangat

Hafizati Aziz - Klang, Selangor

Hi slmt ptg..Trip kami ok..driver sangat baik..xda masalah, semuanya ok. Next trip mungkin sya ambil lagi

Pauziah Dalongai - Tanak, Sabah

Alhamdulillah. Semuanya baik. Group kami pun semua happy mas adekat sana. Layanan dari Bukittinggi baik. Tour guide dengan pak supir friendlr. Tq encik

Noreen, Ampang

Alhamdulillah..Sangat OK. Semua puas hati. Terima kasih sbb arrange tour guide dan driver yang sangat memuaskan hati, sanggup juga bawa kami ke Batu malim Kundang,,yang bestnya no extra charge pulak. Lega hati saya sbb dapat capaikan hajat Mak nak ke sana..

Mohd Zaki, Johor

Syukur Alhamdulillah utk semuanya selamat pergi dan sekarang berada di KLIA utk balik Alor Setar pula..Memang terbaik servis dr Kembara Murni..lain kali nak pi mmg Kembara Murni juga..Semueni namanya...Keluarga mmg gembira dan layanan n servis yg diberi..sentiasa ada utk rujukan dan tips2 yg diberi amat bermakna..

Norhayati, Alor Setar kedah

Salam..lpe nak bg tau..sya da blik Malaysia. Alhamdullah semua berjalan lancar

Nabila Huda, Pasir Gudang Johor

Selamat sampai dan balik. Pemandu pelancong yang hebat

Mustafa Meon, Kuala Lumpur

Alhamdulillah dan landing. Semua selamat. Anyway, terima kasih bebanyak. Kami semua very2 happy, enjoy
Pengurusan yang sangat baik. Tiada yang kurang..semuanya baik..best. Next time blh mnt en Zailir arrange ..nesx trip. Tq en Zailir

Mohd Hafizal, Shah Alam Selangor

Alhamdulillah. Semuanyua bagus. makanan ok. makan Ok. Pengurusan masa pun bagus. Pendek kata kami semua berpuas hati

Maifuza, Kg. Sg. Kembong Hulu, Bangi

Slmt petang en Zailir, kami sekeluarga baru balik dari bandung. Percutian yang sangat menyeronokan. Terima kasih kepada kembara Murnidan Pak Ade yang telah menyumpiri kami dengan begitu setia selama beberapa hari ini..

Hilda John, Sarawak

Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Kami memang puas hati sangat2. Tour Guide pun memang best. Hotel, mkn, pengangkutan, mmg kami bagi 5

Nazirah, Ipoh

Trip ke Brunei was sooo amazing! Memang best. Agent baik. Arrangement semua ok/ harga ok. Tak ada benda yang saya nak complain. Semua bagus Alhamdulillah. Lepas ni sy yakin nak guna khidmat Kembara Murni. Memang trusted agent..

Intan Amira, Datuk Keramat

Terima kasih en Zailir dari kembara Murni..Pakej yang lengkap dn harga perpatutan..Alhamdulillah family semua puas hati dari segi makanan, lawatan dan travel guard yang kelakar..Next trip nanti booking dgn en Zailir lagi..

Sofea, Ipoh

Salam en..Alhamdulillah semua berjalan lancar.  Terima kasih

Zaleha, Damansara

Slm encik, mekasih ye sebb atur kn semua. Saya pun dh check out. Ok lah blik tepi pantai. janji saya selamat dn tk kena tipu. Tahun depan saya nk gi Krabi pulak Kompen saya deal dgn Kembara Murni lagi..harga pun berbaloi. Terima kasih.

Asean - Kuala Lumpur

Salam en.Zailir...Terima kasih atas pakej yg kamu sediakan...Saya dan isteri sangat2 enjoy..

Zaidi Julaidi - Sabah

Wslm en zailir. Alhamdulillah semua mmg tiptop? pemandu pelancong kami sgt helpful dan tempat penginapan makan yngg disediakan semua sangat memuaskan

- Nur Liyana Marissa Binti Ismail, MRSM Sungai Besar, Selangor
 

Sebutharge

Ruangan yang bertanda * mesti diisi. 
Semua info yang kami minta di bawah adalah semata-mata untuk ketepatan sebutharga yang akan kami berikan kepada anda.
12th ke-atas
2th-11th
bawah 2 tahun