Skip to main content

Pakej Saigon-Mui Ne-Da Lat [4H3M]

Category

Pakej Saigon-Mui Ne-Da Lat [4H3M] - Atucara Lawatan

Alami pengalaman lawatan pakej Saigon-Mui Ne-Da Lat 4 hari , 3 malam. Saigon popular dengan aktiviti shopping, manakala Mui Ne dan Da Lat pula popular dengan pemandangan dan keadaan alam semulajadi. Dengan pakej ini, selain shopping, anda juga dapat melihat keindahan di Mui Ne dan Da Lat..

HARI 01: HO CHI MINH CITY - MUI NE (Makan Malam)
Setibanya anda di lapangan terbang Tan Son Nhat, anda akan dijemput oleh pemandu pelancong kami dan terus check in hotel.  Selepas itu lawatan ke Bandar Ho Chi Minh iaitu melawat Masjid Lamson, Notre Dame Cathedral, Pejabat Pos Lama dan The People Commitee Hall. Selepas itu ke Hard Rock Cafe. Shopping di District 7, di sini anda boleh shopping baju kurung, jubah dan sebagainya. Selepas itu makan malam di restoran tempatan. Selepas makan malam, teruskan ke Pantai Mui Ne dan daftar masuk hotel.

HARI 02: PANTAI MUI NE - BANDAR DA LAT (Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam)
Selepas sarapan, acara lawatan diteruskan ke Pantai Mui Ne. Pantai yang cantik dan anda boleh melihat pemandangan matahari hari terbenam. Anda juga boleh melihat aktiviti penduduk setempat seperti penternakan ikan. Seterusnya singgah ke Fairy Stream yang merupakan tempat yang cantik untuk dilihat. Balik ke hotel sekitar jam 12 tengahari dan check out. Selepas itu bertolak ke Da Lat yang mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan. Sampai di Da Lat dan terus check in. Sebelah malam, anda boleh berjalan-jalan di Pasar malam dan Tasik Xuan Huong.

HARI 03: Da LAT CITY TOUR - HO CHI MINH CITY(Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam)
Selepas sarapan, aktiviti seterusnya ialah Da Lat City Tour dan melihat tempat-tempat menarik seperti nCity Flower Garden, Truc Lam Zen Monastery, Tuyen Lam Lake, Dalat Sculpture Tunnel dan Dantala Waterfall.  Selepas itu makan tengahari di Bich Cau Foffee Garden dengan menu vegetarian. Selepas itu check out hotel dan bertolak pulang ke Saigon (bandar Ho Chi Minh). Acara bebas dan anda boleh enjoy shopping di pasar malam.

HARI 04: (Sarapan)
Selepas sarapan, teruskan shopping di sekitar hotel dan Pasar Ben Thanh, iaitu pasar yang paling popular di kalangan pelancong di bandar Ho Chi Minh. Check out jam 12 tengahari dan bertolak ke lapangan terbang untuk berlepas pulang dengan kenangan yang indah dari Saigon - Muki Ne dan Da Lat..


Lokasi Anda