Pakej pelajar ke Aceh 3 hari, 2 malam adalah sesuai untuk pakej-pekaj pelajar sekolah atau pelajar universiti. Harga pakej pelajar adalah lebih murah dari pakej biasa tetapi tempat-tempat lawatan adalah sama dengan pakej biasa. Pertanyaan pantas: Sila Whatsapp
HARI 01: MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM
12:30-15:00
Anda tiba di lapangan terbang Sultan Iskandar Muda dan anda akan dijemput oleh pemandu pelancong kami. Acara lawatan pertama ialah lawatan ke Kuburan Massa (mangsa Tsunami). Selepas itu bertolak ke restoran untuk Makan Tengahari dan selepas makan tengahari, terus ke hotel untuk check in.
15.00-21.00: Melawat Muzium Tsunami, Stesen Elektrik Terapong (PLTD), Masjid Bauturrahim dan 'Escaped Building'. Seterusnya Makan Malam di restoran tempatan dan lepas itu balik ke hotel.
HARI 02: SARAPAN, MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM
07:00-08:30: Sarapan di hotel
08.30-12.00: Melawat Masjid Baitulrahman dan selepas itu lawatan ke Muzium negeri, Gunungan / Putroe Phang Park dan melawat Bot di atas bumbung.
12.00-13.30: Makan Tengahari di restoran tempatan
13.30-16.00: Membeli-belah di Pasar Cenderamata dan di Pasar Aceh, yang merupakan pusat jualan pakaian yang pelbagai jenis.
16.00-21.00: Melawat Kubah di Tengah Sawah, selepas itu ke Pusat Kek Aceh. Selepas itu lawatan diteruskan ke Pantai Lhoknga. Lawatan diteruskan ke Masjid Lam Puuk dan Pantai Lam Puuk. Makan malam di restoran tempatan dan selepas itu balik ke hotel
HARI 03: SARAPAN
07.00-09.00: Sarapan di hotel & check out.
09.00-10.00: Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang dan acara selesai..
TERMASUK:
- Penginapan di hotel Afaris selama 2 malam
- Sarapan di hotel
- Makan seperti di itinerary
- Pengangkutan
- Pemandu Pelancong
- Tiket Kemasukan ke tempat lawatan
- Tipping pemandu pelancong
TIDAK TERMASUK:
- Tiket Penerbangan
- Insuran Perjalanan
- Log in to post comments