Skip to main content

5H4M Salam taiwan 2023

HARI 1: TAOYUAN AIRPORT- TAICHUNG (MM)
Ketibaan di Lapangan Terbang Taoyuan. Berjumpa & sesi briefing bersama pemandu pelancong. Perjalanan dimulakan dengan lawatan ke Gaowei Wetland. Seterusnya bergerak ke Taichung Night Market. Makan malam dan bermalam di Taichung.

HARI 2: TAICHUNG-TAIPEI (SP, MT, MM)
Sarapan pagi dan lawatan dimulakan dengan bersiar-siar ke Sun Moon Lake. Seterus ke Xiangshang Visitor Center. Makan tengahari. Seterusnya anda akan ke Vigorkobo Pineapple Cake Shop. Menjadi ikon utama Taiwan, anda akan melawat Taipei 101, bangunan tertinggi di Taiwan. Makan malam dan bermalam di Taipei.

HARI 3: TAIPEI (SP, MT, MM)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan ke C.K.S Memorial Hall. Seterus ke Duty Free Shopping Center. Makan tengahari. Lawatan diteruskan ke Yangmingshan Flower Clock dan Ximending Walking Street. Makan malam (istimewa Taiwan beef noodles) dan bermalam di Taipei.

HARI 4: TAIPEI (SP, MT, MM)
Sarapan pagi di hotel. Melawat Taiwan Cultural & Creative Arts Center. Seterusnya lawan ke Taipei Grand Mosque. Makan tengahari. Lawatan ke Shifen Old Street & Shifen Waterfall. Makan malam (Set Hot Pot) dan bermalam di Taipei.

HARI 5: TAIPEI-TAOYUAN AIRPORT (SP)
Sarapan pagi. Aktiviti bebas sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Taoyuan dan berangkat pulang ke tanah air.

**Aturcara mungkin akan berubah sewaktu dalam perjalanan, tetapi semua tempat lawatan akan tetap dilawati.


TERMASUK:-

  • Penerbangan Terus: Airasia D7 (bagasi 20kg)
  • Penginapan Hotel 3 Bintang 
  • Pengangkutan Peribadi (Bas Selesa dengan Air-Cond).
  • Upah Pemandu Pelancong (Tippings)
  • Bayaran Masuk seperti dalam Jadual Perjalanan.
  • Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam Jadual Perjalanan.

TIDAK TERMASUK:-

  • Makan dalam penerbangan
  • Perbelanjaan yang bersifat peribadi, seperti minuman, cenderahati, panggilan telefon, dobi, dsb.
  • Insurans perjalanan.

POLISI / TERMA:-

  • Jenis dan pilihan Hotel tertakluk kepada perubahan semasa dan boleh digantikan dengan hotel setaraf.
  • Harga tertakluk kepada perubanan harga semasa pada cuti umum, sebarang kenaikan adalah diluar jangkaan syarikat dan ia haruslah ditanggung oleh peserta
  • Harga tertakluk kepada perubahan semasa pertukaran wang asing tanpa makluman awal dan MTB tidak akan menanggung sebarang pembayaran tambahan
  • Tiada pemulangan wang jika program lawatan yang tidak digunakan oleh peserta.Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku kemalangan oleh peserta di atas kecuaian sendiri semasa perjalanan.
  • Kami menasihati semua peserta untuk membeli insuran perjalanan untuk melindungi anda sepanjang perjalanan
  • Kami adalah syarikat yang yang bertindak mewakili pelanggan untuk pembelian tiket penerbangan serta pengurusan pakej di destinasi anda. Sebarang perubahan disebabkan perubahan jadual perjalanan (cuaca,cuti umum dll) ataupun perubahan jadual penerbangan adalah diluar bidang kuasa kami
  • Bayaran deposit yang terima bermaksud anda telah bersetuju dengan terma & syarat serta memahami polisi syarikat untuk pakej pelancongan anda.

POLISI PEMBAYARAN:-

  • Bayaran pendahuluan RM500/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan. 
  • Bayaran penuh harus lah dibuat 45 hari sebelum penerbangan perjalanan anda.

Lihat HARGA & JADUAL LAWATAN

Testimonial

Assalamualaikum.. Terbaik tuan.. sangat memuaskan hati.. pemandu dan homestay terbaik.. cuma tempat lawatan saya ubah sikit tiada dalam intinery.. iaitu ke Muzium Budaya Sarawak.. apa2 pun memang terbaik servis dari syarikat tuan..

Ahzairin Ahmad - Klang

Alhamdulillah, semuanya selamat sampai ke rumah setelah menyelusuri Dumai - Pekan Baru - Bkttinggi

1. Pemandu pelancong yg sgt bagus, menghormati kami, penerangan & penjelasan yg diberikan sgt jelas
2. Pak Darwin sgt bertimbangrasa. Mahir dgn tugas yg diamanahkan. Kami selesa dgnnya.
3. Itenarary yg menarik. Sy, suami & anak dah kali ke 3 ke Bkttinggi tp kali ini kami dpt lebih lg drp sebelum ini.
4. Tempat makan yg dipilih bersesuaian & boleh lg diubah jika kami ingin makan makanan yg lain. Kelebihan Pak Darwin di sini.....beliau pastikan kami berpuas hati.

