Skip to main content
Aceh

Pakej Pelajar ke Aceh [4H3M] merupakan pakej yang direka khusus untuk pelajar-pelajar sekolah dan universiti. Untuk pelajar, kami menyediakan pakej khusus yang lebih murah dari pakej biasa. Pakej pelajar ke Aceh 4 hari, 3 malam adalah sangat berbaloi dengan kos yang diberikan.

Sekiranya ada mempunyai program tersendiri seperti lawatan ke  sekolah atau universiti kami juga boleh aturkan. Jika anda ingin membuat sedekah amal seperti sedekah makan-makan atau derma wang ringgit ke sekolah anak-anak yatim boleh juga kami aturkan untuk anda.

Lawatan ke Aceh sesuai untuk pelajar untuk mempelajari masyarakat setempat dan melihat kesan-kesan sejarah di Aceh. Kami selalu membuat program lawatan pelajar ke Aceh dan mendapat maklumbalas yang baik. Jadual lawatan boleh disesuaikan mengikut keperluan program pelajar atau mahu ikut atucara biasa pun boleh. Pakej Pelajar ke Aceh ini sangat sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah & universiti kerana kos yang diberikan adalah murah berbanding dengan kos pakej yang biasa. Sila isikan Borang Quotation dibawah untuk mendapatkan quotation / sebutharga percuma untuk anda..

HARI 01: MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM
12.30-15.00: Anda tiba di lapangan terbang Sultan Iskandar Muda dan anda akan dijemput oleh pemandu pelancong kami. Acara lawatan pertama ialah lawatan ke Kuburan Massa (mangsa Tsunami). Selepas itu bertolak ke restoran untuk Makan Tengahari dan selepas maka tengahari, terus ke hotel untuk check in.

15.00-21.00: Melawat Muzium Tsunami, Stesen Elektrik Terapong (PLTD), Masjid Bauturrahim dan 'Escaped Building'. Seterusnya Makan Malam di restoran tempatan dan lepas itu balik ke hotel.

HARI 02: SARAPAN, MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM
07:00-08:30: Sarapan di hotel

08.30-12.00: Melawat Masjid Baitulrahman dan selepas itu lawatan ke Muzium negeri, Gunungan / Putroe Phang Park dan melawat Muzium Tsunami.

12.00-13.30: Makan Tengahari di restoran tempatan

13.30-16.00: Membeli-belah di Pasar Cenderamata dan selepas itu melawat Bot di Atas Bumbung, melawat Universiti Kuala Syiah. Selepas itu (jika anda mahu) nikmati minuman Kopi Aceh (kos sendiri). Selepas itu Makan Malam di restoran tempatan dan balik ke hotel untuk berehat

HARI 03: SARAPAN, MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM
07.00-08.30: Sarapan di hotel

08.30-12.00: Shopping di Pasar Aceh, yang merupakan pusat jualan pakaian yang pelbagai jenis dan selepas itu melawat Kubah di Tengah Sawah.

12.00-13.30: Makan Tengahari di restoran tempatan

13.30-21.00: Melawat Rumah Cut Nyak Dhien dan selepas itu ke Pusat Kek Aceh. Lawatan diteruskan ke Pantai Lhoknga dan lawatan ke Masjid Rahmatullah. Lepas itu ke Pantai Lam Puuk. Makan malam di restoran tempatan dan selepas itu balik ke hotel

HARI 04: SARAPAN
07.00-09.00: Sarapan di hotel & check out.

09.00-10.00: Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang dan acara selesai.

TERMASUK:

  • Penginapan di hotel Afaris selama 3 malam
  • Sarapan di hotel
  • Makan seperti di itinerary
  • Pengangkutan
  • Pemandu Pelancong
  • Tiket Kemasukan ke tempat lawatan
  • Tipping pemandu pelancong

TIDAK TERMASUK:

  • Tiket Penerbangan
  • Insuran Perjalanan

Testimonial

Assalamualaikum.. Terbaik tuan.. sangat memuaskan hati.. pemandu dan homestay terbaik.. cuma tempat lawatan saya ubah sikit tiada dalam intinery.. iaitu ke Muzium Budaya Sarawak.. apa2 pun memang terbaik servis dari syarikat tuan..

Ahzairin Ahmad - Klang

Alhamdulillah, semuanya selamat sampai ke rumah setelah menyelusuri Dumai - Pekan Baru - Bkttinggi

1. Pemandu pelancong yg sgt bagus, menghormati kami, penerangan & penjelasan yg diberikan sgt jelas
2. Pak Darwin sgt bertimbangrasa. Mahir dgn tugas yg diamanahkan. Kami selesa dgnnya.
3. Itenarary yg menarik. Sy, suami & anak dah kali ke 3 ke Bkttinggi tp kali ini kami dpt lebih lg drp sebelum ini.
4. Tempat makan yg dipilih bersesuaian & boleh lg diubah jika kami ingin makan makanan yg lain. Kelebihan Pak Darwin di sini.....beliau pastikan kami berpuas hati.

