Yogyakarta dan Kalibiru 5h4m
Category
Yogyakarta dan Kalibiru 5h4m - Atucara Lawatan
Pakej Yogyakarta dan Kalibiru 5h4m ~ alami sejarah, keindahan pantai & alam semula jadi !
Pakej Yogyakarta dan Kalibiru 5h4m ini merupakan pakej yang menarik. Menerokai sejarah zaman dan juga boleh menikmati suasana alam semula jadi yang menarik.
HARI 01: Ketibaan - Keraton (MM)
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisucipto, anda akan disambut oleh pemandu pelancong kami. kemudian akan melawat Kraton. Kraton ialah Istana Sultan Yogyakarta.
Seterusnya melawat Jalan Malioboro.
HARI 02. Jelajah Bodobudur - Kalibiru - Pule Payung - Malioboro (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Melawat Candi Borobudur. Borobudur ialah kuil Buddha Mahayana abad ke-9 di Kabupaten Magelang. Ia merupakan Tokong Buddha yang terbesar di dunia.
Terus ke Kalibiru & Pule Payung. Perkampungan pelancongan ini mempunyai alam semula jadi yang sangat cantik panorama dengan hamparan bukit yang sangat luas.
HARI 03.Teras Kaca - Hutan Pinus Mangunan - Rumah Hobbit - Breksi Clift (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Melawat Pantai Teras Kaca dan terus ke Pinus Forest Mangunan. Hutan ini adalah tempat terbaik untuk mengambil beberapa gambar yang menarik. Rasai udara segar dan bunyi alam semula jadi.
Selepas itu terus melawat Rumah Hobbit. Tempat ini mewujudkan suasana kayangan yang menghidupkan semua filem Disney. Anda boleh temui banyak tempat fotogenik dalam hutan ini. Binaan yang dicipta hanya menggunakan kayu dan kreativiti seperti rumah hobbit, beruang kayu dan pondok yang diperbuat daripada dahan.
Lawatan ke Breksi Clift. Asalnya terbentuk sejak berjuta-juta tahun yang lalu,. Aktiviti perlombongan batu kapur mengubahnya menjadi bentuk patung yang unik. Kini, Breksi Clift menawarkan pemandangan indah tebing batu kapur yang diukir cantik oleh artis tempatan.
HARI 04. Pantai Parangtritis - Pantai Parangkusumo - Pantai Timang (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Melawat Pantai Parangtritis. Ia adalah salah satu pantai yang paling terkenal di Yogyakarta.
Seterusnya melawat Pantai Timang. Merupakan pantai yang mempunyai tarikan tempat serta mencabar kerana anda akan menyeberangi pulau kecil beralun dengan menaiki gondola yang luar biasa (acara pilihan) atau kereta kabel tradisional yang akan ditarik oleh manusia. Akan berada di sana sehingga matahari terbenam.
HARI 05: Pemindahan (S)
Sarapan pagi di hotel. Acara bebas sehingga waktu bertolak ke lapangan terbang dengan kenangan yang manis pakej Yogyakarta dan Kalibiru 5h4m..sehingga berjumpa lagi di lain destinasi
S: Sarapan pagi, MT: Makan tengah hari, MM: Makan malam
Makan tengahari dan makan malam akan dihidangkan di restoran tempatan.
TERMASUK:-
- Penginapan di hotel
- Sarapan pagi setiap hari di hotel
- Pengangkutan persendirian
- Pemandu berbahasa Inggeris / Melayu merangkap Pemandu Pelancong untuk FIT (2-9 orang)
- Pemandu berbahasa Inggeris hanya menyediakan peserta minimum 10 orang dan ke atas
- Bayaran masuk ke tempat lawatan
- Makanan seperti di program di bawah (makanan Indonesia)
- Air Mineral harian (1 botol seorang setiap hari)
TIDAK TERMASUKI:-
- Tiket penerbangan
- Tipping Pemandu
- Caj tambahan untuk menggunakan Pemandu Pelancong berbahasa Mandarin RM100 / Kumpulan / hari
JUM. PESERTA |
3 STAR |
4 STAR |
02-03 |
1,645 |
1,775 |
04-05 |
1,310 |
1,440 |
06-09 |
1,207 |
1,340 |
10-12 |
1,180 |
1,310 |
>=20 |
1,150 |
1,260 |
3 Star: H Boutique / The Cube / Indies/Heritage / Tjokro style
4 Star: The Rich/Royal Darmo / The Ramayana / Jambuluk