Puan Noridah  - Negeri Sembilan

Asalamualikum tuan. Terima kasih menyantuni kami semua dengan layanan dan perkhidmatan yang terbaik dalam perjalanan kami semua bercuti ke Hatyai Thailand kelmarin. Segalanya kami amat2 hargai. Moga satu masa nti kami diberikan rezeki untuk bersama2 pakej yang tuan tawarkan. In sha Allah. ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐

Abu Sani Bin Haji Tumin, Johor

Salam En. Zailir, kami baru balik malam tadi. Saya bagi pihak adik beradik saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menyediakan perkhidmatan yg terbaik buat kami di sana. Semuga perniagaan En. Zailir terus maju di masa2 akan datang. Aamiin.

Khalidah binti Mushar, Putrajaya

Alhamdulillah semua ok. Semuanya berjalan dgn lancar. Merupakan pengalaman percutian yg sgt menyeronokkan. Kami ucapkan terima kasih kp pihak Kembara Murni yg telah memberikan perkhidmatan  yg sgt baik. In shaa allah kami akan menggunakan khidmat agensi Kembara Murni di masa akan dtg.

Hasmidan Bin Selamat - Bangi, Selangor

Terima kasih pak sepanjang saya di sana. Alhamdulillah, semua beres

Rosli - Terangganu

Rasa sangat berbaloi. Sangat worth with money. Hotel punya best, punyalah besar. Ingat 1 bilik 4 orang, rupanya dapat 2 bilik

Nurmiza - Pulau Pinang

Pak Bani yang jadi tour guide kitarang kat sana servis dia tip toppp..hehe. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar
Mmg seronok sangat

Hafizati Aziz - Klang, Selangor

Hi slmt ptg..Trip kami ok..driver sangat baik..xda masalah, semuanya ok. Next trip mungkin sya ambil lagi

Pauziah Dalongai - Tanak, Sabah

Alhamdulillah. Semuanya baik. Group kami pun semua happy mas adekat sana. Layanan dari Bukittinggi baik. Tour guide dengan pak supir friendlr. Tq encik

Noreen, Ampang

Alhamdulillah..Sangat OK. Semua puas hati. Terima kasih sbb arrange tour guide dan driver yang sangat memuaskan hati, sanggup juga bawa kami ke Batu malim Kundang,,yang bestnya no extra charge pulak. Lega hati saya sbb dapat capaikan hajat Mak nak ke sana..

Mohd Zaki, Johor

Syukur Alhamdulillah utk semuanya selamat pergi dan sekarang berada di KLIA utk balik Alor Setar pula..Memang terbaik servis dr Kembara Murni..lain kali nak pi mmg Kembara Murni juga..Semueni namanya...Keluarga mmg gembira dan layanan n servis yg diberi..sentiasa ada utk rujukan dan tips2 yg diberi amat bermakna..

Norhayati, Alor Setar kedah

Salam..lpe nak bg tau..sya da blik Malaysia. Alhamdullah semua berjalan lancar

Nabila Huda, Pasir Gudang Johor

Selamat sampai dan balik. Pemandu pelancong yang hebat

Mustafa Meon, Kuala Lumpur

Alhamdulillah dan landing. Semua selamat. Anyway, terima kasih bebanyak. Kami semua very2 happy, enjoy
Pengurusan yang sangat baik. Tiada yang kurang..semuanya baik..best. Next time blh mnt en Zailir arrange ..nesx trip. Tq en Zailir

Mohd Hafizal, Shah Alam Selangor

Alhamdulillah. Semuanyua bagus. makanan ok. makan Ok. Pengurusan masa pun bagus. Pendek kata kami semua berpuas hati

Maifuza, Kg. Sg. Kembong Hulu, Bangi

Slmt petang en Zailir, kami sekeluarga baru balik dari bandung. Percutian yang sangat menyeronokan. Terima kasih kepada kembara Murnidan Pak Ade yang telah menyumpiri kami dengan begitu setia selama beberapa hari ini..

Hilda John, Sarawak

Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Kami memang puas hati sangat2. Tour Guide pun memang best. Hotel, mkn, pengangkutan, mmg kami bagi 5

Nazirah, Ipoh

Trip ke Brunei was sooo amazing! Memang best. Agent baik. Arrangement semua ok/ harga ok. Tak ada benda yang saya nak complain. Semua bagus Alhamdulillah. Lepas ni sy yakin nak guna khidmat Kembara Murni. Memang trusted agent..

Intan Amira, Datuk Keramat

Terima kasih en Zailir dari kembara Murni..Pakej yang lengkap dn harga perpatutan..Alhamdulillah family semua puas hati dari segi makanan, lawatan dan travel guard yang kelakar..Next trip nanti booking dgn en Zailir lagi..

Sofea, Ipoh

Salam en..Alhamdulillah semua berjalan lancar.  Terima kasih

Zaleha, Damansara

Slm encik, mekasih ye sebb atur kn semua. Saya pun dh check out. Ok lah blik tepi pantai. janji saya selamat dn tk kena tipu. Tahun depan saya nk gi Krabi pulak Kompen saya deal dgn Kembara Murni lagi..harga pun berbaloi. Terima kasih.

Asean - Kuala Lumpur

Salam en.Zailir...Terima kasih atas pakej yg kamu sediakan...Saya dan isteri sangat2 enjoy..

Zaidi Julaidi - Sabah

Wslm en zailir. Alhamdulillah semua mmg tiptop👌 pemandu pelancong kami sgt helpful dan tempat penginapan makan yngg disediakan semua sangat memuaskan

- Nur Liyana Marissa Binti Ismail, MRSM Sungai Besar, Selangor