Puan Noridah  - Negeri Sembilan

Asalamualikum tuan. Terima kasih menyantuni kami semua dengan layanan dan perkhidmatan yang terbaik dalam perjalanan kami semua bercuti ke Hatyai Thailand kelmarin. Segalanya kami amat2 hargai. Moga satu masa nti kami diberikan rezeki untuk bersama2 pakej yang tuan tawarkan. In sha Allah. ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐

Abu Sani Bin Haji Tumin, Johor

Salam En. Zailir, kami baru balik malam tadi. Saya bagi pihak adik beradik saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menyediakan perkhidmatan yg terbaik buat kami di sana. Semuga perniagaan En. Zailir terus maju di masa2 akan datang. Aamiin.

Khalidah binti Mushar, Putrajaya

Alhamdulillah semua ok. Semuanya berjalan dgn lancar. Merupakan pengalaman percutian yg sgt menyeronokkan. Kami ucapkan terima kasih kp pihak Kembara Murni yg telah memberikan perkhidmatan  yg sgt baik. In shaa allah kami akan menggunakan khidmat agensi Kembara Murni di masa akan dtg.

Hasmidan Bin Selamat - Bangi, Selangor

Terima kasih pak sepanjang saya di sana. Alhamdulillah, semua beres

Rosli - Terangganu

Rasa sangat berbaloi. Sangat worth with money. Hotel punya best, punyalah besar. Ingat 1 bilik 4 orang, rupanya dapat 2 bilik

Nurmiza - Pulau Pinang

Pak Bani yang jadi tour guide kitarang kat sana servis dia tip toppp..hehe. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar
Mmg seronok sangat

Hafizati Aziz - Klang, Selangor

Hi slmt ptg..Trip kami ok..driver sangat baik..xda masalah, semuanya ok. Next trip mungkin sya ambil lagi

Pauziah Dalongai - Tanak, Sabah

Alhamdulillah. Semuanya baik. Group kami pun semua happy mas adekat sana. Layanan dari Bukittinggi baik. Tour guide dengan pak supir friendlr. Tq encik

Noreen, Ampang

Alhamdulillah..Sangat OK. Semua puas hati. Terima kasih sbb arrange tour guide dan driver yang sangat memuaskan hati, sanggup juga bawa kami ke Batu malim Kundang,,yang bestnya no extra charge pulak. Lega hati saya sbb dapat capaikan hajat Mak nak ke sana..

Mohd Zaki, Johor

Syukur Alhamdulillah utk semuanya selamat pergi dan sekarang berada di KLIA utk balik Alor Setar pula..Memang terbaik servis dr Kembara Murni..lain kali nak pi mmg Kembara Murni juga..Semueni namanya...Keluarga mmg gembira dan layanan n servis yg diberi..sentiasa ada utk rujukan dan tips2 yg diberi amat bermakna..

Norhayati, Alor Setar kedah

Salam..lpe nak bg tau..sya da blik Malaysia. Alhamdullah semua berjalan lancar

Nabila Huda, Pasir Gudang Johor

Selamat sampai dan balik. Pemandu pelancong yang hebat

Mustafa Meon, Kuala Lumpur

Alhamdulillah dan landing. Semua selamat. Anyway, terima kasih bebanyak. Kami semua very2 happy, enjoy
Pengurusan yang sangat baik. Tiada yang kurang..semuanya baik..best. Next time blh mnt en Zailir arrange ..nesx trip. Tq en Zailir

Mohd Hafizal, Shah Alam Selangor

Alhamdulillah. Semuanyua bagus. makanan ok. makan Ok. Pengurusan masa pun bagus. Pendek kata kami semua berpuas hati

Maifuza, Kg. Sg. Kembong Hulu, Bangi

Slmt petang en Zailir, kami sekeluarga baru balik dari bandung. Percutian yang sangat menyeronokan. Terima kasih kepada kembara Murnidan Pak Ade yang telah menyumpiri kami dengan begitu setia selama beberapa hari ini..

Hilda John, Sarawak

Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Kami memang puas hati sangat2. Tour Guide pun memang best. Hotel, mkn, pengangkutan, mmg kami bagi 5

Nazirah, Ipoh

Trip ke Brunei was sooo amazing! Memang best. Agent baik. Arrangement semua ok/ harga ok. Tak ada benda yang saya nak complain. Semua bagus Alhamdulillah. Lepas ni sy yakin nak guna khidmat Kembara Murni. Memang trusted agent..

Intan Amira, Datuk Keramat

Terima kasih en Zailir dari kembara Murni..Pakej yang lengkap dn harga perpatutan..Alhamdulillah family semua puas hati dari segi makanan, lawatan dan travel guard yang kelakar..Next trip nanti booking dgn en Zailir lagi..

Sofea, Ipoh

Salam en..Alhamdulillah semua berjalan lancar.  Terima kasih

Zaleha, Damansara

Slm encik, mekasih ye sebb atur kn semua. Saya pun dh check out. Ok lah blik tepi pantai. janji saya selamat dn tk kena tipu. Tahun depan saya nk gi Krabi pulak Kompen saya deal dgn Kembara Murni lagi..harga pun berbaloi. Terima kasih.

Asean - Kuala Lumpur

Salam en.Zailir...Terima kasih atas pakej yg kamu sediakan...Saya dan isteri sangat2 enjoy..

Zaidi Julaidi - Sabah

Wslm en zailir. Alhamdulillah semua mmg tiptop👌 pemandu pelancong kami sgt helpful dan tempat penginapan makan yngg disediakan semua sangat memuaskan

- Nur Liyana Marissa Binti Ismail, MRSM Sungai Besar, Selangor
 

Aceh gallery

Sebutharga percuma

Lokasi anda