Pakej Korea Musim Luruh 6H4M
Category
Pakej Korea Musim Luruh 6H4M - Atucara Lawatan
HARI 1: KLIA 2 - SEOUL
Berkumpul di lapangan terbang KLIA (2) dan taklimat ringkas berkenaan perjalanan akan diberikan sebelum berangkat. Selepas itu, para peserta akan terus daftar masuk bagasi dan ke pintu perlepasan untuk penerbangan ke Seoul.
HARI 2: SEOUL - PULAU NAMI (MT/MM)
Tiba di lapangan terbang Incheon dan berjumpa dengan pemandu pelancong. Bertolak ke Chuncheon (2 jam perjalanan), melawat Pulau Nami dengan menaiki feri. Seterusnya peserta akan di bawa ke Sokcho dan bermalam di Hotel.
HARI 3: EVERLAND THEME PARK (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Everland Theme Park. Makan tengah hari dan alami keseronokan di salah satu taman tema terbesar di Korea. Pulang semula ke Seoul dan aktiviti bebas sebelum makan malam dan bermalam di hotel.
HARI 4: SEOUL (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Selepas itu, anda bergerak dan melalui hadapan Blue House. Lawati Gyeongbokgung Palace and National Folk Museum. Selepas makan tengah hari, melawat ke Masjid Itaewon & membeli-belah di Itaewon Street. Lawati Kimchi School & Seaweed Museum untuk pengalaman membuat Kimchi & memakai pakaian tradisional Korea (Hanbok) dan Cosmetic Outlet. Seterunya peserta akan dibawa membeli belah di Dongdaemun Market. Makan malam dan bertolak balik ke hotel untuk berehat.
HARI 5: SEOUL - MYEONGDONG & NAMDAEMUN SHOPPING STREET (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa ke Local Supermarket dan Duty Free Shop. Seterusnya peserta akan di bawa membeli belah di Myeongdong street & Namdaemun Market. Makan malam dan bertolak balik ke hotel untuk berehat.
HARI 6: SEOUL - KLIA 2
Bertolak pada awal pagi ke Incheon International Airport untuk penerbangan pagi kembali ke KLIA2.
**Aturcara boleh dipinda kerana keadaan yang tidak dijangka tetapi tempat untuk dikunjungi tetap sama.
PAKEJ TERMASUK:-
- Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap muatan 20kg
- Penginapan Hotel 3 bintang lengkap sarapan pagi
- Tiket Lawatan seperti yang tertera dalam jadual Pengangkutan bas/Van persiaran berhawa dingin yang selesa
- Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa English sepanjang perjalanan.
- Perkhidmatan ketua rombongan professional.
- Tips Pemandu Pelancong
- Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam Jadual Perjalanan.
TIDAK TERMASUK;-
- Travel & Covid-19 Insurans
- Makan dalam kapal
- Dokumen visa untuk bukan warganegara malaysia
- Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas.
- Pilihan lawatan selain yang dinyatakan
- Pembelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc.
- Yuran visa K-ETA (RM70/pax)
PENGINAPAN (Double/Twin/Triple):-
Hotel di Seoul: Incheon / Gyeonggi 3*
Hotel Samwon Plaza, Hotel Yeongjong, Hotel Grand Palace atau kelas yang sama
NOTA:-
- Jadual penerbangan atau jadual akhir mungkin berubah tanpa notis awal. Sebarang perubahan pada penerbangan bergantung kepada jadual penerbangan pada tempoh tersebut.
- Dapatkan nasihat kami terlebih dahulu sebelum anda membeli sebarang tiket penerbangan domestik.
- Sila hubungi pejabat untuk pengesahan tempat duduk sebelum membuat tempahan.
- Makan tengah hari dan makan malam akan dihidangkan di Restoran Halal atau restoran mesra Muslim. Restoran-restoran ini sentiasa dipantau oleh Persekutuan Muslim Korea (KMF). Restoran-restoran ini menyajikan hidangan halal atau mendapatkan bahan mentah di pasar/tempat penyembelihan halal. Tiada restoran, termasuk restoran makanan laut menggunakan alkohol dalam proses penyediaan makanan.
- Pendaftaran K-ETA adalah salah satu KEWAJIPAN kemasukkan ke korea. Pihak syarikat boleh bantu membuat pendaftaran namun kos tidak termasuk harga pakej dan keputusan kelulusan adalah diatas bidang kuasa pihak immigresen Korea.
- 5Dokumen hard copy yang diperlukan sebelum ke Korea adalah
a. Bukti vaksinasi lengkap 3 dos daripada mysejahtera
b. Q-code (borang penilaian kesihatan, akan diisi setelah anda lulus K-ETA dan 3 hari sebelum berlepas)
c. Sebarang perubahan polisi daripada pihak Korea adalah diluar bidang kuasa kami. Pelanggan yang bersetuju membuat bayaran deposit bermaksud bersetuju dan faham dengan sebarang risiko percutian yang dipilih.
POLISI / TERMA:-
- Jenis dan pilihan Hotel tertakluk kepada perubahan semasa dan boleh digantikan dengan hotel setaraf.
- Harga tertakluk kepada perubanan harga semasa pada cuti umum, sebarang kenaikan adalah diluar jangkaan syarikat dan ia haruslah ditanggung oleh peserta.
- Harga tertakluk kepada perubahan semasa pertukaran wang asing tanpa makluman awal dan kami tidak akan menanggung sebarang pembayaran tambahan.
- Tiada pemulangan wang jika program lawatan yang tidak digunakan oleh peserta.
- Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku kemalangan oleh peserta di atas kecuaian sendiri semasa perjalanan.
- Kami menasihati semua peserta untuk membeli insuran perjalanan untuk melindungi anda sepanjang perjalanan.
- Kami adalah syarikat yang yang bertindak mewakili pelanggan untuk pembelian tiket penerbangan serta pengurusan pakej di destinasi anda. Sebarang perubahan disebabkan perubahan jadual perjalanan (cuaca,cuti umum dll) ataupun perubahan jadual penerbangan adalah diluar bidang kuasa kami.
- Bayaran deposit yang terima bermaksud anda telah bersetuju dengan terma & syarat serta memahami polisi syarikat untuk pakej pelancongan anda.
POLISI PEMBAYARAN:-
- Bayaran pendahuluan RM500/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
- Bayaran penuh harus lah dibuat 45 hari sebelum penerbangan perjalanan anda.